Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Copy - Pengajian Islam BAB 13

my name

Created on November 7, 2022

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Vaporwave presentation

Animated Sketch Presentation

Memories Presentation

Pechakucha Presentation

Decades Presentation

Color and Shapes Presentation

Historical Presentation

Transcript

Presenting Our Slide

BAB 13 : SALAH FAHAM TERHADAP AGAMA ISLAM

MPU2312 : PENGAJIAN ISLAM

AHLI KUMPULAN

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DIPLOMA PERAKAUNAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DIPLOMA PERAKAUNAN
DIPLOMA PERAKAUNAN
NOR INTAN SYARFINA MUSTAFA D22114862
VITA YOGIMEIANA BINTI EDDY SUKOCO D22114847
SITI NUR IZZAH SYAWALNI BINTI ANUAR D22114831
NUR SYUHADA BINTI ISMAIL D21314410
WARDATUL NABIHAH BINTI MOHAMAD KHALID D21314152

Nama Pensyarah

AHMAD ADIB MOHAMMAD SOFIAN

ISI KANDUNGAN

  • PENGENALAN
  • FAKTOR PENYEBAB KEPADA SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
- Faktor Dalaman - Faktor Luaran
  • BENTUK SALAH FAHAM TRADISIONAL
- Agama Islam yang Dimanipulasi - Al-Quran dan Hadis yang Dimanipulasi
  • BENTUK SALAH FAHAM SEMASA
- Dalam Bentuk Pengistilahan - Dalam Bentuk Pandangan, Tanggapan dan Persepsi Umum
  • TINDAKAN UNTUK MENGATASI SALAH FAHAM
- Dalam Konteks Individu - Dalam Konteks Masyarakat dan Negara
  • KESIMPULAN
  • SOALAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  • MEMAHAMI FAHAMAN YANG SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
  • MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN KETIKA MENGHADAPI CABARAN YANG BOLEH MEMESONGKAN MEREKA DARIPADA GAMBARAN SEBENAR TENTANG ISLAM
  • MENANAMKAN SIKAP CINTAKAN AGAMA PADA DIRI SETELAH MEMAHAMI TENTANG GAMBARAN-GAMBARAN YANG SALAH YANG CUBA DIKAITKAN DENGAN ISLAM
  • MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN FAHAMAN-FAHAMAN YANG SALAH TENTANG ISLAM
  • MEMPERBETULKAN FAHAMAN YANG SALAH PELAJAR BUKAN ISLAM TERHADAP AGAMA ISLAM
SALAH FAHAM TERHADAP AGAMA ISLAM
BENTUK SALAH FAHAM TRADISIONAL
FAKTOR PENYEBAB
CARAMENGATASI
BENTUK SALAH FAHAM SEMASA
  • AGAMA ISLAM YANG DIMANIPULASI
  • AL-QURAN DAN HADIS YANG DIMANIPULASI
  • KONTEKS INDIVIDU
  • MASYARAKAT DAN NEGARA
  • FAKTOR DALAMAN
  • FAKTOR LUARAN
  • PENGISTILAHAN
  • PANDANGAN, TANGGAPAN ATAU PERSEPSI UMUM

Event 1

Event 2

Event 3

Event 4

Event 5

Event 6

Event 7

Event 8

Event 9

Event 10

13.0 PENGENALAN

Salah faham tentang Islam tersebar dalam kalangan umat Islam sendiri dan bukan Islam hasil daripada pengenalan modenisme oleh penjajah Barat ke dunia Islam. Salah faham ini juga disebabkan propaganda sebahagian besar media massa Barat tentang Islam yang dikaitkan dengan keganasan, ketaksuban dan kemunduran. Di samping itu, faktor orientalisme telah berjaya menusuk dalam bidang akademik dan keintelektualan untuk memesongkan masyarakat daripada gambaran sebenar tentang Islam. Untuk itu, perkara-perkara di bawah dibahaskan, iaitu faktor penyebab kepada salah faham terhadap Islam, bentuk salah faham tradisional, bentuk salah faham semasa dan tindakan untuk mengatasi salah faham.

