Full screen
Share
PENDERAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK
Nabilah Rahman
Created on February 5, 2023
Over 30 million people build interactive content in Genially.
Check out what others have designed:
GRETA THUNBERG
Horizontal infographics
FIRE FIGHTER
Horizontal infographics
VIOLA DAVIS
Horizontal infographics
LOGOS
Horizontal infographics
ZODIAC SUN SIGNS AND WHAT THEY MEAN
Horizontal infographics
ALEX MORGAN
Horizontal infographics
10 SIGNS A CHILD IS BEING BULLIED
Horizontal infographics
Transcript
PENGENALAN
01-
JKA 218 ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
02-
03-
04-
05-
AHLI KUMPULAN
"isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak"
ISU SOSIAL
KESIMPULAN
C. W. MILLS
COMMON SENSE
K U I Z
Penderaan kanak-kanak adalah merupakan satu masalah sosial yang berpunca dari sebarang tindakan atau kegagalan untuk bertindak dari pihak ibu bapa atau penjaga yang boleh mengakibatkan kematian, kecederaan fizikal atau emosi yang serius, penderaan seksual atau eksploitasi, dan tindakan atau kegagalan untuk bertindak yang boleh menimbulkan risiko yang bahaya. Penderaan kanak-kanak bukan sahaja mendatangkan impak negatif pada fizikal, emosi dan mental malah ia juga membawa kepada perubahan tingkah laku kepada mangsa dari segi menjatuhkan harga diri, mengakibatkan untuk berkelakuan agresif dan ganas. Penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak perlu dikawal dalam kalangan masyarakat dengan tindakan yang tegas haruslah diambil supaya dapat memberikan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak dan generasi yang akan datang. Selain itu, penderaan dan pengabaikan kanak-kanak menjadi satu masalah sosial yang tidak asing lagi di Malaysia mahupun di negara-negara maju yang lain. Hal ini dibuktikan lagi bahawa statistik menunjukkan jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan kes bertambah sebanyak 179 kes daripada 4119 kes pada tahun 2013 kepada 4295 kes pada tahun 2014. Kes penderaan terus meningkat pada tahun 2015 dengan catatan sebanyak 4453 kes. Manakala pada tahun 2016 berlaku peningkatan mendadak sebanyak 529 kes iaitu dengan peningkatan sebanyak 4982 kes. Pada tahun 2017 jumlah kes semakin meningkat sebanyak 555 kes di mana 5537 kes telah dilaporkan pada tahun tersebut. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes pada tahun tersebut merupakan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan. Semua kes ini merangkumi kes penderaan dari pelbagai kategori iaitu penderaan fizikal, emosi, seksual serta pengabaian dari semua aspek dari tahun 2013 hingga ke tahun 2017. Angka yang semakin meningkat ini menunjukkan kes penderaan yang berlaku di Malaysia adalah semakin tinggi dan perlu ditangani dengan kadar yang segera.
Kebelakangan ini, negara kita semakin menuju ke arah kegemilangan dari segi politik, ekonomi mahupun sosial dalam usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dalam iltizam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun, pembangunan sosial memainkan peranan yang penting. Namun, disebalik pembangunan negara, penyakit sosial seperti penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak telah mendapat kritikan masyarakat dan perbuatan tersebut sangat mengecewakan. Ia telah menjadi masalah sosial yang serius di negara kita akibat kes penderaan kanak-kanak di negara kita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun diklasifikasikan sebagai kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak ditakrifkan sebagai pencabulan besar bagi hak kanak-kanak untuk membesar dengan cara yang sihat dan bermaruah, serta meletakkan nyawa dan kehidupan mereka dalam bahaya (Salleh et al., 2020). Definisi ini disokong oleh perlembagaan, bahawa kanak-kanak harus menuntut penghormatan terhadap hak untuk hidup, hak untuk anak-anak dijaga oleh ibu bapa mereka dan hak ke atas maruah manusia. Saban hari, kita sering digemparkan dengan melihat kes penderaan kanak-kanak di muka hadapan akhbar dan sering diwar-warkan dalam media sosial. Kebanyakkan penderaan kanak-kanak ini berlaku dalam keadaan yang tidak dapat diterima dengan cara penderaan dan pembulian yang terlalu kejam. Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, 70 peratus kes penderaan kanak-kanak dijalankan oleh ibu bapa mereka sendiri manakala 30 peratus dilakukan oleh pembantu rumah (Mohd Amin Jalil, 2021). Senario penderaan terhadap kanak-kanak oleh orang yang bertanggungjawab boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu penderaan fizikal atau seksual, pengabaian fizikal, kekurangan pengawasan dan penderaan dari segi emosi (Salleh et al., 2019). Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak dan pengabaian, semuanya berkonspirasi untuk memberi kesan, pada tahap yang berbeza-beza pada fizikal, mental mahupun sikap sosial dan tingkah laku mangsa. Dari segi penderaan, masa depan kanak-kanak yang telah mengalami penganiayaan berbentuk ini akan memberi kesan tidak langsung kepada kesejahteraan mereka. Isu yang semakin serius ini haruslah tidak dipandang enteng kepada semua pihak. Hal ini demikian kerana, berita berkenanaan kematian dari penderaan terhadap kanak-kanak sudah menjadi bualan harian masyarakat dan menjadi tidak asing lagi. Tindakkan yang segera haruslah di ambil bagi membendung isu sosial ini.
Penderaan kanak-kanak adalah merupakan satu masalah sosial yang berpunca dari sebarang tindakan atau kegagalan untuk bertindak dari pihak ibu bapa atau penjaga yang boleh mengakibatkan kematian, kecederaan fizikal atau emosi yang serius, penderaan seksual atau eksploitasi, dan tindakan atau kegagalan untuk bertindak yang boleh menimbulkan risiko yang bahaya. Penderaan kanak-kanak bukan sahaja mendatangkan impak negatif pada fizikal, emosi dan mental malah ia juga membawa kepada perubahan tingkah laku kepada mangsa dari segi menjatuhkan harga diri, mengakibatkan untuk berkelakuan agresif dan ganas. Penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak perlu dikawal dalam kalangan masyarakat dengan tindakan yang tegas haruslah diambil supaya dapat memberikan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak dan generasi yang akan datang. Selain itu, penderaan dan pengabaikan kanak-kanak menjadi satu masalah sosial yang tidak asing lagi di Malaysia mahupun di negara-negara maju yang lain. Hal ini dibuktikan lagi bahawa statistik menunjukkan jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan kes bertambah sebanyak 179 kes daripada 4119 kes pada tahun 2013 kepada 4295 kes pada tahun 2014. Kes penderaan terus meningkat pada tahun 2015 dengan catatan sebanyak 4453 kes. Manakala pada tahun 2016 berlaku peningkatan mendadak sebanyak 529 kes iaitu dengan peningkatan sebanyak 4982 kes. Pada tahun 2017 jumlah kes semakin meningkat sebanyak 555 kes di mana 5537 kes telah dilaporkan pada tahun tersebut. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes pada tahun tersebut merupakan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan. Angka yang semakin meningkat ini menunjukkan kes penderaan yang berlaku di Malaysia adalah semakin tinggi dan perlu ditangani dengan kadar yang segera.
Dalam kanta sosiologi antropologi dan sains politik isu sosial tidak dinilai hanya dengan sudut pandang "sains" sahaja, sedangkan perkara sosial yang dialami seharian memang boleh difahami dan diterangkan melalui anggapan biasa (common-sense). Perkara sosial seperti isu penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak sering dibincangkan dan menjadi perbualan harian masyarkat.Apakah keputusan seseorang untuk mendera dan mengabaikan kanak-kanak dibuat berdasakan common sense ? Kurangnya pendidikan dan penerapan dalam agama menjadi salah satu faktor yang menyebakan seseorang hilang kawalan diri. Kebanyakan agama melarang penderaan kanak-kanak dan ia adalah masalah yang sangat serius dan perbuatan seperti ini dilarang (Akhir et al., 2012). Seperti yang diketahui, anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Walau yang demikian, penderaan kanak-kanak merupakan antara masalah sosial dan mempunyai peningkatan kronik saban tahun. Menurut agama Islam, penderaan kanak-kanak ialah perbuatan yang jahil. Agama Islam melarang umatnya berkelakuan keras atau memukul anak-anak secara melampaui batas dalam apa jua keadaan. Islam membawa maksud ‘aman’. Jadi, islam merupakan agama yang sangat mementingkan silaturrahim dan mengajar umatnya untuk saling mengasihi antara satu sama lain. Oleh itu, seseorang yang berilmu pengetahuan tentang agama dan mempercayai Tuhan, umat manusia tidak akan sesekali mendera anak-anak mereka malah, akan lebih mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak dan anggota keluarga yang lain. Antara kesan yang tidak langsung ialah, perkara ini juga dapat mengeratkan hubungan ikatan antara ibu bapa dan anak-anak. Dapat dirumuskan disini bahawa mendalami ilmu agama juga sangat penting untuk memastikan kita tidak tersasar jauh dari perbuatan yang salah.
C. Wright Mills membangunkan satu teori imaginasi sosiologi iaitu Imaginasi sosiologi merupakan kemampuan untuk memahami sejarah dan biografi serta hubungan-hubungan di antaranya dengan masyarakat. Teori tersebut dalam karya Mills dengan maksud membezakan antara masalah peribadi dan masalah masyarakat. Oleh itu, imaginasi sosiologi yang digambarkan dalam isu ini berkaitan dengan isu penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak, dimana kes ini berlaku disebabkan beberapa faktor luar yang mudah dipengaruhi oleh seseorang. Antaranya ialah : Ingin dijelaskan disini bahawa masalah kegawatan sosio-ekonomi menjadikan masalah kewangan merupakan faktor yang tidak terlepas daripada kebanyakan keluarga. Apabila kewangan tidak dapat diuruskan dengan baik, anak-anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian terutama dari sudut hak asasi yang tidak terjaga. Faktor ini dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun bermula dengan 348 kes pada tahun 2013, meningkat kepada 390 kes pada tahun 2014 dan meningkat sekali lagi pada tahun 2015 dengan catatan 419 kes. Tahun 2016 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 528 kes disusuli dengan 598 kes pada tahun 2017. Peningkatan kes bagi masalah kewangan ini dilihat mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menyebabkan hak anak-anak terabai. Dalam fasa zaman semakin moden dan teknologi semakin canggih pada hari ini, kos sara hidup terutamanya di bandar-bandar juga semakin meningkat sehingga menyebabkan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah mengalami kesempitan hidup sehingga wujudnya fenomena kemiskinan bandar (Noremy et. al 2012). Hal ini dilihat selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun (2017) malah menurutnya, isu kewangan ini juga boleh menyebabkan punca pergaduhan di antara suami dan isteri seterusnya anak-anak menjadi mangsa keadaan. Adakala di antara mereka menggunakan anak-anak untuk mencari duit, seperti memaksa anak-anak kecil untuk meminta sedekah dan memaksa mereka untuk berkerja. Apabila mereka berhadapan dengan masalah kewangan dan berada dalam kesempitan hidup, ibu bapa akan bertindak di luar kawalan dan tidak berfikiran rasional. Dapat dirumuskan disini, masalah kewangan dan kejatuhan ekonomi menjadi faktor yang medesak seseorang untuk bertindak di luar kawalan mereka.
Secara umumnya, terdapat banyak faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Faktor-faktor ini termasuklah berpunca daripada pemangsa iaitu ibu bapa, mangsa iaitu kanak-kanak serta lain-lain sebab. Faktor-faktor ini sewajarnya diberikan perhatian oleh masyarakat dan badan autoriti dalam menangani kes penderaan yang semakin membimbangkan. Dari kanta Antropologi Dan Sosiologi kita dapat membezakan sesuatu isu sosial dari sudut anggapan dan imaginasi untuk dibendung. Dari sudut “common sense” kita dapat lihat isu sosial berpunca daripada kurangnya Pendidikan dan penerapan ilmu agama yang mencukupi dalam diri seseorang. Dan seterusnya, dari sudut imaginasi pula, kita dapat lihat masalah sosio-ekonomi mendesak seseorang untuk bertindak di luar kawalan mereka. Usaha untuk merawat punca sebelum terjadinya kes-kes penderaan ini perlu terus diambil perhatian dan tindakan untuk dijalankan. Malah inisiatif daripada individu setiap anggota masyarakat juga perlu diusahakan. Pemerkasaan amalan-amalan keagamaan dalam kehidupan termasuklah penghayatan akidah dan pengamalan adab keluarga Islam, penglibatan dalam seminar-seminar keibubapaan, bacaan mendalam berkaitan ilmu-ilmu kekeluargaan adalah antara usaha yang perlu dipupuk ke dalam diri setiap anggota masyarakat dalam melahirkan keluarga yang sejahtera. Penghayatan terhadap matlamat terbinanya rumahtangga ini pasti dapat mengelakkan serta mengurangkan masalah-masalah di dalam sesebuah keluarga sehingga tercetusnya kes penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah. Akhir sekali, kanak-kanak ini sewajarnya dipelihara dan dididik dengan baik dan penuh kasih sayang agar mereka dapat membesar dan berkembang sebagai individu yang boleh menyumbang kepada agama, negara dan bangsa, kerana merekalah yang bakal mewarisi serta mencorakkan masa depan negara suatu masa nanti. Pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang penting demi memelihara hak-hak asasi kanak-kanak. Undang-undang haruslah diperketatkan supaya si pelaku berasa gentar untuk terus melakukan jenayah ini. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita haruslah bersepakat bagi membanteras isu sosial ini.
Rasidi Bin BakeriJK/14044/21Johor Bahru
Stephennie Binti JeffryJK/13862/21SABAH
Mohd Shafiq Bin ZulkipliJK/13972/21JOHOR BAHRU
Dimilmazmie Bin W DeramanJK/13914/21JOHOR BAHRU
Suhaila Mohd NorJK/13864/21SABAH