Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

CERPEN BAWOD F3 K4

HUSNA FATINI BINTI AHMAD NAZARI Moe

Created on March 14, 2023

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Transcript

Cerpen Bawod

Komsas Tingkatan 3

Sinopsis

Cerpen Bawod mengisahkan hubungan akrab antara Beluntung dan dua haiwan peliharaannya, Tuyog yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang merupakan seekor kambing. Beluntung ialah murid tahun 6 yang tinggal di kawasan pendalaman. Setiap hari demi ke sekolah, dia perlu menaiki Tuyog dan sentiasa ditemani Bawod. Rakan-rakannya sering mengejek Beluntung kerana tubuhnya berbau kerbau. Namun, dia tidak menghiraukan ejekan-ejekan tersebut kerana tumpuannya adalah untuk menapai kejayaan dalam peperiksaan. Akhirnya, Beluntung berjaya mencapai kecermelangan dalam peperiksaannya. Ayah dan ibunya ingin mengadakan kenduri kesyukuran sempena kejayaannya tetapi Beluntung berasa amat terkejut dan sedih apabila mengetahui bahawa hidangan kenduri tersebut merupakan kawan baiknya iaitu Bawod.

- Tema Cerpen Bawod

Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

Watak dan Perwatakan

Cerpen Bawod

Persoalan

Cerpen Bawod
1. Kekuatan kasih sayang pengikat sesebuah keluarga

Contoh peristiwa: Ibu bapa Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana dia bimbang akan keselamatan Beluntung apabila hujan lebat dan tiupan angin kencang.

2. Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian

Contoh peristiwa:Beluntung gigih menuntut ilmu untuk mencapai impiannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam yang bakal ditempuhinya dengan sanggup berhujan dan menunggang kerbau untuk ke sekolah.

3. Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugasan

Contoh peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran Ilmu Alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

4. Bersyukur terhadap kejayaan yang diperoleh

Contoh peristiwa: Bapa mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang Beluntung dalam peperiksaan darjah enam yang dianggap kejayaan yang dianggap memecah rekod Kampung Layong.

Gaya Bahasa Cerpen Bawod

Personifikasi

Cahaya itu merayapi kawasan sekitar.

Sinkope

"Hisyy..., asyik tanya saja."

Simile

Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil.

Repitisi

Bawod takut akan air, takut akan hujan.

Teknik Plot

Cerpen Bawod
1. Dialog

"Siapa membuang buku aku?" "Aku!" kata Si Gemuk. "Pungut dan letak balik atas meja aku!

2. Pemerian

Cuaca mulai cerah. Halaman rumah mula kelihatan. Beluntung mula menyimpulkan bahawa Bawod dan Tuyog telah mati lemas. Dia kemudian menuju ke sungai untuk membasuh kakinya yang berlumpur. Ketika melintas pokok nangka, dia terdengar sesuatu. Dia berpatah balik dan mengamat-amati sesuatu yang bergerak-gerak tidak jauh dari pohon nangka yang rimbun. Dia mendapati Tuyog sedang mengunyah di hadapan Bawod yang menggigil kesejukan.

3. Imbas kembali

Mendengar Bawod dan Tuyog bersahut-sahutan, Beluntung tiba-tiba berasa bahawa merekalah sahabat yang setia. Apabila teringatkan kegigihan Bawod menyeberangi sungai, Beluntung terus sahaja teringat peperiksaan yang akan dihadapinya. Sambil memerhati Bawod yang bersusah payah menarik kakinya yang terbenam, Beluntung berjanji kepada dirinya dia akan belajar bersungguh-sungguh.

4. Imbas muka

Biar semua orang tahu bahawa Beluntung yang berbau kerbau menjadi pelajar yang terbaik SRK Timbang Pasir. Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang Kampung Layong tumpang gembira. Semua orang akan gembira.

Latar Masyarakat

Cerpen Bawod

  • Masyarakat yang penyayang

Contoh peristiwa: Ibu bapa Beluntung amat menyayangi Beluntung sebagai anak tunggal mereka.

  • Masyarakat yang menghormati dan melayani tetamu dan jiran

Contoh peristiwa: Ibu bapa Beluntung melayani kehadiran jiran-jiran ke rumah mereka dengan begitu mesra dan baik.

  • Masyarakat yang masih mengekalkan budaya tradisi

Contoh peristiwa: Ketua kampung Layong yang memakai pakaian serba hitam memalu gong sebagai menandakan perlumbaan kerbau di kampungnya bermula

  • Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa

Contoh peristiwa: Beluntung patuh akan arahan bapanya supaya menambat kambingnya, Bawod pada pokok nangka sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau.

Nilai Cerpen Bawod

Cerpen Bawod

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur

Lorem ipsum

Lorem ipsum

Lorem ipsum

Lorem ipsum

Lorem ipsum

Nulla sit amet

Nam tempus dolor

Class aptent taciti

Orci varius natoque

Pengajaran

Cerpen Bawod
  • Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan terutamanya kepada ahli keluarga sendiri.
  • Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
  • Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi kejayaan masa depan.
  • Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh.

Terima Kasih!

Sumber rujukan: