Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
PERTANDINGAN PBL
RATNAPIRIYA A/P GOPALAN Moe
Created on April 3, 2023
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
Transcript
smkCHAN WAII
BULAN STEM PERTANDINGAN PBL ANJURAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
PROJEK MEMBINA MODEL 3D
PANITIA MATEMATIK SMK CHAN WA II
PERTANDINGAN PBL -PEMBINAAN MODEL 3D
Pertandingan PBL Pembinaan Model 3D ini terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 , 2 dan 3.
syarat-syarat pertandingan:
- Penyertaan secara individu sahaja.
- Murid perlu membina sebuah model 3D mengikut tajuk yang diberikan.
- Murid perlu mengambil sebuah video yang ringkas akan proses penyediaan model 3D.
- Murid juga perlu menyatakan dalam video itu objektif, langkah-langkah pembinaan model dan perkaitan model 3D yang dibina dengan tajuk yang diberi.
- Murid boleh menghasilkan video tersebut dalam bentuk youtube, tik-tok, shorts, video ringkas atau cara yang lain mengikut kesesuaian.
- Murid perlu muatnaik hasil di dalam Google Form yang diberikan.
TAJUK TINGKATAN 1 (TAJUK : POLIGON)
ARAHAN : 1) Dengan berpandukan BAB 9(Poligon Asas) dan BAB 10(Perimeter dan Luas), hasilkan satu mini projek bertemakan reka bentuk bangunan termoden seperti rumah, pejabat, lot kedai dan sebagainya. 2) Anda dikehendaki menggunakan pelbagai bentuk poligon untuk menghasilkan binaan bangunan anda. 3) Digalakkan menggunakan bahan terpakai atau kitar semula. 4) Hasilkan rakaman dalam bentuk pembentangan untuk menerangkan projek bangunan anda. Muat naik rakaman anda dalam Youtube/Tiktok dan kongsi pautan video anda dalam google form yang diberikan oleh guru Matematik masing-masing. 5) Tempoh siapkan projek ialah 1 minggu. 6) Tarikh akhir penghantaran video ialah pada hari JUMAAT(19/07/2024). .
tAJUK TINGKATAN 2 (TAJUK: NISBAH)
Bubur pulut hitam ialah sejenis hidangan manisan yang popular di Malaysia. Perhatikan resipi untuk bubur pulut hitam di bawah. Jika resipi asal ini adalah untuk hidangan 6 orang, hitung kuantiti yang diperlukan bagi setiap bahan untuk hidangan semua murid di dalam kelas anda atau semua ahli keluarga anda di rumah. Gunakan pengetahuan anda tentang nisbah dan kadar untuk menyediakan resipi ini. Dengan bantuan guru atau ahli keluarga, cuba resipi ini di sekolah atau di rumah
Cara: 1. Cuci pulut hitam dengan bersih. 2. Masukkan pulut hitam ke dalam periuk yang mempunyai 5 cawan air dan daun pandan. 3. Rebus dengan menggunakan api yang kecil sehingga pulut masak dan lembut. Kacau pulut dari semasa ke semasa. 4. Sementara itu, tambahkan gula melaka dan satu cawan air ke dalam periuk yang lain. Panaskan periuk dan kacau campuran itu sehingga sirap hitam yang pekat kelihatan. 5. Tambahkan campuran gula melaka bersama santan kelapa ke dalam pulut yang dimasak. Kacau sehingga campuran sebati. 6. Padamkan api. Hidangkan secara panas atau sejuk.
Bahan-bahan: • 200 g pulut hitam (direndam semalaman di dalam air) • 125 g gula melaka • 270 ml santan kelapa (tambahkan lebih banyak jika anda suka rasa santan yang lebih) • 6 cawan air • 3 helai daun pandan yang dipotong dua dan disimpul
sambunagan tajuk tingkatan 2...
ARAHAN: 1) Sila buat satu video tentang memasak pulut hitam dengan menggunakan tajuk nisbah bagi menunjukkan nisbah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pulut hitam ini. 2) Murid perlu menerangkan objektif, bagaimana konsep nisbah digunakan untuk menghasilkan bubur tersebut dalam rakaman video yang ringkas. 3) Muat naik rakaman anda dalam Youtube/Tiktok/Shorts/Video ringkas dan kongsi pautan video anda dalam google form yang diberikan oleh guru Matematik masing-masing. 4) Tempoh siapkan projek ialah 1 minggu. 5) Tarikh akhir penghantaran video ialah pada hari RABU(12/04/2023).
TAJUK TINGKATAN 3 : MODEL 3D
ARAHAN : 1) Dengan berpandukan BAB 6(Bentuk Geometri 3 Dimensi) Tingkatan 2 anda perlu cipta sebuah bentuk 3D yang terdiri daripada gabungan bentuk kubus, kuboid, prisma, piramid, silinder, kon atau sfera. ( Contoh: Model Taman Permainan, Model Bangunan Twin tower, Model Bilik Air, Model Rumah, Model Roket.) 2) Murid perlu menghasilkan bentuk itu sendiri.Murid boleh menggabungkan bentuk-bentuk geometri tiga dimensi tersebut. 3) Murid boleh bina apa-apa bentuk 3D mengikut kekreativitian mereka, contoh di atas adalah sebagai panduan sahaja. 4) Murid digalakkan menggunakan bahan terpakai atau kitar semula. 5) Murid perlu menerangkan objektif, cara-cara atau proses pembinaan 3D, bentuk-bentuk geometri yang digunakan untuk menghasilkan bentuk 3D tersebut 6) Hasilkan rakaman dalam bentuk pembentangan untuk menerangkan projek 3D geometri anda. Muat naik rakaman anda dalam Youtube/Tiktok/Video ringkas dan kongsi pautan video anda dalam google form yang diberikan oleh guru Matematik masing-masing. 7) Tempoh siapkan projek ialah 1 minggu. 8) Tarikh akhir penghantaran video ialah pada hari RABU(12/04/2023).
Link Google Form akan diberikan di dalam Whatsapp Group Kelas anda.
jika ada masalah anda boleh hubungi:
Ting 1 : Pn Nurazlina Ting 2 : Pn Nalini Ting 3 : Pn Ratnapiriya @ guru Matematik anda.
terima kasih...