13.1-FAKTOR PENYEBAB KEPADA SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
13.1.1 Faktor Dalaman
2. Perselisihan faham dan perpecahan umat Islam menyuburkan salah faham terhadap Islam. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam menghadapi fitnah yang besar, iaitu perselisihan faham dan peerpecahan. Peperangan Jamal dan Siffin menyebabkan kelahiran fahaman Syiah yang dianggap terkeluar daripada pegangan ahli Sunnah dan Jamaah, iaitu pegangan dominan Islam.
3. Elemen subversif dalam negara atau kerajaan Islam terdiri daripada golongan munafik, sebahagian orang yang baharu memeluk agama Islam dan bukan Islam yang terdiri daripada Yahudi, Kristian dan Majusi. Golongan ini mengambil kesempatan daripada kelemahan perpaduan umat Islam pada ketika itu untuk mencetuskan keadaan huru-hara politik dan pemikiran. Ekoran itu, tercetus perdebatan agama antara Islam dengan bukan Islam seperti yang dilihat pada Abbasiyyah. Malah sebelum itu, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, wujud beberapa individu mendakwa menjadi nabi untuk mencetuskan huru-hara dan mengelak daripada pembayaran zakat.
1. Persempadanan wilayah Islam yang semakin luas secara mendadak dalam tempoh yang singkat seperti yang dapat dilihat pada era Umawi dan Abbasi. Dalam pada itu, mesej untuk kefahaman tentang Islam secara menyeluruh tidak dapat disampaikan sedangkan ramai yang memeluk agama Islam. Sebahagian mereka mengekalkan atau masih mengamalkan adat resam yang bertentangan dalam Islam.
5. Perkembangan ajaran sesat atau salah menyebabkan salah faham berlaku terhadap Islam dan keadaan ini menyuburkan elemen-elemen syirik seperti mandi bulan Safar untuk menghindarkan bala, kepercayaan terhadap kekeramatan kubur pada wali dan sebagainya.
4. Kurang ilmu pengetahuan agama Islam menyebabkan atau menyamai salah faham tentang Islam sedang dalam masa yang sama wujud pengaruh kebudayaan bukan Islam menguasai arus perdana.
13.1.2 FAKTOR LUARAN

1. Serangan pemikiran oleh orientalis Barat juga dilakukan oleh intelektual Zionis. Walau bagaimanapun, sama ada Zionis atau orientalis Barat semata-mata, pada asasnya ia adalah sama, iaitu penulis Barat. Serangan pemikiran oleh orientalis Barat yang prejudis cukup berkesan untuk mencetuskan salah faham terhadap agama Islam. Ini disebabkan :

  • Orientalis Barat yang prejudis terhadap Timur begitu ramai pada era sebelum penjajahan Barat ke atas dunia Islam lagi. Pada asasnya, maklumat yang dikembangkan oleh mereka bersifat tangan kedua, bukan interaksi sebenar mereka dengan kebudayaan Islam yang dikaji.
  • Sumber penulisan orientalis Barat yang prejudis masih wujud pada ketika ini dan masih digunakan oleh orientalis semasa dan juga pengkaji Islam. Sungguhpun wujud penulisan tentang Islam yang sederhana tetapi bilangannya adalah sedikit.
  • Orientalis Barat mempelopori kajian sosiologi dan kebudayaan umat Islam ketika mana cendekiawan Islam masih ketinggalan aspek ini. Pada era penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir dan dunia Arab keseluruhannya, orientalis Barat mengambil kesempatan untuk menerokai kajian mereka tentang aspek sosiologi dan kebudayaan umat Islam. Tanpa syak lagi, ia dapat dilihat daripada perspektif Barat daripada perspektif Timur atau Islam. Gambaran salah tentang Islam dan umatnya menguasai penulisan mereka
13.1.2 FAKTOR LUARAN

