Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Sungai Lembing

Afiqah Nashar

Created on January 19, 2026

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

3D Corporate Reporting

Higher Education Microsite

Basic Shapes Microsite

Basic Interactive Microsite

Microsite Vibrant Travel Guide

Tourism Guide Microsite

Online Product Catalog

Transcript

Sungai Lembing

Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaProgram Transformasi Sungai LembingPemeliharaan Sosial dan Budaya Teknologi

Jambatan Gantung, Sungai Lembing

Terdapat beberapa buah jambatan gantung di sekitar Sungai Lembing yang merentasi Sungai Kenau. Jambatan-jambatan ini merupakan peninggalan zaman perlombongan bijih timah dan dipercayai berusia lebih 100 tahun. Jambatan yang paling terkenal ialah Jambatan Gantung Kolong Pahat yang terletak di bahagian selatan pekan.

+ INFO

Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapir, kira-kira 35 km dari pekan Sungai Lembing. Air terjun ini mempunyai ketinggian sekitar 30 meter dan terkenal dengan fenomena pelangi yang muncul di hadapan curahan air terjun setiap hari antara jam 9.00 hingga 10.30 pagi apabila cahaya matahari dibiaskan oleh kabus air terjun.

+ INFO

Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing dibuka pada tahun 2001 dan merupakan bekas banglo pengurus Eropah (EB1) yang terletak berhadapan Sungai Kenau. Bangunan bercirikan seni bina kolonial pada era Perang Dunia Kedua (1941-1945). Muzium ini mempamerkan lebih 100 peralatan perlombongan.

+ INFO

Bukit Panorama

Bukit Panorama terletak di Sungai Lembing, kira-kira 45 km dari Kuantan. Walaupun ketinggiannya hanya sekitar 271-291 meter dari aras laut, puncaknya menawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan. Pendakian mengambil masa 30-60 minit melalui laluan tangga konkrit.

+ INFO

Underground Tin Mine

Terowong-terowong digali secara manual dan dengan bahan letupan, mencapai kedalaman sehingga 700 meter (23 tingkat) dengan jumlah panjang terowong sekitar 322 km.

Kini, salah satu pintu masuk iaitu Lombong Tai Pei Tong dibuka kepada pelancong. Pengunjung akan menaiki keretapi lokomotif kecil sejauh 80 meter ke dalam terowong untuk melihat sisa aktiviti perlombongan dan pameran sejarah.

+ INFO

Pekan Lama / Heritage Walk

Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai "El Dorado Timur" atau "Kota Hantu" (Ghost Town) kerana ramai penduduk berpindah selepas lombong ditutup pada 1986. Namun, inilah yang menjadikannya unik - bangunan lama masih kekal dalam bentuk asal.

Bangunan kayu - Rumah kedai lama yang masih mengekalkan senibina tradisional. Sesetengah telah dibaik pulih manakala yang lain masih dalam keadaan asal

+ INFO

Jambatan Gantung Kolong Pahat

Jambatan gantung berusia lebih 100 tahun yang menghubungkan penduduk ke pusat pekan.

Muzium Sungai Lembing

Pada tahun 2001, bangunan ini telah dijadikan Muzium Sungai Lembing untuk mempamerkan sejarah perlombongan bijih timah.

Fakta ringkas:

  • Panggung wayang pertama di Asia pernah dibina di sini
  • Hospital pertama di Pahang juga terletak di Sungai Lembing
  • Pada 2019, kebakaran besar memusnahkan beberapa bangunan bersejarah
  • Terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan

Fakta !

Use this space to add awesome interactivity. Include text, images, videos, tables, PDFs... even interactive questions! Premium tip: If you want to get information on how how your audience interacts with your creation:

  • Remember to activate user tracking
  • In the Analytics settings
  • Let the communication flow!
Bekas Bangunan Kediaman PCCL

Bangunan ini adalah bekas kediaman pegawai PCCL, kini terletak berhampiran Muzium Sungai Lembing.

Perpustakaan Awam Lembing

Perpustakaan awam untuk penduduk dan pelawat Sungai Lembing.

Rumah Kedai Kayu

Deretan kedai kayu lama yang masih mengekalkan senibina asal era perlombongan.

Laluan Tangga Bukit Panorama

Laluan tangga konkrit lebih kurang 1,100 anak tangga. Bukit ini terkenal dengan fenomena "lautan awan" (sea of clouds) yang boleh dinikmati hampir setiap pagi apabila kabus menyelimuti lembah Sungai Lembing. Waktu terbaik untuk mendaki adalah seawal 5:30 pagi bagi mengejar pemandangan matahari terbit.

Tiket Masuk: PercumaWaktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang

Masjid Jamek Sungai Lembing

Masjid Jamek Kampung Melayu digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat

Laluan Keretapi Malaya Terbiar

Bekas laluan keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih timah, kini terbiar.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Lembing - sekolah pertama dibina di Sungai Lembing.

SJKC Sungai Lembing
Pintu Gerbang Sungai Lembing

Gerbang ikonik yang menyambut pelawat memasuki pekan bersejarah Sungai Lembing.

Kelab Pekerja (Club House)

Bangunan yang dulunya digunakan sebagai tempat rekreasi pekerja Asia di lombong Sungai Lembing.

Sekarang, bangunan ini merupakan Pejabat Pengurusan MBK

Heritage Rain Tree

Pokok bersejarah yang telah dipelihara sejak zaman perlombongan dahulu.

Sewa 4x4

Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu menaiki kenderaan 4x4 selama lebih kurang 1 jam melalui hutan, kemudian mendaki sekitar 1 km menyeberangi anak sungai. Air terjun ini jatuh ke dalam kolam batu yang dalam - sesuai untuk mandi. Perkhidmatan 4x4 dan pemandu boleh disewa di Sungai Lembing.

Harga Tiket: Bergantung kepada pakej

Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petangHubungi: Akie - 0139206116

Panggung Wayang Lama

Panggung wayang di Sungai Lembing - antara yang terawal dibina di Asia, kini telah dipulihara.

Fakta Ringkas

Jambatan sepanjang lebih kurang 50 meter ini masih kukuh dan digunakan oleh penduduk tempatan sebagai laluan harian - malah ada yang menunggang motosikal dan basikal merentasinya. Di seberang jambatan terdapat rumah-rumah dan kedai-kedai yang terkenal dengan pembuatan mee tradisional Sungai Lembing.

Akses: Pelancong boleh akses jambatan ini pada bila-bila masa sahaja

Pasar

Pasar komersial yang menjadi pusat aktiviti jual beli penduduk dan pelawat Sungai Lembing.

Fakta !

Use this space to add awesome interactivity. Include text, images, videos, tables, PDFs... even interactive questions! Premium tip: If you want to get information on how how your audience interacts with your creation:

  • Remember to activate user tracking
  • In the Analytics settings
  • Let the communication flow!
Lombong Bijih Timah Sungai Lembing

Lombong bijih timah bawah tanah yang boleh dilawati. Naiki lokomotif ke dalam terowong untuk pengalaman unik.

Fakta ringkas:

Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petangYuran masuk: RM15 (dewasa tempatan), RM7.50 (kanak-kanak), RM30 (dewasa asing)

  • Kedalaman lombong: 610-700 meter (terdalam di dunia)
  • Jumlah tingkat: 23 tingkat bawah tanah Panjang terowong: ~322 km
  • Operasi: 1886-1986 (hampir 100 tahun)
  • Hasil: ~13 juta tan metrik bijih timah
  • Lawatan terowong: ~80 meter menaiki lokomotif
Bukit Panorama

Titik permulaan pendakian ke Bukit Panorama untuk menikmati pemandangan awan dan matahari terbit.

SMK Sungai Lembing

Pada tahun 50-an sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah Inggeris. Pada tahun 1965 sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Sungai Lembing sempena dengan nama Bandar Sungai Lembing.

Balai Polis Sungai Lembing

Ditubuhkan oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) pada tahun 1906 untuk menjaga keselamatan kawasan perlombongan.

Harga Tiket Masuk

Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang