Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

EZi-Logik

NUR SOFIAH SUHAIMI

Created on August 25, 2022

e-Kandungan Kursus Falsafah dan Isu Semasa : Topik 3 Logik dan Metodologi

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Secret Code

Corporate Escape Room: Operation Christmas

Reboot Protocol

Horror Escape Room

Witchcraft Escape Room

Desert Island Escape

Halloween escape

Transcript

FALSAFAH & ISU SEMASA

BAB 3: LOGIK DAN METODOLOGI

MASUK

©2022 copyright

BETUL KE

KELAS

BATAL?

Misi

Mula

Pembangun Produk

©2022 copyright

Seterusnya

Anda sebagai wakil kelas (Class representative) dalam perjalanan dari kolej menuju ke fakulti telah menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali (unknown number). Mesej itu menyatakan bahawa kelas bagi kursus Falsafah dan Isu Semasa DIBATALKAN. Oleh itu, ANDA mempunyai MISI untuk mengenalpasti kesahihan berita ini.

Laman Utama

Kembali

MISI ANDA

PERPUSTAKAAN

PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP)

FAKULTI

BANGUNAN PENTADBIRAN

Laman Utama

KELAS

Seterusnya

DEFINISI LOGIK DAN KEPENTINGANNYA

SUBTOPIK 1

Seterusnya

Kembali

Pendahuluan

Bagi mengesahkan berita sama ada kelas pada hari ini batal atau tidak, terdapat proses penyusunan pemikiran logik yang berlaku untuk mengelakkan daripada tersalah maklumat.Pertama. Apakah definisi logik itu ya? Kedua. Apakah kepentingan logik dalam kehidupan seharian kita?

Seterusnya

Kembali

DEFINISI LOGIK

  • Penyusunan kaedah pemikiran logik bagi mengelakkan masalah sehingga mendapat jawapan yang betul dan meyakinkan (Ibnu Khaldun)
  • Kaedah yang terdapat dalam Ilmu mantik untuk membimbing manusia ke jalan yang benar seterusnya tidak melakukan kesilapan samaada realiti mahupun fantasi (al-Farabi)
  • Kajian untuk menyiasat secara sistematik bagi membezakan pemikiran yang betul atau tidak (Irving M.Copi dan Carl Cohen)
  • Pemikiran yang menggunakan prinsip logik yang disokong melalui hujah berserta beberapa fakta penerangan sebagai sokongan (Merille Salmon)

Seterusnya

Kembali

KEPENTINGAN LOGIK

  • Melatih dan mendidik keupayaan akal supaya boleh berfikir di luar kotak dengan menggunakan metodologi berfikir yang betul
  • Membezakan proses berfikir yang betul daripada yang salah
  • Memelihara akal daripada kerap melakukan kesalahan dalam berfikir

Seterusnya

Kembali

DEFINISI

KEPENTINGAN

PENYUSUNAN KAEDAH LOGIK YANG BETUL UNTUK MENGELAKKAN MASALAH (IBNU KHALDUN)

MEMBEZAKAN ANTARA PERKARA YANG BETUL ATAU SALAH

MEMBIMBING MANUSIA MENGELAKKAN KESILAPAN SAMAADA REALITI ATAUPUN FANTASI (AL-FARABI)

RINGKASAN KONSEP LOGIK

pemikiran logik adalah penting bagi mengelakkan masalah daripada berlaku

KAJIAN SISTEMATIK MEMBEZAKAN BETUL ATAU SALAH (IRVING M.COPI & CARL COHEN)

MELATIH AKAL UNTUK BERFIKIR DI LUAR KOTAK

MEMELIHARA AKAL DARIPADA SERING MELAKUKAN KESALAHAN DALAM BERFIKIR

PEMIKIRAN LOGIK YANG DISOKONG MELALUI HUJAH DAN FAKTA SEBAGAI SOKONGAN (MERILLE SALMON)

Seterusnya

Kembali

Misi anda..

Dalam perjalanan ke kelas, anda melalui Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) dan terlihat ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang menjalankan program BELIA INTELEK.Mereka meminta ANDA mengambil bahagian dalam program tersebut dengan menjawab kuiz menarik yang telah disediakan.

Seterusnya

Kembali

Baik, mari kita cuba latih tubi untuk pelajaran sebelum ini.

Kuiz Dart Logik

Mula

Kembali

Pilih jawapan yang betul berdasarkan penyataan dibawah.1. Antara kepentingan mempelajari kaedah logik adalah untuk melatih otak supaya berfikir di luar kotak perbincangan.

BETUL

SALAH

Tahniah, jawapan anda tepat!

Soalan seterusnya

Sila cuba lagi!

Saya bersedia

Pilih jawapan yang betul berdasarkan penyataan dibawah.2. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa kaedah logik yang betul boleh mengelakkan masalah.

BETUL

SALAH

Tahniah, jawapan anda tepat!

Soalan seterusnya

Sila cuba lagi!

Saya bersedia

Pilih jawapan yang betul berdasarkan penyataan dibawah.3. Kaedah logik yang sistematik berfungsi untuk menambahkan masalah yang telah sedia ada.

BETUL

SALAH

Tahniah, Misi Pertama Anda Selesai.

Misi Seterusnya

Sila cuba lagi!

Saya bersedia

MISI ANDA

PERPUSTAKAAN

PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP)

FAKULTI

BANGUNAN PENTADBIRAN

Seterusnya

KELAS

KEDUDUKAN LOGIK DALAM HIERARKI ILMU

Seterusnya

Kembali

Pendahuluan

Dalam mencari kebenaran, terdapat DUA (2) panduan yang perlu menjadi rujukan utama iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli. Apakah itu ilmu naqli dan ilmu aqli? Antara keduanya, manakah yang perlu diutamakan dalam mencari kebenaran?

Seterusnya

Kembali

Ilmu Naqli

  • Ilmu Naqli adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan RasulNya.
  • Di dalam Islam, ilmu ini disandarkan kepada al-Quran dan hadis.
  • Ia bersifat mutlak dan benar.
  • Martabat ilmu wahyu berada pada kedudukan tertinggi dalam hierarki ilmu.

Seterusnya

Kembali

Ilmu Aqli

  • llmu Aqli adalah pengetahuan yang diperoleh menerusi kebijaksanaan manusia dengan menggunakan pancaindera akal atau dihasilkan atas dasar usaha manusia.
  • Ia disandarkan kepada ilham, intuisi, empirikal serta rasional.
  • Ia bersifat relatif atau berubah-ubah. Hal ini disebabkan ia boleh dipengaruhi oleh emosi, nafsu dan persekitaran.

Seterusnya

Kembali

Dalam mencari kebenaran..

  • Kedua-dua ilmu perlu digunakan secara bersepadu, dengan mengutamakan ilmu wahyu dan tidak memadai dengan akal semata-mata.
  • Sebagai contoh, apabila mendapat sesuatu berita atau maklumat yang kurang pasti, Islam menyarankan untuk menyemak kebenaran serta mendapatkan penjelasan terlebih dahulu
  • Begitu juga dalam sesuatu perkara yang tidak diketahui, Islam menganjurkan untuk bertanya kepada ahli atau pakar
  • Dalam masa yang sama, Islam turut meraikan akal untuk berfikir dan mengkaji (ilmu aqli) bagi mencari kebenaran tentang sesuatu perkara. Hal ini ditekankan sebanyak 18 kali di dalam al-Quran.
  • Justeru, dapat difahami ilmu naqli berada pada tahap tertinggi diikuti ilmu aqli.

Seterusnya

Kembali

Seterusnya

Kembali

Misi anda..

ANDA telah cuba menghubungi Madam Suzana, tetapi tidak berjaya. ANDA terfikir untuk bertanya kepada Pegawai Pentadbir bagi mengetahui tentang status keberadaan pensyarah di kampus. Pegawai Pentadbir memohon anda untuk melengkapkan Borang Maklum Balas terlebih dahulu sementara menyemak keberadaan pensyarah anda di kampus.

Seterusnya

Kembali

Uji Minda

ARAHAN: Sila cari istilah dahulu dan suaikan dengan keterangan di sebelah

Seterusnya

Kembali

MISI ANDA

PERPUSTAKAAN

PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP)

FAKULTI

BANGUNAN PENTADBIRAN

Seterusnya

KELAS

Kembali

KAEDAH LOGIK DAN PENGHUJAHAN

Seterusnya

Kembali

Terdapat beberapa kaedah untuk menghasilkan pemikiran yang sah dan benar. Antara kaedahnya ialah deduksi, induksi dan abduksi untuk mengenalpasti sesuatu kebenaran

Seterusnya

Kembali

Komponen penghujahan kaedah logik

Penghujahan terdiri daripada :Premis 1 : Ayat PenyataanPremis 2 : Ayat Penyataan Kesimpulan : Ayat Penghujahan

Seterusnya

Kembali

Logik Deduksi

  • Pengaplikasian kaedah berfikir daripada penyataan umum kepada penyataan khusus.
  • Premis dan kesimpulan hendaklah sama ada kedua-duanya mempunyai hujahan yang benar ataupun hujahan yang palsu.
  • Syarat yang mesti dipatuhi dalam logik ini ialah:

1. Hujah premis adalah benar2. Berada dalam struktur yang betul Maka, kesimpulan yang terhasil juga adalah benar Sebaliknya, jika hujah premis palsu, maka kesimpulan yang terhasil juga adalah palsu

Seterusnya

Kembali

Logik Deduksi

  • Berikut adalah formula bagi struktur yang betul:

P1: Semua ahli falsafah bijaksana P2: Plato ialah ahli falsafah K: Maka, Plato ialah seorang yang bijaksana

P1: Semua P ialah Q P2: S ialah P K: Maka, S ialah Q

Seterusnya

Kembali

Contoh

Contoh Deduksi

Semua pelajar mempunyai emel rasmi universiti

Premis 1

Premis 2

Syafiq seorang pelajar

Syafiq mempunyai emel rasmi universiti

Kesimpulan

Seterusnya

Kembali

Logik Induksi

Logik Induksi

  • Pengaplikasian kaedah berfikir daripada penyataan khusus kepada penyataan umum.
  • Mempunyai elemen ketidakpastian.
  • Kesimpulan tidak semestinya benar. Ini kerana :

1. Hujah induksi menjadi lebih kuat apabila banyaknya pembuktian dalam hujah2. Hujah induksi menjadi lemah apabila wujudnya pembuktian yang sedikit dalam hujah

Seterusnya

Kembali

Contoh

ContohInduksi

Atikah mendapat pinjaman PTPTN

Premis 1

Premis 2

Atikah seorang pelajar

Sebahagian pelajar mendapat pinjaman PTPTN

Kesimpulan

Seterusnya

Kembali

Logik Abduksi

  • Satu kesimpulan terbaik yang dapat dihasilkan mengikut situasi yang berlaku dengan cara berfikir ke belakang (thinking backwards).
  • Kesimpulan yang terhasil berkemungkinan benar, boleh jadi juga ia tidak benar. Sungguhpun begitu, ia tetap mempunyai kesimpulan terhadap situasi yang berlaku.

Nota penting: Logik abduksi tidak terikat kepada komponen seperti Premis 1 dan Premis 2

Seterusnya

Kembali

ContohAbduksi

Seterusnya

Kembali

Seterusnya

Kembali

Misi anda..

Anda berada di perpustakaan untuk memulangkan buku yang dipinjam tempoh hari. Di sana, anda terserempak dengan Halim dan Syafiq. Mereka memberitahu bahawa hampir semua ahli kelas yang lain mendapat berita yang sama. Halim juga memberitahu yang Madam Suzana akan bercuti pada minggu ini. Jadi anda menyimpulkan kelas hari ini adalah batal. Sebelum keluar meninggalkan perpustakaan, pustakawan meminta anda mengklik kod QR untuk rekod pemulangan buku.

Seterusnya

Kembali

ARAHAN: Sila klik di telefon sebelah

Seterusnya

Kembali

Uji Minda

ARAHAN: Sila pilih kaedah logik yang sesuai dengan penghujahan

Seterusnya

Kembali

MISI ANDA

PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP)

PERPUSTAKAAN

FAKULTI

BANGUNAN PENTADBIRAN

Seterusnya

KELAS

Kembali

FALASI

Seterusnya

Kembali

Pendahuluan

Dalam kehidupan seharian manusia, kita akan terdedah dengan kesilapan dalam penghujahan semasa memberi pandangan, penulisan, debat, nasihat, berbual dan lain-lain.Jadi bagaimanakah kita hendak mengenal pasti penghujahan yang salah?

Seterusnya

Kembali

FALASI

Definisi

  • Definisi: Kesilapan dalam berfikir yang menyebabkan hujah menjadi salah.
Falasi terbahagi kepada DUA (2) iaitu:
  • Falasi Formal
  • Falasi Tidak Formal

Jadi bagaimanakah kita hendak mengenal pasti penghujahan yang salah?

Kita boleh tahu hujah itu salah dengan cara belajar mengenai FALASI!

Seterusnya

Kembali

JENIS FALASI

FalasiFormal

  • Merujuk kepada struktur yang tidak tepat dalam kaedah penghujahan (premis) dan biasanya berlaku dalam logik deduksi dan logik induksi.

Contoh Falasi Formal(Logik Deduksi)

Premis 1 : Semua pelajar mempunyai email rasmi universiti Premis 2 : Justin merupakan seorang pelajar universiti Kesimpulan : Justin mempunyai nombor pelajar universiti

Kesalahan: Kesimpulan tidak selari dengan premis 1 yang menyatakan mengenai email rasmi universiti, BUKAN nombor pelajar universiti.