2. Pengaruh Kebudayaan asing.Islam muncul di tengah-tengah tiga kebudayaan Sasaniah atau Parsi Timur dan kebudayaan atau agama Kristian dan hiburan,manakala kebudayaan atau agama Kristian dan yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek agama.Antaranya sebahagian penganut Kristian dan yahudi yang dikenali sebagai Ahlil kitab kerana mereka juga menerima kitab Samawi telah memeluk agama Islam.Dalam masa yang sama mereka juga membawa elemen-elemen israiliat dalam pentafsiran al-Quran.Sebahagian elemen itu diakui benar oleh cendiakawan Islam,manakala sebahagian lagi diragui kebenarannya atau ditolak. 3. Penjajahan Barat dan dasar pecah perintah memberikan kesan tidak langsung kepada percambahan ajaran sesat.Dasar pecah perintah menyebabkan dunia Islam tidak bersatu dan tidak wujud satu konsensus untuk menangani permasalahan umat Islam termasuk ajaran sesat. 4.Penjajahan dan modenisme Barat yang diperkenalkan oleh Penjajah Barat terhadap dunia Islam khususnya dalam arena pendidikan menyebabkan skop pendidikan Islam diletakkan dalam konteks tradisional.Seterusnya ia menyebabkan Islam dipandang secara perspektif tradisional bukan sebagai agama yang dinamik dan maju.

13.2 : BENTUK SALAH FAHAM TRADISIONAL

13.2.1: Agama Islam Yang Dimanipulasi

1. Dogmatisme dan ideologi. Orientalis Barat khusus awal era moden dan sebelumnya melihat agama sebagai dogmatisme yang menekankan aspek ritual semata-mata. Sebahagian mereka menganggap satu ideologi sedangkan Islam merupakan satu al-din atau agama yang lengkap, mencukupi seluruh aspek kehidupan manusia serta universal.

2. Agama adaptasi daripada agama Kristian. Orientalis Barat menganggap agama Islam bukan agama Samawi tetapi sebagai adaptasi daripada agama Kristian. Mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW mempelajari selok-belok agama Kristian dan seterusnya mencipta agama sendiri yang bersifat ketimuran. Tidak hairan sebahagian mereka melabelkan agama Islam sebagai satu ideologi, iaitu Muhammadisme atau ideologi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW

3. Agama yang kolotAkibat kekaburan yang menyelubungi agama Islam, sebahagian umat Islam dan bukan Islam beranggapan Islam sebagai agama kolot atau tidak mendukung kemajuan.

13.2.2 : Al-Quran dan Hadis yang Dimanipulasi

1. Sebahagian orientalis Barat meletakkan al-Quran sebagai wahyu dalam keraguan dengan alasan:

(b) Al-Quran tidak dibukukan dalam satu mashaf atau buku yang lengkap pada era penurunannya. Sungguhpun al-Quran tidak dibukukan tetapi ayat-ayatnya dicatat pada pelepah tamar dan batu, manakala Nabi Muhammad SAW sentiasa menyusun kedudukan ayat-ayat al-Quran mengikut perintah Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Semasa Nabi Muhammad SAW wafat, kedudukan susunan al-Quran sudah lengkap dan para sahabat sentiasa memperbaharui bacaan atau hafalan mereka terhadap ayat dan surah al-Quran di depan Nabi Muhammad SAW serta ditegur kesalahan mereka.

(a) Nabi Muhammad SAW ummi, tidak boleh membaca dan menulis atau secara mutlak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Oleh itu, mereka meragui keupayaan Nabi yang ummi itu untuk menerima wahyu. Sifat ummi dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW sebenarnya menjadi ketentuan Allah SWT supaya baginda tidak difitnah sebagai mencipta Al-Quran. Bangsa Quraisy yang disifatkan dalam al-Quran sebagai ummiyyin atau buta huruf sebenarnya bukan buta huruf secara mutlak. Ini disebabkan mereka lebih dikenali dengan kegiatan puisi atau syair. Gambaran ummiyyin itu sebenarnya untuk menyatakan bahawa bangsa Arab Quraisy pada ketika itutidak mempunyai tulisan tersendiri seperti pada hari ini walaupun mereka mempunyai bahasa yang stabil. Sebaliknya, huruf atau tulisan dipinjam daripada bahasa Arab Himsyar

(c) Al-Quran dikatakan mengandungi cerita- cerita dongeng, penglipurlara dan sebagainya. ini merupakan pandangan yang salah. Banyak fakta saintifik dalam al-Quran hanya dapat dibuktikan kebenarannya secara saintifik pada hari ini oleh saintis Barat. Sungguhpun terdapat banyak cerita dalam al-Quran, cerita-cerita tersebut adalah benar dan mempunyai bukti arkeologinya seperti tentang Firaun. Contoh: Jasad Firaun telah ditemui dan diletakkan dalam muzium

13.2.2 : Al-Quran dan Hadis yang Dimanipulasi

2. Sebahagian umat Islam salah faham tentang kedudukan hadis dan meragui kesahihannya. Mereka menolak kewujudan hadis sebagai salah satu sumber perundangan, syariat, akidah dan akhlak dengan alasan hadis tidak dibukukan semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Memang hadis tidak dibukukan pada era baginda dengan perintah baginda sendiri kerana dikhuatiri akan bercampur aduk dengan al-Quran dan menimbul keraguan tentang al-Quran dan Islam secara keseluruhannya. Namun, keseluruhan hadis dirakamkan melalui hafalan para sahabat yang mantap dan turun-temurun sebelum ia dibukukan pada era berikutnya

3. Rasulullah SAW yang dimanipulasi (a) Sebagai penggemar poligami. Rasulullah SAW selalu digambarkan oleh orientalis Barat suka mengamalkan poligami yang luar biasa. Hakikatnya, poligami dibenarkan oleh Allah SWT umtuk tujuan penyebaran dan perpaduan umat Islam yang terdiri pelbagai kabilah atau etnik. Oleh itu, para isteri baginda terdiri daripada pelbagai kabilah dan etnik dan realitinya sebahagian isteri Baginda ialah balu yang kematian suami semasa peperangan. (b) Sebagai gila seks. Sebahagian tulisan orientalis Barat yang prejudis juga terdapat kecenderungan mereka untuk menggambarkan bahawa Rasulullah SAW gila seks. Hakikatnya, Baginda merupakan individu yang stabil, banyak menumpukan pada urusan negara dan agama dan ketika berada di rumah Baginda menjadi suami yang bertanggungjawab.

4. Kedudukan wanita yang dimanipulasi

(b) Wanita didera dan dianiaya. Wanita Islam digambarkan dalam sebahagian tulisan tradisional dan semasa Barat berada dalam kedudukan teraniaya dan didera. Penderaan dan penganiayaan terhadap golongan wanita bukan merupakan ciri atau sifat Islam. Malahan Islam diturunkan salah satunya memerdekakaan wanita daripada perhambaan seks. Penderaan golongan wanita berlaku dalam kebudayaan dan tamadun sebelum Islam lagi.

(a) Sebagai hamba seks. Wanita dalam kajian sosiologi dan kebudayaan Barat digambarkan sebagai hamba seks atau digunakan untuk memuaskan hawa nafsu golongan lelaki. Alasan yang digunakan adalah mereka dipaksa menutup aurat dan tidak boleh bergaul bebas serta tidak dibenarkan menjalankan aktiviti kehidupan harian demi memenuhi tuntutan seks suami atau tuannya sahaja semata-mata.

5. Masyarakat dan negara Islam yang dimanipulasi

(b) Suka kepada peperangan. Bangsa Arab atau Islam pada ketika itu suka kepada peperangan tetapi untuk membela keadilan dan menjaga keamanan. Peperangan sudah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Dalam peraturan Islam, sudah wujud peraturan iaitu menetapkan bahawa golongan wanita, kanak-kanak orang tua, OKU dan orang tidak bersenjata tidak boleh dibunuh di dalam peperangan yang dilakuka dan juga peraturan itu menetapkan bahawa harta benda, alam sekitar, rumah ibadat dan sebagainya tidak boleh dimusnahkan

(a) Sebagai tidak bertamadun.Dalam sebahagian penulisan Barat,masyarakat Islam digambarkan sebagai barbarian atau ganas dan tidak bertamadun manakala Islam sering dikaitkan dengan barbarisme. Alasan yang digunakan ialah bangsa Arab merupakan bangsa normad dan tidak bertamadun seperti bangsa lain.

13.3 BENTUK SALAH FAHAM SEMASA

13.3.1 DALAM BENTUK PENGISTILAHAN
Terdapat beberapa salah faham semasa tentang Islam dalam bentuk pengistilahan atau pelabelan dicipta oleh media dan tulisan Barat.
Antara salah faham terhadap Islam pada masa kini adalah : - Fundamentalisme - Ekstrimisme - Terorisme

1. FUNDAMENTALISME

Istilah fundamentalisme digunakan dengan ajaran Islam untuk menggambarkan bahawa agama Islam satu agama yang taksub dan tidak secocok dengan era moden semasa kerana tidak unsur toleransi pada fundamentalisme. ternyata pelabelan ini meleset kerana toleransi tetap serasi dengan fundamentalisme. fundamentalisme digunakan untuk menggambarkan umat Islam sebagai masyarakat yang tertutup dan tidak menerima sebarang elemen daripada peradaban lain. Hakikatnya dalam interaksi dengan peradaban Barat, masyarakat boleh menerima sebahagian elemen positif untuk dikembangkan dalam masyarakat Barat. Di satu sudut yang lain istilah tersebut menggambarkan perspektif pemikiran Barat yang menganggap setiap perkara yang fundamentalis tidak bersikap terbuka tetapi ini salah apabila dikaitkan dengan Islam

2. EKSTRIMISME
Ekstrimisme pula digunakan untuk menggambarkan bahawa wujud golongan ekstrimis atau melampau seperti golongan wahabi dalam masyarakat Islam yang boleh mengancam kesejahteraan hubungan antara manusia daripada pelbagai latar belakang agama. Ekstrimisme dipercayai digunakan apabila wujud sikap anti-Barat dalam kalangan sebahagian umat Islam yang tidak senang hati terhadap kehadiran dan campur tangan politik Barat dalam urusan negara Islam terutama, Timur Tengah
Sumber : https://www.slideshare.net/HIKMAHwpkl/ekstremisme-dalam-kalangan-muslim

3. TERORISME

Istilah ini dipercayai mula digunakan apabila wujud elemen ganas dalam Islam yang bersifat individu dan menggunakan kekuatan senjata seperti bom untuk membunuh mangsa. Terorisme mungkin mula digunakan pada insiden pertama yang melibatkan pengeboman Arab Palestin yang berani mati dalam menentang penjajahan Israel terhadap Palestin. Seterusnya digunakan dengan meluas semasa insiden Pengeboman Bali dan Peristiwa 11 September. Sebenarnya Islam merupakan agama yang harmonis. Buktinya banyak peperangan antara Islam dengan Barat berlaku di bumi Islam yang serba kekurangan dari segi persenjataan dan kekuatan ekonomi

PERISTIWA 11 SEPTEMBER

Foto Gedung WTC yang terbakar setelah ditabrak pesawat United Airlines Flight 175 yang dibajak dalam rute dari Boston, saat serangan 11 September 2001 terjadi di New York City, Amerika Serikat.(GETTY IMAGES NORTH AMERICA/SPENCER PLATT via AFP)

NEW YORK CITY, KOMPAS.com - Laporan Aisyah Llewellyn di Al Jazeera yang terbit pada Jumat (10/9/2021) mengungkapkan, tragedi 11 September 2001 memicu rangkaian serangan teroris di Asia Tenggara termasuk bom Bali.

https://www.kompas.com/global/read/2021/09/11/085855970/ketika-tragedi-11-september-picu-bom-bali-dan-serangan-teroris-lainnya-di?page=all

13.3.2 DALAM BENTUK PANDANGAN, TANGGAPAN ATAU PERSEPSI UMUM

1. Islam sebagai penyebab pertembungan peradaban pada abad ke-21 atau alaf baharu. Dalam konteks perbincangan akademik dalam kalangan orientalis semasa, Islam dainggap sebagai berpotensi mencetuskan pertembungan peradaban seperti yang dilihat pada hari ini, iaitu abad ke-21 atau alaf baharu ini. Hakikatnya, pertembungan peradaban bukan inisiatif umat Islam tetapi ia lebih menggambarkan kesangsian dan prejudis Barat. Pergelutan semasa seperti di konflik Palestin-Israel merupakan produk peperangan dunia pertama Barat yang bertelagah sesama sendiri dalam menguasai Timur Tengah. Peperangan di Iraq yang bermula pada Mac 2003 tidak bermula dengan serangan Tentera Bersekutu yang juga Barat

Helikopter Black Hawk milik Tentera Darat A.S daripada Briged ke-2, Divisyen Udara ke-101 (Serangan Udara) bergerak memasuki Iraq semasa tempoh awal serangan pada tahun 2003

SUMBER :https://ms.wikipedia.org/wiki/Serangan_ke_atas_Iraq_2003

2. Aspek kerohanian dalam Islam tidak relevan untuk mengejar kemajuan. Pandangan popular yang tenggelam dalam arus kemajuan memandang bahawa aspek kerohanian dalam Islam tidak relevan untuk mengejar arus kemajuan. Dengan kata lain, ilmu berteraskan sains teknologi, profesionalisme dan seumpamanya selain kurang diperlukan dalam dunia semasa. Memang benar untuk mengejar dunia semasa, ilmu agama tidak diperlukan tetapi untuk menjadi manusia yang stabil dan lengkap untuk berurusan dengan dunia semasa aspek agama amat diperlukan. Satu hakikat perlu diterima bahawa kemajuan semasa banyak disumbangkan oleh para ilmuan Islam dahulu kala yang mempunyai kerohanian yang tinggi

3. Penghayatan Tamadun Islam tertumpu pada konteks nostalgia atau kenang-kenangan serta berbangga sedangkan ini merupakan racun kepada umat Islam untuk maju lantaran berpuas hati pada apa yang ada atau merasakan sudah cukup. Penghayatan sesuai dengan makna asalnya dalam bahasa Arab, iaitu hidup atau menghidupkan perlu dikaitkan dengan usaha menghidupkan Tamadun Islam. Tanpa perlu bernostalgia terlalu lama, pemindahan kemajuan sains, teknologi dan ICT Barat atau Jepun kepada dunia Islam perlu dijayakan

4. Keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dan sumber Islam. Sebahagian intelektual Islam tidak yakin dengan keupayaan sumber ilmu Islam sebagai rujukan dalam kegiatan akademik mereka. Ini disebabkan bahawa:
a) Mereka terikat dengan kemajuan Barat, Korea dan Jepun selain Islam
b) Penulisan yang bertaraf magnum opus oleh ilmuwan Islam kurang atau tiada langsung dalam sesuatu disiplin
c) Kebanyakan magnum opus oleh cendekiawan Islam terdahulu sama ada berada dalam Bahasa Arab yang susah difahami oleh cendekiawan Islam yang tidak berbahasa Arab, sudah hilang atau menjadi milik Barat. Barat dipercayai telah menerokai sepenuhnya magnum opus tersebut
d) Umat Islam dikaitkan dengan sifat negatif. Sesetengah orang bukan Islam mengaitkan sifat-sifat buruk seperti tidak bermoral, malas dan sebagainya dengan orang atau masyarakat Islam. Ia merupakan gambaran yang salah kerana:
i) Hanya minoriti orang Islam bersikap negatif ii) Ajaran Islam tidak menganjurkan sifat negatif. Jika dihayati sepenuhnya, umat Islam akan mendahului masa seperti yang dilakukan oleh cendekiawan Islam terdahulu

13.4 : tindakan untuk mengatasi salah faham

  • Untuk mengatasi salah faham sama ada dari dalaman masyarakat Islam sendiri atau luarannya bukanlah merupakan perkara mudah
  • Lantaran era ini dunia dikuasai oleh arus globalisasi Barat dalam semua aspek termasuk maklumat
  • Media massa antarabangsa dikuasai oleh Barat
  • Terdapat satu jalan yang mungkin sukar tetapi berkesan untuk jangka masa yang panjang
  • Jalannya ialah umat Islam perlu menjadi umat contoh atau model ke hadapan seperti yang ditekankan dalam al-Quran (2:143)
  • Antara cara yang disarankan adalah dalam konteks individu dan masyarakat

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَـٰكُمْ أُمَّةًۭ وَسَطًۭا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًۭا ۗ وَمَا جَعَلْنَا ٱلْقِبْلَةَ ٱلَّتِى كُنتَ عَلَيْهَآ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَـٰنَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. Surah Al-Baqarah ayat 143

