Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

BM_MEME Lesson 1_Updated June 17

Aina Amyrah

Created on July 4, 2025

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Museum Escape Room

Math Mission

Secret Code

Simple corporate escape room

Chaotic Kitchen Escape Room

Vibrant Breakout

Reboot Protocol

Transcript

Disediakan oleh:

Memahami

Konflik Manusia-Gajah

Klik untuk mula

Kandungan

Mari bermula dengan Pengenalan.

Bab 4. Kewujudan bersama Manusia-Gajah

Bab 2. Memelihara Gergasi Asia

Pengenalan

Bab 3. Konflik Manusia-Gajah

Bab 1. Legasi Gergasi

Watak Utama

Ele ialah seekor anak gajah jantan, berumur kira-kira dua tahun. Ele mengikuti kumpulan kawanan gajah yang terdiri daripada ibunya, kakak, dua abang sepupu, dua ibu saudara, ibu dan neneknya. Ele suka mengembara dan melihat dunia.

Mari kenali watak-watak utama dalam pelajaran ini.
Arif adalah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang mengambil kursus Pertanian di sebuah universiti tempatan. Semasa cuti penggalnya, dia memilih untuk mengikuti latihan amali di ladang berhampiran rumahnya dimana bapanya bekerja. Arif menyayangi haiwan dan sentiasa ingin tahu tentang alam semula jadi.

Arif

Little Ele

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Pengenalan

Arif menyapa Little Ele dengan rasa ingin tahu, “Hai, saya Arif, awak nampak sesat. Sangat jarang untuk melihat anak gajah merayau bersendirian”. Little Ele menjawab, "Hai, saya Little Ele. Saya… saya sedang mencari ibu saya, dan tidak dapat menemuinya. Bolehkah awak membantu saya mencari keluarga saya?"

Mari bermula bersama Little Ele dan Arif.
Saya dilahirkan di hutan hujan tropika Malaysia yang subur menghijau. Sebagai anak gajah yang suka menerokai dunia, hutan adalah taman permainan yang penuh keajaiban. Suatu hari, saya merayau terlalu jauh dan tersesat. Hutan bertukar menjadi ladang asing yang luas. Saya berasa takut. Saya merayau tanpa hala tuju. Tiba-tiba ada suara mesra memanggil saya. Saya berasa was-was dan tertanya jika itu kawan atau lawan? Rupa-rupanya ia seorang lelaki yang baik hati bernama Arif yang tinggal berdekatan.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

"Arif, saya berharap ada lebih ramai orang yang baik hati seperti awak. Minta maaf jika ada kala kami makan hasil tanaman. Kami tidak mahu mencederakan sesiapa, kami hanya perlukan makanan." Arif bersambung, "Apa kata kita cuba memahami satu sama lain dengan lebih baik? Bagaimana Gajah seperti awak boleh menyesuaikan diri selama berjuta-juta tahun?" Adakah anda bersedia untuk menyertai pengembaraan bersama Little Ele dan Arif? Klik "Legasi Gergasi" untuk mula.

Arif menjawab, "Saya dan ayah bekerja di ladang ini, kami tinggal berdekatan. Saya kenal baik kawasan ini. Kami sering lihat kawanan gajah berhampiran sungai. Mungkin keluarga awak ada di sana. Saya akan membantu awak mencari mereka." Sambil mereka berjalan menuju ke arah sungai di dalam kawasan ladang, Arif bertanya, “Little Ele, adakah awak rasa manusia dan gajah boleh hidup harmoni bersama? Pasti ada caranya kan?" Saya merenung kembali pengalaman saya bertembung dengan manusia.

Legasi Gergasi

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

BAB

Izinkan saya memperkenalkan salasilah keluarga Gajah. Tahukah anda, Gajah adalah mamalia darat yang terbesar di Bumi? Ya, betul! Kami adalah antara spesies terakhir di dalam Famili Elephantidae.

Stegodon

Legasi Gergasi

Pengenalan kepada Gajah

Mamot

Bayangkan —kami berasal dari keturunan yang termasyhur seperti mamot berbulu dan stegodon yang perkasa!

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Salasilah kami panjang dan bersejarah. Kami mula-mula muncul di benua Afrika kira-kira 60 juta tahun yang lalu! Hari ini, hanya tinggal tiga spesies gajah yang masih hidup:
  • Gajah hutan Afrika (Loxodonta cyclotis)
  • Gajah savana Afrika (Loxodonta africana)
  • Gajah Asia (Elephas maximus)

Saya adalah seekor Gajah Asia. Kami tinggal di Asia Selatan dan Tenggara, di tempat yang mempunyai hutan, padang rumput, semak belukar, paya dan jaluran tanah bersebelahan jasad air. Dalam bab ini, kita akan tumpukan perhatian pada Gajah Asia—keluarga saya!

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Malangnya terdapat dua subspesies yang telah pupus. Dahulu, Gajah Asia berkeliaran dari Asia Barat ke pantai Iran, benua India, Asia Tenggara, termasuk kepulauan Sumatera, Jawa, Borneo, dan serata negara China. Kini, Gajah Asia telah hilang dari 95% kawasan rayuan asalnya dan pupus di Asia Barat, Jawa, dan sebahagian besar China.

Terdapat empat subspesies Gajah Asia yang hidup di 13 negara:
India
Bangladesh
Bhutan
Kemboja
China
Indonesia
Laos
Malaysia
Myanmar
Nepal
Sri Lanka
Thailand
Vietnam
Rajah: Peta gajah seluruh julat (Fernando & Pastorini, 2011) Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Status Populasi Gajah Asia

Arif terpinga-pinga dan berkata, "Oh! Tetapi...apakah Status Pemuliharaan anda Little Ele?"

Arif mengerut dahinya."Jadi, berapa banyak Gajah Asia liar yang masih tinggal?" Little Ele berfikir seketika. "Kini terdapat dalam 40,000–50,000 Gajah Asia di dunia, kebanyakannya dalam populasi terpencil. 72% berada di India dan Sri Lanka, selebihnya di sebelas negara lain."
Rajah: Populasi gajah Asia liar di negeri julat masing-masing (Fernando & Pastorini, 2011). Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Arif menoleh ke Little Ele, dengan sedih, "Oh tidak, populasi Gajah Asia terancam!" Sambil mengeluh berat Little Ele menjawab, "Ya, Arif. Malangnya, kami tersenarai sebagai Terancam. Bayangkan, terdapat 1.55 ribu juta lembu domestik dan 1.2 ribu juta biri-biri di seluruh dunia. Gajah sangat berat, tetapi cuba bayangkan, berat ternakan di seluruh dunia adalah 10 kali ganda lebih berat daripada semua mamalia liar."
[Biojisim global mamalia berbanding manusia dan, ternakan dan haiwan peliharaan. Sumber: Our World in Data, 2022]; Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Gajah Asia di Malaysia

"Tahukah anda hanya Malaysia dan Indonesia mempunyai dua subspesies gajah Asia yang berbeza? Fakta ini kurang diketahui orang ramai." kata Little Ele kepada Arif.

“Bagaimana dengan keluarga awak di Malaysia, Little Ele?” “Di Semenanjung Malaysia, terdapat dalam 1,223-1,677 Gajah Asia yang tinggal, manakala sepupu kami di Sabah hanya tinggal sekitar 1,000 ekor sahaja.” Di Malaysia, kita mempunyai dua subspesies gajah:
  • Gajah Asia dataran (Elephas maximus indicus),
  • Gajah pygmy Borneo (Elephas maximus borneensis).

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

10
Arif memandang Ele, "Di mana kita boleh mencari Gajah di Malaysia, Ele?"

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Taburan Gajah di Malaysia

11

Teruja, Arif menunjuk ke kawasan-kawasan yang ditanda pada peta. “Mari kita perhatikan persekitaran dengan teliti untuk mendapatkan petunjuk dan petanda bagi mencari keluarga awak!" Arif sambung meneliti peta.

"Keluarga saya boleh ditemui di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan. Sepupu kami pula boleh ditemui di Sabah.” Ketika Arif dan Little Ele berjalan, mereka berhenti di hadapan sebuah peta besar yang dipamerkan di atas pokok berhampiran. "Lihat, Little Ele! Peta ini menunjukkan kawasan rayauan Gajah seperti kamu di Malaysia!"

Mari teliti peta bersama Arif!

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Kawasan Taburan Gajah di Semenanjung Malaysia

12

Klik pada nama setiap negeri bagi mempelajari tentang populasi gajah di sana.

Kedah

Perlis

Kelantan

Kawasan yang belum ditinjau

Kawasan yang telah ditinjau

Terengganu

Pulau Pinang

Kehadiran Gajah (2012 - 2015)

Sejarah kehadiran Gajah (1970an - 1980an)

Perak

Pahang

Selangor

Wilayah Persekutuan

N. Sembilan

Melaka

Paparkan peta

Johor

Rajah: Tan Seok Ling, 2016

Kawasan Taburan Gajah di Semenanjung Malaysia

Kedah

Perlis

Kelantan

Terengganu

Pulau Pinang

Perak

Pahang

Selangor

Wilayah Persekutuan

Kawasan yang belum ditinjau

Kawasan yang telah ditinjau

N. Sembilan

Kehadiran Gajah (2012-2015)

Melaka

Sejarah kehadiran Gajah (1970an - 1980an)

Johor

Rajah: Tan Seok Ling, 2016

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Kawasan Taburan Gajah di Sabah dan Sarawak

13

Klik pada nama setiap negeri bagi mempelajari tentang populasi gajah di sana.

