Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Over 30 million people create interactive content in Genially

Check out what others have designed:

Transcript

Baling dadu anda

ABU BAKARAL-RAZI

Arahan Permainan

INFO TAMBAHAN BERKAITAN ABU BAKAR AL RAZI

PENGENALAN

Abu Bakar Zakaria Al-Razi dikenali sebagai Razes di Barat. Beliau lahir di Ray iaitu antara bandar utama di dunia berdekatan Teheran, Iran. Beliau asalnya bekerja sebagai penukar mata wang dan batu permata sebelum beralih menjadi ahli dalam bidang fizik, kimia, falsafah dan muzik.

Kitab al-Hawi Fit-Tibb - 9 Jilid (System of Medicine (Inggeris) / Continens (Latin)

Buku beliau yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu Kitab yang dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yang merangkumi ilmu perubatan dan terapi dari sumberr-sumber Greek, India dan Arab. Kitab ini himpunan nota-nota yang ditulis oleh Al-Razi mengenai pemikiran, pembacaan dan praktisnya dalam bidang perubatan. Menurut Ali Ibn al-Abbas Al Majusi, Kitab al_hawi ini mengandungi cara menjaga kebersihan, mengubat penyakit melalui makanan serta mengenal tanda-tanda penyakit.

Pendidikan

  • Berangkat ke Baghdad untuk mempelajari ilmu perubatan
  • Berguru dengan Ali Ibn Sahl Rabban al Tabari
  • Beliau membuka sekolah perubatan di Ray dan dikelilingi oleh ramai anak murid.

Al-Razi telah diberi kepercayaan menguruskan hospital di Rayy selama enam tahun semasa Mansur bin Ishaq bin Ahmad bin Asad menjadi Gabenor Rayy dari tahun 902-908M. Pada masa itu juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur bin Ishaq bin Ahmad.

buku al-Thibb al-Mansuri

Buku ini mengandungi inti pati berkaitan dengan perubatan, pemeriksaan, pembedahan, ubat, pemakanan, patah, Iuka, pengubatan racun dan demam. Buku ini juga turut menyentuh mengenai etika keija para doktor dan penjagaan kesihatan awam. Secara umumnya, tiga bahagian dalam bidang perubatan yang terdapat dalam buku ini ialah kesihatan umum, pengekalan kesihatan serta pencegahan dan perawatan penyakit.

Kitab al-Judari wa al-Hasbah

Kitab ini menjadi sumber rujukan perubatan di dunia Barat mengenai sakit cacar dan campak. Beliau merupakan orang pertama yang membincangkan penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa.

Sains perubatan adalah antara ilmu Islam terawal yang muncul dalam persada sejarah peradaban dunia. Bukan itu sahaja, setiap penyelidikan dan penulisan yang dihasilkan oleh Al-Razi tidak dapat dinafikan memberikan impak yang besar dalam sektor kesihatan. Izharlah, Al-Razi merupakan barisan pakar perubatan Islam lain yang diberikan penghormatan dan penghargaan oleh dunia dulu mahupun sekarang.

KESIMPULAN

Apakah yang anda faham mengenai tajuk ini?

Sumbangan...

Al-Razi telah menentukan penyakit demam panas dan taun, membezakan penyakit cacar dan campak dan penemuan rawatan penyakit cacar. Beliau juga merupakan orang yang membezakan penyakit Colitis dan pemulas perut. Al-Razi merupakan seorang ahli perubatan ulung pertama yang membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.

Plaster of Paris

Abu Bakar Al-Razi (Rhazes) - The Physician Philosopher

Kajian...

Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang. Beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.

Sumbangan dalam bidang kimia

Orang pertama menggunakan candu (opium) sebagai bahan pelali/bius, plaster Paris sebagai acuan dan usus binatang sebagai benang jahitan pembedahan. Orang pertama yang menjumpai asid sulfurik, bahan penting dalam bidang kimia dan kejuruteraan kimia. Orang pertama yang menjumpai ethanol bahan utama dalam perubatan. Al-Razi dipercayai telah menjumpai cara untuk menukarkan besi dan tembaga menjadi emas

Beliau berhenti menjadi ahli kimia selepas diserang penyakit mata semasa melakukan uji kaji. Lalu, beliau pergi ke Baghdad untuk mendapatkan rawatan penyakit matanya. Inilah faktor utama beliau menceburkan diri dalam dunia perubatan. Anak murid dan rakannya mengesyorkan beliau untuk melakukan pembedahan namun Al-Razi menolak dengan alasan beliau telah puas melihat dunia. Penyakit matanya bertambah teruk daripada penyakit katarak kepada buta sepenuhnya.

SOALAN

ULAR

TANGGA

TANGGA

ULAR

pemain akan didenda dan mundur ke tapak sebelumnya

pemain akan maju ke tapak seterusnya.

ARAHAN PERMAINAN

1. Setiap pemain diminta untuk membaling dadu terlebih dahulu untuk menentukan giliran.2. Pemain yang mendapat angka yang paling tinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu diikuti pemain seterusnya. 3. Setiap pemain meletakkan buah di tapak “ MULA’ 4. Pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan dam ular bergantung pada angka dadu yang diperolehi. 5. Jika pemain mendapat nombor enam apabila membaling dadu , maka pemain diberikan peluang sekali lagi untuk membaling dadu. 6. Setiap perhentian mengandungi pelbagai info, soalan dan penerangan mengenai tokoh Abu Bakar Al-Razi