Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
kajian kes sejarah
aisyah azam
Created on December 26, 2022
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Vaporwave presentation
View
Animated Sketch Presentation
View
Memories Presentation
View
Pechakucha Presentation
View
Decades Presentation
View
Color and Shapes Presentation
View
Historical Presentation
Transcript
perjuangan rakyat menentang pendududkan jepun
nuraisyah bt azam5 ekonomi
start
pernyataan masalah
Pendudukan Jepun di negara kita memberikan banyak impak kepada negara kita. Perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun merupakan reaksi terhadap kekejaman Jepun. Buktikan.
mengkaji perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun
objektif kajian
mencerakinkan maklumat tentang perjuangan rakyat semasa pendudukan Jepun
menilai perjuangan rakyat semasa pendudukan jepun ke atas negara kita
KAEDAH KAJIAN
pembacaan
melayari internet
kajian perpustakaan
Manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 19 Disember 1941. Tujuan kedatangan Jepun ke negara kita adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomin yang dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap Jepun.
kemaraan tentera jepun di tanah melayu
Maksud perjuangan ialah satu usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban untuk capai matlamat, objektif dan hala tuju yang digariskan. Dalam perbincangan ini , perjuangan adalah usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban dalam menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu.
Eksploitasi sumber mentah.
- keperluan perindustrian Jepun
- Tanah Melayu pengeluar utama bahan mentah
- biji timah, getah, emas biji besi, arang batu & bauskit.
- Sarawak : sasaran untuk mendapatkan sumber minyak dari Miri dan Lutong. Pembentukkan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk kukuhkan ekonomi Jepun.
Kepentingan strategi ketenteraan
- kedudukan negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun
- dihujung semenanjung Tanah Melayu terletak Singapura
- Singapura adalah pangkalan tentara laut British
- penguasaan ke atas Singapura membuka laluan kepada Jepun menguasai telaga minyak Sumatera
- penguasaan Pulau Borneo penting menjayakan penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa
perjuangan rakyat menentang penduduk jepun
Penentangan MPJA
Selain itu, orang Cina mencari perlindungan dibawah Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengelakkan daripada dibunuh. MPJA iaitu pasukan sukarela PKM yang dipilih oleh British di Sekolah Latihan Khas untuk menjalankan kerja sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun.
Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air
Rejimen Askar Melayu berkerjasama dengan tentera British menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan dan Singapura. Leftenan Adnan Saidi bertempur di Bukit Candu, Singapura, menjulang nama Rejimen Askar Melayu. Manakala Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC menyelamatkan hampir 2000 tentera Bersekutu yang terperengakap di pantai Johor dan dianugerahkan pingat Military Cross. Koperal Yaakob pula dianugerahkan pingat Military Medal atas keberanian dalam peperangan di Pasir Panjang.
Kerjasama MPJA dan Force 136
Tidak lama kemudian , MPJA dan Force 136 berkerjasama untuk melawan tentera Jepun. MPAJA terima bantuan ubat-ubatan, senjata, kewangan dan latihan ketenteraan daripada British.
Kerjasama Parti Kuomintang & MPJA
Force 136
British menubuhkan South East Asia Command (SEAC), berpusat di Colombo, Sri Lanka. Force 136 mendapat latihan di India dan Sri Lanka lalu dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau payung terjun bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun. Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu bekerjasama menjalankan aktiviti rahsia di Tanah Melayu.
Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada Parti Kuomintang-Lim Bo Seng (KMT) menentang Jepun di utara Tanah Melayu (Hulu Perak dan Kelantan). Mereka menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA), dikenali sebagai Tentera Bintang Satu. Gerila KMT bekerjasama dengan MPAJA/PKM menentang tentera Jepun.
penentangan individu
Terdapat juga pejuang yang berjuang secara individu seperti penentangan Gurchan Singh dan Sybil Kathigasu. Gurchan Singh merupakan seorang polis. Beliau menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun dengan menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran iaitu Lion of Malaya. Sybil Kathigasu pula menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun dengan memberi bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun bersama pasangannya. Beliau juga menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
GURCHAN SINGH
SYABIL KATHIGASU
kesimpulan
Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 tahun 8 bulan telah memberi kesan baik dan buruk kepada kita. Jadi kita sebagai wargenegara Malaysia yang bertanggungjawab perlulah mengenang budi tokoh-tokoh yang telah berkorban untuk negara kita. selain itu , kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku supaya kita akan tetap berjuang demi agama dan bangsa. Akhir kata , kita mestilah berkerjasama dalam menyelesaikan masalah agar negara kita tidak akan dijajah oleh negara asing lagi.
lampiran
Lampiran
lampiran
sumber rujukan
BUKU TEKS
Internet
Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distribuction , Percetakkan Rina Sdn. Bhd. Hot Tips 2022 Sejarah SPM Sukatan Tingkatan 4 dan 5
https://youtu.be/V69G6NlPkDo https://youtu.be/Gn3Kcsrxl_I https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-4/sejarah-t4-bab-3/sejarah-t4-bab-3-7 https://question.pandai.org/note/read/kssm-sj-10-03-07/KSSM-F4-SJ-10-02
terima kasih !