Kawasan rayauan yang disahkan

Sabah

Kawasan rayauan yang berkemungkinan

Kawasan rayauan terdahulu (2002)

Kawasan rayauan terdahulu (1980)

Sarawak

Tiada kehadiran Gajah

Paparkan peta

Rajah: Alfred, 2011

Kawasan Taburan Gajah di Sabah dan Sarawak

Sabah

Sarawak

Kawasan rayauan yang disahkan

Kawasan rayauan yang berkemungkinan

Kawasan rayauan terdahulu (2002)

Kawasan rayauan terdahulu (1980)

Tiada kehadiran Gajah

Rajah: Alfred, 2011

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

14

Riak wajah Arif bertukar serius. "Apakah jenis ancaman yang anda hadapi di alam liar?" "Sebenarnya kami menghadapi ancaman seperti konflik bersama manusia, pemburuan haram, kemusnahan habitat . Biar saya berkongsi lebih lanjut tentang ancaman-ancaman ini." Klik "Melindungi Gergasi" untuk ke bab seterusnya.

Little Ele merenung pada peta dengan sedih, "Dahulu, kami ditemui di seluruh Semenanjung Malaysia…." "Dalam satu atau dua generasi, 68% kawasan rayauan gajah yang bertindih dengan kawasan penempatan manusia telah hilang. Kini, dua per tiga kawasan yang dihuni bersama oleh Gajah dan manusia mengalami konflik". "Keadaan ini membimbangkan, Ele. Pasti ada cara untuk kita mengubah konflik untuk hidup bersama secara harmoni." kata Arif kepada Little Ele.

Melindungi Gergasi

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

15

BAB

"Terdapat beberapa ancaman yang membahayakan populasi Gajah Asia." kata Little Ele. "Mari tonton video sebelum melalui penjelasan."

Klik butang main untuk mulakan video. Klik dua kali pada video untuk membesarkan skrin.

Melindungi Gergasi

Perjuangan Memelihara Gajah Asia

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

16
Gajah Asia terancam akibat kehilangan habitat, konflik manusia-hidupan liar, dan pemburuan haram. Ancaman ini datang daripada pembangunan berskala besar, pencerobohan habitat dan aktiviti -aktiviti manusia yang lain. Memelihara gajah adalah penting untuk mengekalkan habitat semula jadi, keseimbangan ekosistem dan untuk kesinambungan spesies lain.

Ini membimbangkan kerana kebanyakan negara membangun mempunyai populasi manusia yang meningkat dan hutan dengan kepelbagaian biologi yang tinggi.

Kehilangan Habitat

Asia Tenggara mempunyai kadar penebangan hutan hujan tropika yang paling tinggi.
Rajah: Peratusan Penebangan Hutan di Negara Hutan Utama antara 2000 - 2012 (K Abdul Hamid et al., 2016). Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Fragmentasi Hutan Semula jadi di Semenanjung Malaysia

17

Klik pada setiap tahun untuk melihat perkembangan pemecahan hutan dari tahun ke tahun.

1970-1980

1990-2000

1954

1980-1990

2000-2018

Paparkan peta

Rajah: National Physical Plan 2 & PERHILITAN, NECAP 2.0.

Fragmentasi Hutan Semula jadi di Semenanjung Malaysia

1954

1970-1980

1980-1990

1990-2000

2000-2018

Rajah: National Physical Plan 2 & PERHILITAN, NECAP 2.0

Fragmentasi Hutan Semula jadi di Semenanjung Malaysia

1954

1970-1980

1980-1990

1990-2000

2000-2018

Rajah: National Physical Plan 2 & PERHILITAN, NECAP 2.0

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Ketahui punca kemusnahan habitat!

18
"Saya lihat terlalu banyak kemusnahan alam semula jadi di sekeliling kita. Apa yang menyebabkan semua ini?" tanya Little Ele. "Terdapat banyak sebab mengapa hutan kita hilang. Manusia memerlukan ruang untuk pembangunan, makanan dan sumber lain, tetapi ia menjejaskan kehidupan keluarga awak, serta haiwan lain di dalam hutan," jawab Arif. Bolehkah anda membantu Arif dan Little Ele mencari empat punca utama kemusnahan habitat? Ketahui punca kemusnahan habitat dengan menyuluh lampu pada beg galas!

Ketahui punca kemusnahan habitat dengan menyuluh lampu pada beg galas!

Perlombongan

Pembalakan tidak mampan

Pertanian Perindustrian

Pembandaran (cth., infrastruktur linear dan petempatan)

Ladang Hutan

Papar

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Pecahan Habitat

19
Dengan nada muram, Little Ele berkata “Kami bukan sahaja kehilangan habitat Arif. Jalan raya dan landasan kereta api memisahkan habitat kami,menyukarkan pergerakan antara tompok-tompok hutan.” Arif balas dengan sedih, "Awak pasti rasa terperangkap, Ele."
Gambar ini menunjukkan bagaimana tompok habitat terputus (pecahan) di kawasan manusia (cth., tanah pertanian).

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

20
Arif bertanya, "Little Ele, kamu kata kawasan bandar dan pertanian boleh menjejaskan hutan. Tetapi bolehkah mereka menjadi sebahagian dari jalan penyelesaian?" Little Ele menerangkan kepada Arif, "Ya boleh! Satu cara adalah dengan membina kesinambungan habitat. Jika bandar dan tanah ladang dirancang bersama dengan koridor hidupan liar, haiwan seperti saya boleh bergerak dengan selamat di antara dua kawasan."
Ketika mereka berjalan di sempadan ladang, Arif ternampak sekumpulan gajah berkumpul di tepi jalan.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Kemalangan Kenderaan dengan Gajah

21

Semasa mereka menghampiri, telinga Little Ele terkulai sedikit. Dengan mata penuh kesedihan, Little Ele berkata, "Itu bukan keluarga saya. Tetapi mereka juga mengalami kesukaran menyeberang jalan seperti kami" Arif bimbang, lalu balas, "Mereka kelihatan begitu takut. Mesti sukar untuk mereka melintas jalan yang sibuk dengan selamat."

Arif dengan teruja menunjuk ke hadapan, "Ele! Tengok! Ada beberapa ekor Gajah cuba melintas jalan! Mungkinkah itu keluarga awak?"

Klik butang main untuk mulakan video. Klik dua kali untuk membesarkan skrin.

Ele mengepak telinganya dengan penuh harapan, "Mungkin! Mari kita lihat dengan lebih dekat."

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

22

"Saya kesal mendengarnya, Ele. Dalam kemalangan, pemandu pun tercedera dan kadangkala terbunuh. Ia juga menyebabkan banyak kerosakan pada kenderaan." kata Arif. "Kebarangkalian tinggi lebih banyak jalan raya akan di bina pada masa hadapan. Jika tidak dirancang dengan betul, ia akan memburukkan keadaan." “Pemandu perlu kurangkan laju dan berjaga-jaga di kawasan lintasan hidupan liar. Pasti ada cara untuk menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.” sambung Arif.

“Ya. Struktur seperti jalan raya yang membahagi hutan boleh menghalang pergerakan kami dari satu tempat ke tempat lain” jelas Little Ele.
“Ada kala struktur pembinaan seperti longkang dan pengadang jalan menyukarkan anak gajah untuk menyeberang jalan bersama kawanannya. "Selain itu, beberapa ahli keluarga saya telah mati akibat kemalangan dengan kenderaan."

Klik butang main untuk mulakan video. Klik dua kali untuk membesarkan skrin.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Kesan Jalan Raya Terhadap Hidupan Liar

23

Klik setiap huruf untuk mempelajari setiap kesan dengan lebih dalam.

Gambar dipetik daripada ​(Dodd et al., 2024)​

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

24

Arif berfikir,"Ele, apa yang berlaku apabila awak memasuki kawasan manusia?" Little Ele menerang, "Oh, jika petani dan peladang tidak menyukai kami, maka keadaannya juga suram, Arif. Kami mungkin merayau ke kawasan manusia berdekatan untuk mencari makanan atau air. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara kami dan manusia. "Mari pelajari lebih lanjut dalam bab seterusnya!”

Little Ele tambah, "Tambahan pula, Arif. Apabila habitat kami terpecah-belah, lebih mudah untuk manusia memasuki kawasan hutan. Melalui pecahan hutan, pemburu haram mudah menjejaki kami untuk memasang perangkap dan memburu." Mata Arif terbeliak, "Jadi walaupun awak berada jauh di dalam hutan, awak tidak selamat daripada bahaya?" Little Ele mengangguk dan berkata, "Betul, Arif. Hutan sepatutnya menjadi tempat perlindungan kami, tetapi ia menjadi tempat yang berbahaya kerana pemburuan haram."

Konflik Gajah-Manusia

Klik "Konflik Gajah-Manusia" untuk ke bab seterusnya.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

25

Bab

Apabila habitat gajah terpecah dan keluasan kawasan rayauan berkurangan, gajah akan merayau ke kawasan kegunaan dan penempatan manusia seperti kampung, kebun dan ladang untuk mencari makanan. Perselisihan antara gajah dan manusia boleh membawa kepada konflik. "Jadi, apa yang berlaku apabila gajah masuk ke kawasan ini?" tanya Arif. Little Ele mengangguk sambil menjawab, "Banyak perkara buruk boleh berlaku kepada kedua-dua pihak. Mari kita lihat dengan lebih lanjut."

Konflik Manusia-Gajah

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Apa yang Berlaku Semasa Konflik Manusia-Gajah

26

Klik setiap gambar untuk mempelajari apa yang berlaku semasa konflik manusia-gajah.

Kerosakan Harta Gajah kadangkala menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta dan rumah apabila memasuki kawasan manusia.
Kerosakan Tanaman Gajah tertarik pada tanaman seperti pokok palma, kulit pokok dan rumput kerana ia sepadan dengan pemakanan semula jadi mereka. Gajah suka tumbuhan monokotiledon dan juga pokok-pokok perintis yang cepat tumbuh.
Kematian atau Kecederaan Gajah Gajah boleh cedera, diperangkap, diracun, atau diburu oleh manusia sebagai tindakan balas.
Kematian atau Kecedaraan Manusia Apabila manusia mendekati gajah, mereka boleh tercedera atau terbunuh secara tidak sengaja jika gajah berasa terancam dan menyerang.
Gangguan kepada Laluan Pergerakan Gajah Pergerakan gajah dihalang oleh penghadang yang menyukarkan mereka untuk bergerak dari satu kawasan makan ke kawasan lain.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

27

Little Ele menangguk, menambah, "Ia adalah situasi yang sukar, tetapi dengan kefahaman yang mendalam, kita boleh memikirkan cara untuk hidup bersama dengan aman."

Arif dengan prihatin, berkata "Ah teruknya. Apa yang berlaku selepas konflik ini Little Ele?" Little Ele dengan wajah sedih menjawab, "Konflik membawa kepada dendam yang berpanjangan antara manusia dan gajah." Ketegangan menyebabkan kedua-dua pihak menderita—manusia berhadapan dengan kerugian ekonomi dan sosial, manakala gajah menghadapi ancaman serangan balas. Arif kelihatan bersyukur, berkata "Terima kasih, Little Ele, kerana membantu saya memahami tentang konflik ini dengan lebih lanjut."

Klik untuk pelajari tentang konflik dengan lebih lanjut

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

28

"Ini sangat tragis, Little Ele" kata Arif dengan hati berat. Saya pernah terdengar tentang usaha pengurusan konflik di serata dunia. Para penyelidik berkongsi ilmu untuk mencari penyelesaian. Tempat seperti Kawasan Pemulihan Kavango Zambezi Transfrontier (KAZA), menggunakan koridor hidupan liar dan pagar sarang lebah.

Semasa mereka meneruskan perjalanan, perbualan menjadi genting. Arif mengerutkan dahinya, prihatin terhadap Little Ele. "Little Ele kecil, bagaimana keadaan konflik di tempat lain di dunia?" “Konflik manusia-gajah berleluasa, malah menjejaskan manusia dan gajah di Asia dan Afrika," balas Little Ele, suaranya berubah. "Ia mengakibatkan banyak kematian bagi manusia dan gajah. Di Asia, lebih 600 kematian manusia dan 450 gajah dilaporkan setiap tahun akibat konflik, dan angka kematian gajah sebenar mungkin lebih banyak."

Arif menambah, "Di Malaysia, kumpulan konservasi dan penyelidikan juga, bekerja keras untuk melindungi habitat dan mengurangkan konflik. Kerjasama adalah penting."

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Organisasi Alam Sekitar yang Fokus pada Pemuliharaan Gajah Asia di Malaysia

29

Tekan pada logo untuk mempelajari tentang organisasi dengan lebih dalam.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Konflik Manusia-Gajah di Malaysia

30
"Situasi di Malaysia mencabar. Kami bergelut untuk terus hidup dalam habitat yang semakin berkurangan. Kadangkala, kami berhadapan manusia yang takut atau marah akibat kerosakan tanaman atau harta yang berlaku semasa kami mencari makanan." Arif bercadang, “Mungkin kita boleh pelajari lebih lanjut bagaimana konflik berlaku di Malaysia."
Gambar kehilangan hutan yang dijana AI.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Memahami Aduan Konflik Manusia-Gajah (HEC) di Semenanjung Malaysia

31
Konflik manusia-gajah dilaporkan sebagai salah satu kes konflik manusia-hidupan liar tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Padankan label setiap negeri ke bahagian yang betul dalam carta pai. Setelah semua label diletakkan, dedahkan jawapan untuk melihat bagaimana aduan HEC diagihkan dari tahun 2015 hingga 2021.

Dari 2015 hingga 2021, aduan yang diterima oleh Jabatan Hidupan Liar meningkat sebanyak 143%. Kebanyakannya melibatkan kerosakan tanaman, gajah merayau berdekatan dengan perumahan, kerosakan harta benda dan kadangkala, kecederaan atau kematian manusia —terutamanya di kawasan pedalaman dan penempatan berdekatan.

Kelantan

Johor

Pahang

Terengganu

N. Sembilan

Kedah

Perak

Papar jawapan

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

32
“Saya tertanya-tanya tentang kematian yang berlaku akibat konflik...” Arif berfikir dengan kuat.

Rekod serangan gajah terhadap manusia mengikut negeri di Semenanjung dari 2015 hingga 2021

Serangan sering berlaku kerana pertembungan rapat dengan gajah di ladang atau hutan, pada awal pagi atau lewat petang semasa mereka aktif.
Rekod serangan gajah terhadap manusia mengikut negeri di Semenanjung dari 2015 hingga 2021 (PERHILITAN & NRECC, 2023). Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris. ​

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Memahami Jenis Kematian Gajah (2015 - 2021)

33
Kadangkala, gajah tercedera atau terbunuh semasa konflik akibat tindakan balas dendam oleh manusia yang kecewa dengan kerugian yang dihadapi. Lebih membimbangkan adalah mereka bekerjasama dengan pemburu haram atau menggunakan racun. “Berapa ekor gajah yang telah terkorban akibat tindakan balas dendam di Semenanjung Malaysia?”

Padankan label jenis kematian yang sesuai ke bahagian carta yang sepadan. Setelah semua label dipadankan, dedahkan jawapan untuk memahami punca utama dan corak kematian gajah sepanjang tempoh ini.

Pemburuan haram

Lain-lain

NA

Semula jadi

Papar jawapan

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

34

Bab

Semasa Arif dan Little Ele berjalan melalui pinggir hutan, satu bunyi mengganggu perbualan mereka. Arif berkata dengan teruja, "Saya dengar bunyi trompet! Mungkinkah...?"

Kewujudan Bersama Manusia-Gajah

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

35

Little Ele mengangguk. "Itu idea yang berguna!"

Mereka segera bergegas ke arah bunyi itu dan menemui sekumpulan gajah berhampiran kawasan ragutan (foodbank) yang ditanam di pinggir hutan. Muka Little Ele bersinar dengan kegembiraan. "Itu keluarga saya!" Keluarganya berdiri di tepi kawasan ragutan sambil mengunyah tanaman yang ditanam oleh komuniti hasil daripada inisiatif kewujudan bersama. Arif berkata, "Padang ragut itu juga dikenali sebagai foodbank, Ele. Ia ditanam oleh komuniti ladang untuk mengalih perhatian gajah daripada kawasan ladang. Dengan menyediakan makanan di sini, ia mengurangkan keperluan untuk gajah memasuki ladang yang boleh menyebabkan kerosakan."

Inisiatif kewujudan bersama sedang dijalankan, rakan kongsi daripada gabungan ACE bersama-sama MEME menanam tumbuhan kegemaran Gajah di kawasan ragutan.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Apakah Maksud Kewujudan Bersama?

36

Bantu Little Ele memahami kewujudan bersama! Pilih jawapan yang betul untuk mengisi ruang kosong.

berkongsi

Kewujudan bersama melibatkan manusia membuat pilihan secara sedar untuk _____________ landskap dan sumber semula jadi dengan hidupan liar.

mengawal

berkongsi

menyekat

Ini perlu dilakukan dalam cara yang ___________________ .

eksploitasi

mampan

mampan

tidak teratur

Ia memerlukan ____________________ dan persetujuan antara kumpulan berkepentingan yang berbeza, walaupun konflik timbul secara berterusan dan difahami, diurus secara bertolak ansur.

kerjasama

perbalahan

persaingan

kerjasama

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

37

Achieving Coexistence with Elephants (ACE) (klik untuk layari laman web) fokus pada:

Arif berfikir mendalam, "Kawasan ragutan ini adalah contoh kewujudan bersama yang hebat. Ladang tempat saya bekerja sudah ada kerjasama dengan pasukan Management & Ecology of Malaysian Elephants (MEME) dan pertubuhan bukan kerajaan dalam projek sebegini." Little Ele bertanya, "Apa yang MEME lakukan?" Arif menjawab, "MEME berfungsi untuk mewujudkan ruang selamat untuk gajah dan menggalakkan keharmonian dengan manusia. Antara inisiatifnya ialah projek Mencapai Kewujudan Bersama Gajah (ACE), sebuah gabungan yang melibatkan perladangan, badan kerajaan, NGO, dan pihak berkepentingan lain."
  • pembangunan koridor hidupan liar,
  • menggalakkan penggunaan tanah yang mampan dan,
  • mewujudkan kelestarian masyarakat dan alam sekitar di Semenanjung Malaysia.

Klik butang main untuk mulakan video. Klik dua kali pada video untuk membesarkan skrin

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

38
"Ini menunjukkan bahawa dengan bekerjasama, kita boleh mencipta penyelesaian yang memberi manfaat kepada manusia dan gajah. " Arif bersambung dengan nada penuh harapan. Bila kita bertemu lagi, saya boleh berkongsi dengan anda amalan ACE di ladang saya untuk memastikan keselamatan untuk gajah dan manusia."
Gambar: Gambar ini menunjukkan sebahagian peserta bengkel ACE pada tahun 2024. Bengkel tersebut merangkumi lawatan tapak untuk pertukaran ilmu, bagi memastikan kerjasama yang berkesan dan penglibatan pihak berkepentingan dalam pengurusan konflik antara manusia dan gajah dalam kalangan ahli gabungan.

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Penutup

39

“Kami harap anda mendapati modul perkongsian hari ini menarik, serta dapat memahami dengan lebih mendalam tentang isu-isu yang dihadapi oleh gajah liar" Setelah meneliti skala konflik manusia-gajah, Arif dan Little Ele kini memahami kepentingan untuk melindungi habitat gajah. Dalam modul perkongsian seterusnya, mari kita terokai lebih banyak cara untuk mengurus konflik dan membantu masyarakat dan gajah untuk hidup bersama secara aman.

Apabila keharmonian bersama wujud...
Arif teruja gembira melihat Little Ele berjalan ke arah keluarganya. “Terima kasih, Arif, kerana membantu saya mencari keluarga saya. Persahabatan kita amat berharga, saya kini lebih mengetahui tentang usaha yang dilakukan oleh ladang untuk mengurangkan konflik dengan Gajah. Saya berharap kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan isu-isu ini dan menjadikan kehidupan harmoni bersama sebuah kenyataan."

Bab 4

Bab 2

Bab 1

Pengenalan

Bab 3

Terima kasih dan tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran-cabaran bersama Little Ele dan Arif. Dengan memahami isu-isu ini dan mengenali peranan masing-masing, kita boleh melangkah ke arah kewujudan bersama yang lebih berkesan untuk gajah dan manusia.

40

Klik untuk lihat penaja kami

Klik untuk lihat rakan kerjasama kami

Klik untuk lihat penyokong pelajaran ini

Bersama-sama, kita boleh mewujudkan dunia di mana manusia dan hidupan liar hidup secara harmoni.

Ulang

Pembelajaran ini ditaja oleh:

Kematian

Menimbulkan risiko perlanggaran kenderaan yang meningkatkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Penarik

Sampah atau makanan semula jadi seperti rumput tepi jalan menjadi tarikan hidupan liar, termasuk gajah.

Pemecahan habitat

Membelah habitat dan mengubah keadaan habitat berhampiran jalan raya dan kereta api.

Rekod klasifikasi jenis kematian gajah dari 2015 - 2021

Nota: Perkadaran pembunuhan haram terdiri daripada laporan pemburuan haram dan keracunan

Gambar: Rekod klasifikasi jenis kematian gajah dari 2015-2021 (PERHILITAN & NRECC, 2023). Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Sambung

Pencemaran

Bunyi bising, bahan kimia dan lampu berhampiran jalan raya boleh menakutkan haiwan dan menyebabkan mereka mengelak habitat berdekatan.

WCS Malaysia

Program Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS Malaysia) berusaha meningkatkan pemahaman terhadap spesies hidupan liar utama melalui penyelidikan saintifik, meningkatkan usaha kawasan terlindung secara signifikan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan, mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar, serta melibatkan komuniti setempat dan orang awam dalam menyedari kepentingan melindungi hidupan liar.

Pelajari lebih lanjut di https://malaysia.wcs.org/.