13.4.1 DALAM KONTEKS INDIVIDU

3. MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU SEMASA

2. MEMPUNYAI AURA, KARISMA ATAU KEWIBAWAAN

1. MENINGKATKAN JATI DIRI

a) Menjejaki jejak langkah role model Islam seperti Imam al-Syafie dan al-Ghazali b) Meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani kerana ia merupakan sumber kekuatan umat Islam c) Mencontohi individu atau bangsa yang berjaya

Ilmu pengetahuan semasa merupakan keperluan setiap individu dan setiap individu Islam diperintah untuk menimba ilmu pengetahuan

Aura, karisma dan kewibawaan merupakan anugerah semenjak lahir tetapi aspek-aspek ini boleh diusahakan dan dibangunkan dengan kecekalan, kegigihan dan kesabaran

5. MENGHAYATI ISI KANDUNGAN AL-QURAN DAN HADIS

4. 1MENGUASAI SEMUA KEPAKARAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT

Menghayati isi kandungan al-Quran dan hadis juga dapat mempercepat proses untuk meingkatkan jati diri kerana al-Quran dan hadis bagi umat Islam adalah segalanya termasuk aspek motivasi yang diperlukan untuk ini

Di samping ilu, kemahiran dan kepakaran dalam Sains, Teknologi dan ICT diperlukan oleh setiap individu

13.4.2 DALAM KONTEKS MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Meningkatkan keupayaan ekonomi. Dunia Islam perlu mebina keupayaan ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan pertolongan Barat kerana boleh mengheret dunia Islam kepada pelbagai syarat dan peraturan yang boleh menjerat diri sendiri. Indonesia yang menghadapi krisis ekonomi buih pada tahun 1997 kesan serangan Soros terpaksa meliberalisasikan ekonominya kepada kapitalis-kapitalis luar untuk mendapatkan bantuan IMF
2. Mewujud dan memperkukuh kemajuan sains, teknologi dan ICT. Negara Islam tidak boleh mengabaikan pembangunan sains, teknologi dan ICT untuk bersaing pada peringkat global dan seterusnya dapat menghakis imej kemundurannya.
3. Membentuk masyarakat dinamik dan proaktif tanpa berpeluk tubuh atau berpuas hati dengan mentalilti subsidi kerajaan

4. Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam dalam pelbagai urusan seperti perdagangan, kebudayaan, sukan dan pendidikan adalah penting untuk memberikan gambaran positifnya kepada dunia.

5. Menjalinkan hubungan antarabangsa dengan baik dan berkesan. Hubungan dunia Islam dengan antarabangsa perlu menerajui hubungan tersebut bukan sahaja bersikap terbuka tetapi juga perlu responsif, proaktif dan beribawa

13.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya salah faham tentang Islam.

Antara faktor terbesar :

- Pengenalan modenisme oleh penjajah Barat ke dunia Islam- Propaganda sebahagian besar media massa Barat tentang Islam - Faktor orientalisme yang menyelewengkan fakta tentang Islam dalam pelbagai disiplin

Dua bentuk gambaran yang salah tentang Islam:

- Bentuk Tradisional - boleh dikaitkan dengan peranan orientalis Barat yang mengembangkannya dalam tulisan, kajian dan perbincangan mereka. - Sebahagiannya boleh dikaitkan dengan segelintir umat Islam sendiri yang tidak mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam - Bentuk Semasa - boleh dikaitkan dengan propaganda media massa Barat khususnya selepas perang dingin berakhir kerana ancaman komunisme terhadap demokrasi Barat dan ancaman sosialisme terhadap kapitalisme Barat sudah berakhir.

Oleh itu, Barat berhadapan dengan pengaruh Islam yang semakin meluas hingga ke benua Eropah seperti pada era Uthmaniyah dahulu.

SOALAN

1. Apakah elemen subversif dalam sejarah Islam yang meruntuhkan kerajaan Islam. 2.Apakah perbezaan penting antara al-ddin dengan dogmatisme? 3.Pada pandangan anda mengapakah masih wujud ajaran-ajaran sesat di negara walaupun negara kita sudah maju dan Islam tersebar dengan jelas.

SEKIAN TERIMA KASIH!

THANKS