Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

MAJLIS RAJA-RAJA

SHARLENE

Created on April 20, 2023

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Higher Education Presentation

Psychedelic Presentation

Vaporwave presentation

Geniaflix Presentation

Vintage Mosaic Presentation

Modern Zen Presentation

Newspaper Presentation

Transcript

MAJLIS

RAJA-RAJA

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar menerangkan sekurang-kurangnya empat daripada enam tugas penyimpan Mohor Besar Raja-raja melalui sesi soal jawab. (C1)

in

HASIL PEMBELAJARAN

2. Pelajar dapat menganalisis tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja dengan jelas melalui aktiviti kuiz Quizziz. (C2)

+ info

ISI KANDUNGAN

1.

PENGENALAN

2.

TUGAS DAN PERANAN

3.

BUDI BICARA

4.

PENYIMPAN MOHOR BESAR

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA
Ditubuhkan pada 1948 seiring dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Bidang kuasa Majlis Raja-raja termaktub dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan

Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-raja FMS yang dikenali sebagai Majlis Raja-raja Melayu (Durbar) yang pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama diadakan ialah pada 18 Februari 1948 menurut peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1 Februari 1948) yang menggantikan Perjanjian Malayan Union (1 April 1946), yang ditentang oleh orang Melayu.

Majlis Raja-raja ialah- suatu pihak berkuasa Persekutuan - badan tanpa kuasa perundangan - badan penting dalam membentuk hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

SILA IMBAS

KEANGGOTAAN MAJLIS RAJA-RAJA

in

YDPA hanya menganggotai Majlis Raja-Raja- pada hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja. - sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama Islam, amalan adat istiadat dan berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan dan kebesaran raja-raja.

Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-Raja.

Terdiri daripada 9 orang raja Melayu dan 4 orang Yang di-Pertuan Negeri.

+ info

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA

2. Permintaan untuk mengadakan mesyuarat MRR boleh dibuat oleh a) Yang di-Pertuan Agong b) tidak kurang daripada 3 orang anggota Majlis Raja-Raja.

1. Biasanya mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan tiga kali setahun.

3. Menteri Besar dan Ketua Menteri akan menyediakan kertas kerja yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

4. Pengerusi Majlis Raja-Raja dipegang oleh raja setiap negeri secara bergilir-gilir.

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA

5. Menteri Besar dan Ketua Menteri akan mengiringi raja atau Yang di-Pertuan Negeri masing-masing untuk menghadiri mesyuarat.

6. Yang di-Pertuan Agong menghadiri mesyuarat diiringi oleh Perdana Menteri.

7. Mesyuarat hanya dihadiri 9 orang raja jika mesyuarat itu adalah untuk menimbangkan

a) pelantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong b) pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong c) keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja d) perbuatan, amalan dan upacara agama Islam.

TUGAS DAN KUASA MAJLIS RAJA-RAJA

TUGAS ATAU FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA

  • Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
  • Mempertimbangkan soal dasar-dasar negara.
  • Menyetujui atau tidak perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan.
  • Menyetujui atau tidak sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau Perlembagaan tentang :
- keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran raja-raja - penggubalan sempadan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia - kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak - bahasa kebangsaan - kewarganegaraan - keistimewaan Parlimen

TUGAS DAN KUASA MAJLIS RAJA-RAJA

TUGAS ATAU FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA

  • Memberi nasihat tentang pelantikan
- Ketua Hakim Negara- Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi- Ketua Audit Negara- pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya
  • Melantik anggota Mahkamah Khas (Raja-Raja).
  • Melantik wakil Majlis Raja-raja ke Majlis Angkatan Tentera.
  • Berkuasa untuk mengampunkan, menggantungkan, atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja oleh Mahkamah Khas (Raja-raja).

Write your title here

Anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:-

  • Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan
  • Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas
  • Pemberi ampun, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

KUASA BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

tugasan berkumpulan mix & MATCH

  • Melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja - raja.
  • Surat yang dimeterai dengan mohor besar melambangkan kepercayaan dan kuasa.
  • Melambangkan kedaulatan surat cara tersebut.

Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad

Penyandang ke-16, dilantik oleh Majlis Raja-raja pada 08 Januari 2011 hingga kini.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Orang yang dilantik oleh MRR untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-raja.

Bertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja

Enimsenectus tempor vivamus elementum gravida aptent quisque malesuada.

Orang yang layak memegang jawatan ini adalah pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara.

Memegang jawatan mengikut tempoh yang diperkenan oleh MRR

Lorem ipsum dolor sit amet, adipiscing elit. Nulla tempor odio ac ultrices viverra.

Lorem ipsum dolor sit

TUGAS PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

  • Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat MRR.
  • Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat.
  • Menghadiri mesyuarat dan menyimpan minit-minit mesyuarat.
  • Mengesahkan keputusan Majlis Raja-raja.
  • Memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Mengumumkan keputusan Majlis Raja-raja, tarikh berpuasa, tarikh Hari Raya Aidilfitri dan tarikh Hari Raya Aidiladha.
Enimsenectus tempor vivamus elementum gravida aptent quisque malesuada.

Lorem ipsum dolor sit amet, adipiscing elit. Nulla tempor odio ac ultrices viverra.

Lorem ipsum dolor sit

sesi penilaian individu

TUGASAN PENGUKUHAN

Sekian, terima kasih.