Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

(DESKTOP BM) Peta Diesel Malaysia

Shaza Al Muzayen

Created on October 11, 2024

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Mathematical Operations

Frayer Model

Create Your Story in Spanish

Microcourse: Key Skills for University

Microcourse: Learn Spanish

History Timeline

Education Timeline

Transcript

LOKASI PENYELUDUPAN DIESEL BERSUBSIDI DITUMPASKAN (2022-2024)

Sebanyak 65 kes daripada siaran media KPDN dan laporan berita Bernama dianalisis. Peta ini menunjukkan 10 kes rampasan diesel bersubsidi terbesar di Malaysia antara 2022 hingga 2024. Peta ini tidak menggambarkan lokasi sebenar titik panas penyeludupan diesel di Malaysia. Nilai keseluruhan barang yang dirampas dalam serbuan termasuk diesel, peralatan dan kenderaan.

Klik pada bulatan untuk maklumat lanjut.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan Bernama

Kawasan Perindustrian di Krubong, Melaka

  • Tarikh: 6 Mei 2024
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Melaka untuk dijual di luar negeri.
  • Barang Rampasan: 35,000 liter diesel, sebuah lori tangki, tiga skid tank dan peralatan.
  • Nilai Rampasan: RM256,000.00 (anggaran)

Seremban, Negeri Sembilan

  • Tarikh: 10 November 2022
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis tanpa nama di kawasan perindustrian.
  • Barang Rampasan: 40,000 liter minyak diesel, sebuah lori, mesin compressor, dokumen perniagaan dan peralatan.
  • Nilai Rampasan: RM323,000.00 (anggaran)

Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka

  • Tarikh: 5 April 2023
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di lot tidak bernombor di kawasan perindustrian.
  • Barang Rampasan: 60,400 liter minyak diesel, sebuah treler lima tan dan peralatan.
  • Nilai Rampasan: Tidak diketahui

Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah

  • Tarikh: 28 April 2023
  • Aktiviti: Penyeludupan minyak diesel bersubsidi melalui premis pemborong minyak di kawasan perindustrian.
  • Barang Rampasan: 135,760 liter minyak diesel, tujuh buah lori bernombor pendaftaran tempatan, enam buah lori bernombor pendaftaran Thailand, 10 unit skid tank, tiga unit mesin pam minyak, lapan unit nozzle pump, dua tangki silinder, wang tunai Thailand sebanyak THB 192,902, dokumen dan peralatan lain.
  • Nilai Rampasan: RM1.057 juta (anggaran)

Depoh simpanan minyak diesel di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak

  • Tarikh: 25 Ogos 2024
  • Aktiviti: Sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang dipercayai beroperasi sejak 2012 dan telah mengaut keuntungan sehingga RM400 juta. Diesel bersubsidi untuk kegunaan nelayan diseleweng oleh sindiket tersebut untuk dijual kepada pembeli luar negara.
  • Barang Rampasan: 1.6 juta liter diesel, dua tongkang dan wang tunai berjumlah RM 3.7 juta.

Taman Perindustrian Plentong, Masai, Johor

  • Tarikh: 19 Ogos 2023
  • Aktiviti: Beberapa buah lori digunakan untuk menyeleweng minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak di sepanjang laluan Lebuh Raya Pasir Gudang, Masai dan Kempas sebelum dihantar ke stor haram dan dijual di pasaran.
  • Barang Rampasan: 47,540 liter diesel, sebuah lori tanker, dua buah lori bonded dan sebuah kenderaan pikap 4x4.
  • Nilai Rampasan: RM267,457.00 (anggaran)

Kawasan Perusahaan Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah

  • Tarikh: 9 April 2023
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di dua premis tanpa nama di kawasan perusahaan.
  • Barang Rampasan: Lokasi Pertama - 3,000 liter minyak diesel, peralatan dan dokumen perniagaan, Lokasi Kedua - 28,000 liter minyak diesel, dua buah lori, peralatan, telefon bimbit dan dokumen.
  • Nilai Rampasan: Lokasi Pertama - RM 34,450.00, Lokasi Kedua - RM544,600.00 (anggaran)

Kuala Krai, Kelantan

  • Tarikh: 27 Mac 2024
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Krai sebelum dibawa ke premis perniagaan untuk dijual kepada industri, perladangan dan pertanian.
  • Barang Rampasan: 34,871 liter diesel dan dua buah semi treler tangki.
  • Nilai Rampasan: RM229,872.00 (anggaran)

Jalan Pintasan Dengkil-Putrajaya, Dengkil, Selangor

  • Tarikh: 10 Februari 2022
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di stesen minyak dan tapak pembinaan.
  • Barang Rampasan: 64,400 liter diesel, sebuah lori empat tan, saluran paip getah, sebuah compressor, satu set dekoder CCTV, invois/resit jualan dan dokumen perniagaan.
  • Nilai Rampasan: RM178,347.85 (anggaran)

Jalan Kuari Sungai Long, 43100 Hulu Langat, Selangor

  • Tarikh: 19 Januari 2023
  • Aktiviti: Penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis tanpa nombor.
  • Barang Rampasan: 42,000 liter minyak diesel, sebuah lori satu tan, telefon bimbit dan peralatan.
  • Nilai Rampasan: RM108,900.00 (anggaran)