MEME

Projek Management & Ecology of Malaysian Elephants (MEME) mempunyai komitmen untuk mempertingkatkan perlindungan dan pemuliharaan gajah melalui pendekatan berasaskan sains. Dengan menjalankan penyelidikan- dimensi manusia dalam konflik, memantau kelakuan dan pergerakan populasi gajah, serta kerjasama dengan pembuat dasar dan komuniti setempat, matlamat MEME adalah untuk melindungi gajah dan menggalakkan kewujudan bersama di antara manusia dan gajah.

Ketahui lebih lanjut di https://www.meme-elephants.org/.

Graf pecahan aduan HEC mengikut negeri Semenanjung dari 2015 hingga 2021

Graf pecahan aduan HEC mengikut negeri Semenanjung dari 2015 hingga 2021 (PERHILITAN & NRECC, 2023). Rajah diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Sambung

WWF

WWF-Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972 dan merupakan sebahagian daripada WWF (World Wide Fund for Nature), sebuah organisasi pemuliharaan antarabangsa. Bekerja untuk memelihara alam semula jadi demi manfaat manusia dan hidupan liar, usaha WWF-Malaysia dalam pemuliharaan alam tertumpu kepada enam tema utama: hutan, lautan, hidupan liar, makanan, iklim dan tenaga, serta air tawar.
Misi kami adalah untuk menghentikan kemerosotan alam sekitar bumi dan membina masa depan di mana manusia hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi.

Pelajari lebih di https://www.wwf.org.my/.

Seratu Aatai

Seratu Aatai berdedikasi untuk memupuk keharmonian antara manusia dan Gajah Borneo di Sabah, Malaysia. Melalui penyelidikan, penglibatan komuniti, dan usaha kolaboratif, mereka berusaha mencari penyelesaian jangka panjang bagi kewujudan bersama manusia dan gajah, sambil mempromosikan keseimbangan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat dan hidupan liar.

Ketahui lebih lanjut melalui laman web https://www.seratuaatai.org/.

Earthworm Foundation

Earthworm Foundation berusaha untuk mengubah rantaian bekalan global agar memberi kesan positif kepada manusia dan alam semula jadi. Melalui kerjasama dengan syarikat, petani dan komuniti setempat, mereka menyokong sumber yang bertanggungjawab, pemeliharaan hutan, dan peningkatan taraf hidup. Earthworm memperjuangkan amalan yang beretika dan lestari demi manfaat semua pihak berkepentingan.

Layari https://earthworm.org/ untuk maklumat lanjut.

Modul ini dicipta oleh Management & Ecology of Malaysian Elephants bersama dengan Achieving Coexistence Elephants Coalition:

Ketahui lebih lanjut tentang Projek ACE di https://ace-coalition.com/home/

Hutan

HUTAN memberi tumpuan kepada perlindungan orang utan terancam dan hidupan liar lain di Dataran Banjir Kinabatangan Hilir, Sabah. Dengan menggabungkan kajian saintifik, pemulihan habitat, penglibatan komuniti dan pendidikan, HUTAN berusaha memastikan ekosistem yang subur dan lestari untuk generasi kini dan akan datang.

Ketahui lebih lanjut di laman web https://www.hutan.org.my/.

Sebab-sebab Utama Kehilangan atau Kemusnahan Habitat

Kehilangan hutan yang disebabkan oleh penebangan hutan untuk pertanian, penempatan kekal dan infrastruktur menyebabkan habitat semula jadi gajah mengecil dan berpecah. Landskap hutan yang tinggal terkesan dengan aktiviti manusia seperti jalan raya dan landasan kereta api membelah habitat. Ini menjadi cabaran baru kepada hidupan liar. Kadangkala, hidupan liar merayau dan terlanjur ke kawasan manusia.

Sambung

BORA

BORA (Bringing Back Our Rare Animals) komited untuk mencegah kepupusan spesies terancam dan menyokong pemulihan mereka di habitat semula jadi. Dengan bekerjasama rapat bersama agensi kerajaan, rakan kerjasama dan komuniti setempat, BORA melaksanakan pengurusan habitat yang disasarkan bagi mengekalkan atau memulihkan kelompok spesies jarang yang masih wujud daripada terus menuju ke arah kepupusan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bringingbackourrareanimals.org/.

Definition from IUCN

'pergolakan yang muncul apabila kehadiran atau perilaku hidupan liar menimbulkan ancaman sebenar atau yang dilihat, secara langsung dan berulang kepada kepentingan atau keperluan manusia, yang membawa kepada perselisihan antara kumpulan manusia dan kesan negatif terhadap manusia dan/atau hidupan liar' (IUCN SSC HWCTF, 2020)

Kesan halangan

Menyukarkan hidupan liar untuk bergerak di antara kawasan pergerakan mereka.