Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
SEJARAH KEMRDEKAAN 1957
CLEOPATRA BINTI ABDUL MUMIN
Created on September 2, 2023
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Essential Map
View
Akihabara Map
View
Frayer Model
View
Create Your Story in Spanish
View
Microcourse: Key Skills for University
View
Microcourse: Learn Spanish
View
Choice Board Flipcards
Transcript
Video Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu
"Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia: Sejarah Momen Megah 31 Ogos 1957" Pada tarikh ini, Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, menyatukan rakyat dalam semangat patriotisme dan harapan baru.
Menu
TOKOHPEJUANG KEMERDEKAAN
KRONOLOGIPENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Objektif
KUIZ
Mula
Mula
Mula
Mula
OBJEKTIF
Menerangkan Kronologi Pengisytiharan Kemerdekaan
Mengenali tokoh-tokoh yang berjuang kearah kemerdekaan
Memahami pengertian Kemerdekaan dan menghargai pengorbanan tokoh kemerdekaan
Apakah Objektif Pembelajaran Sejarah Kemerdekaan 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
Pengumuman Jemaah Kabinet yang Pertama selepas Merdeka
Perasmian Stadium Merdekaoleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
5 Ogos 1957
15 Ogos 1957
28 Ogos 1957
29 Ogos 1957
30 Ogos 1957
31 Ogos 1957
12:00am
Rang Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu diluluskan
Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen tiba untuk upacara kemerdekaan
Upacara menurunkan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor Detik Jam 12 Malam
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Rombongan Kemerdekaan pulang dari London
Persidangan Malaya Merdeka Di Merdeka
Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka
21 Mac 1956
3 Jun 1957
18 Jan 1956
8 Feb 1956
20 Feb 1956
3 Ogos 1957
Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong pertama
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Suruhanjaya Perlembagaan Reid
Jigsaw quiz
Sejarah Kemerdekaan 1957
Start
Soalan 1/10
Soalan 2/10
Soalan 3/10
Soalan 4/10
Soalan 5/10
Question 6/10
Question 8/10
Question 7/10
Question 9/10
Question 10/10
RUMUSAN
Penggunaan aplikasi dalam sistem pembelajaran melibatkan penyediaan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kemudahan akses kepada bahan pembelajaran, penyesuaian pembelajaran peribadi, pemantauan kemajuan pelajar, pengembangan kemahiran teknologi, dan pengurusan maklumat yang lebih efisien. Aplikasi memainkan peranan penting dalam memperkukuh cara pembelajaran dengan menyediakan platform yang dinamik, mudah diakses, dan dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik setiap pelajar.
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Persidangan Malaya Merdeka di London
- Pada 18 Jan 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat diantara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MIC-MCA dan wakil Raja-raja Melayu dengan Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut Kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
- Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S Lee, Encik T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin.
- Persidangan ini berlangsung selama 3 minggu ini merundingkan beberapa perkara berkaitan dengan Kemerdekaan Tanah Melayu, Hal-hal Kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan, dan hal ehwal luar negeri, serta penubuhan jawatankuasa bebas kemerdekaan
- Misi rombongan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
18 Jan 1956
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
- Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Feb 1956 di Lancaster House, London.
- Perjanjian ini ditandatangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah Jajahan British bagi pihak Kerajaan British
8 Feb 1956
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pengumuman Kemerdekaan Di Bandar Hilir, Melaka
- Pada 20 Feb 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Feb 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957.
- Kepulangan rombongan kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra disambut dengan meriah, rombongan ini diarak dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotorsikal dan berpuluh-puluh buah kenderaan dari Lapangan Terbang Batu Berendam, ke Banda Hilir Melaka.
20 Feb 1956
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Suruhanjaya Perlembagaan Reid
- Sebuah Suruhanjaya Bebas yang dikenali Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
- Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England), Tuan B.S Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India), Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan)
- Suruhanjaya ini mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorundum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi
- Draf Perlembagaan dan Laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulai Julai 1957
21 Mac 1956
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Rombongan Kemerdekaan pulang dari London
- Satu perhimpunan menyambut ketibaan Rombongan Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur
- Rundingan berlansung selama 8 hari di Pejabat Tanah Jajahan British di London
- Rombongan ini terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Tuan Haji Mustapha Al-Bakri
- Hasil rundingan yang diadakan mencapai satu persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
3 Jun 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
- Pemilihan ini dilakukan mengikut Bahagian 4, Artikel 32, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Tunku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi Persekutuan Tanah Melayu.
- Manakala Tuanku Sir Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong
3 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
- Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani diantara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak Baginda Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957.
- Upacara bersejarah ini berlangsung di King's House, Kuala Lumpur
- Perjanjian ini akan berkuatkuasa ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 apabila Duke of Gloucester dengan rasminya digugurkan kuasa dan wibawa penjajah inggeris.
5 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Rang Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu diluluskan
- Rang Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan dengan sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Undangan Federal yang memberikan taraf kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
- Berikutan daripada itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
15 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pengumuman Jemaah Kabinet yang pertama selepas Merdeka
- Pada 28 Ogos 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mengumumkan anggota jemaah menteri yang akan menduduki Kabinet Perikatan pertama Persekutuan Tanah Melayu dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.
28 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Detik jam tengah malam di Padang Kelab Selangor
- Pada malam 30 Ogos 1957, Padang Kelab Selangor dibanjiri ribuan rakyat yang datang dari serata pelosok tanah air untuk menyaksikan detik bersejarah negara.
- Pada 11:58 malam, YTM Tunku Abdul Rahman Putra tiba diperkarangan Padang Kelab Selangor.
- Tepat pada 12:00 malam, Bendera Union Jack diturunkan sebagai simbol berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
- Bendera ini dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu Kebangsaan "Negaraku" yang diperdengarkan buat pertama kalinya dan diikuti dengan laungan "Merdeka" sebanyak 7 kali.
30 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Duke of Gloucester, wakil baginda Queentiba untuk upacara Kemerdekaan
- Duke dan Duchess of Gloucester, serta Putera William yang mewakili baginda Queen Elizabeth II tiba di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1957 untuk Upacara Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
29 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Perasmian Stadium Merdeka
- Stadium Merdeka yang menjadi lokasi Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada 30 Ogos 1957.
- Stadium ini siap dibina pada 21 Ogos 1957, direka bentuk oleh S.E Jewkes dari Cawangan Kejuruteraan Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Persekutuan.
- Kos pembinaan Stadium ini mencecah RM2.3 Juta
30 Ogos 1957
KRONOLOGI PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
- Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat pada jam 9:30 pagi pada 31 Ogos 1957.
- Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, Tetamu-tetamu khas dari luar negara, Anggota Kabinet Persekutuan Tanah Melayu dan rakyat jelata.
- Duke of Gloucester yang mewakili Queen Elizabeth II menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.
- Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman.
- Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali dan disambut ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.
31 Ogos 1957
Tokoh 1: Dato' Onn Ja'afar
- Pengerusi Kongres Melayu pada 1946.
- Yang Dipertua pertama United Malays National Organisation (UMNO) pada 1946.
- Pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor.
- Menggerakkan orang Melayu untuk bersatu menentang penubuhan Malayan Union.
- Pengasas Independence of Malaya Party (IMP).
Tokoh 2: Dr. Burhanuddin Al-Helmi
- Yang Dipertua kedua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1945
- Memimpin Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada 1956
- Memperjuangkan Konsep Melayu Raya.
- Memimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
Tokoh 3: Ahmad Boestamam
- Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) pada 1946
- Menubuhkan Parti Rakyat Malaya (PRM) 1955
- Menerbitkan akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People
Tokoh 4: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- Yang Dipertua kedua UMNO
- Pengasas Parti Perikatan pada tahun 1952
- Mengetuai rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London pada tahun 1956
- Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
Tokoh 5: Ishak Haji Muhammad
- Meletak jawatan sebagai Majistret Kelas III pada 1934 untuk bergiat aktif dalam politik
- Pengasas akhbar Utusan Melayu
- Memimpin Parti Buruh Malaya pada 1957
Tokoh 6: Abu Bakar Al-Baqir
- Menubuhkan Maahad al-Ehya Assharif pada 1934
- Menganjurkan Persidangan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) 1948
- Mengetuai Hizbul Muslimin 1948
Tokoh 7: Tun Tan Cheng Lock
- Presiden All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 1945
- Presiden Malayan Chinese Association (MCA) yang pertama 1949
- Membawa MCA bergabung dengan UMNO dalam penubuhan Parti Perikatan
- Memupuk perasaan taat setia masyarakat Cina kepada negara
Tokoh 9: Dato' Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz
- Menentang penubuhan Malayan Union
- Setiausaha UMNO yang pertama pada 1946
- Mewakili raja-raja Melayu dalam rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London 1956
- Menteri Besar Perak yang pertama
Tokoh 8: Tun Abdul Razak Hussein
- Ahli rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London
- Memperkenalkan Penyata Razak pada 1956
- Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama 1957
- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Tokoh 10: Tun H.S. Lee
- Mengetuai MCA Selangor pada 1949
- Pemimpin penggerak kerjasama UMNO-MCA
- Penggerak ke arah kerjasama antara kaum
- Ahli rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London 1956
- Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
Tokoh 11: Tun V.T. Sambanthan
- Presiden Malayan Indian Congress (MIC) yang kelima pada 1955
- Menyertai rombongan kemerdekaan 1957
- Menteri Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
Tokoh 12: Tun Dr. Ismail
- Timbalan Yang Dipertua UMNO pada 1951
- Wakil UMNO untuk berunding dengan MCA bagi membentuk Parti Perikatan 1951 hingga 1952