Seterusnya

Kembali

FalasiFormal

  • Merujuk kepada struktur yang tidak tepat dalam kaedah penghujahan (premis) dan biasanya berlaku dalam logik deduksi dan logik induksi.

Contoh Falasi Formal(Logik Induksi)

Premis 1: Atiqah sebagai Pelajar UiTM memohon pinjaman PTPTN bagi semester ini Premis 2: Ahmad sebagai Pelajar UiTM memohon pinjaman PTPTN bagi semester ini Kesimpulan: Semua Pelajar UiTM memohon pinjaman PTPTN bagi semester ini

Kesalahan: Bukan semua pelajar memohon pinjaman PTPTN, oleh itu menyimpulkan SEMUA pelajar memohon pinjaman PTPTN adalah falasi.

Seterusnya

Kembali

FalasiTidak Formal

  • TIDAK melibatkan kesalahan dalam struktur atau kaedah tertentu. Biasanya Falasi tidak formal berlaku disebabkan seperti fakta yang menyeleweng, emosi, andaian, prejudis dan paksaan.

Falasi tidak formal mempunyai banyak jenis.

Contohnya?

Mari kita belajar TIGA (3) contoh daripadanya!

Seterusnya

Kembali

CONTOH 1

Falasi Serangan Peribadi (Ad Hominem)

Jom kita sertai ceramah tentang kebersihan esok yang akan di sampaikan oleh senior kita, kak Salmah.

Tak payah dengarlah, kak Salmah dulu pernah menjadi rakan sebilik saya dan dia seorang yang pengotor

Kesalahan: Penghujahan di atas dianggap salah kerana menyerang sifat peribadi penceramah (pengotor) dan tidak ada kena mengena dengan ceramah yang akan disampaikan.

Seterusnya

Kembali

CONTOH 2

Falasi ‘You Too’ (Tu QuoQue)

Saya nampak awak meniru semasa ujian Falsafah semalam. Awak tidak tahukah perbuatan tersebut salah?

Alah, cermin diri sendirilah! Semester lepas pun awak meniru dalam ujian. Maka awak tak perlulah nasihat saya apa yang betul dan salah.

Kesalahan: Penghujahan di atas dianggap salah kerana B cuba mempertahankan kesalahan yang dibuatnya dengan cara menyerang semula A atas kesalahan yang sama.

Seterusnya

Kembali

CONTOH 3

Falasi Menagih Populariti (Bandwagon fallacy)

Ramai mahasiswa yang membeli ipad sebelum semester bermula, maka awak pun perlu beli ipad juga untuk semester hadapan.

Kesalahan: Penghujahan ini di anggap salah kerana meletakkan populariti/trend (ramai orang beli ipad) sebagai asas kepada sesuatu yang betul dan baik.

Seterusnya

Kembali

Misi anda..

Sekarang anda sedang melalui kawasan fakulti yang merupakan tempat dimana kelas anda berada. Sebentar tadi di perpustakaan, anda telah bertemu dengan Halim dan Syafiq. Hasil perbualan bersama, anda meyimpulkan bahawa kelas batal. Setelah anda memahami mengenai ‘Falasi’. Kini anda tahu bahawa dalam proses berfikir, walaupun anda mempunyai hujah terkadang ia juga boleh menjadi hujah yang salah. Mari kita kenal pasti hasil perbualan tadi. Adakah ia falasi?

Seterusnya

Kembali

HUJAH PERTAMA Premis 1: Halim mendapat mesej yang sama Premis 2: Syafiq mendapat mesej yang sama Kesimpulan: Hampir semua ahli kelas mendapat mesej yang sama

Mari kita kenal pasti JENIS kaedah penghujahan ini!

  • Penyataan ini adalah daripada penyataan khusus kepada umum.
  • Khusus (Halim & Syafiq) --> Umum (hampir semua ahli kelas).
  • Jadi, ini merupakan kaedah logik apa ya? Deduksi, induksi atau abduksi?
  • Khusus --> Umum = Kaedah Logik Induksi
  • Adakah semua kesimpulan kaedah induksi itu benar?
  • Tidak, kesimpulan tidak semetinya benar.

Adakah kemungkinan berlaku falasi disini?

  • Ya. Ada. Hal ini kerana ahli kelas yang secara jelas mendapat mesej ini adalah anda, Halim & Syafiq. Menyimpulkan ‘hampir semua ahli kelas’ mendapat mesej yang sama dan sekaligus menyimpulkan mesej ini sahih adalah FALASI (SALAH).
  • Falasi formal atau tidak formal?
  • Falasi ini melibatkan kesalahan dalam struktur penghujahan.
  • Maka, ia adalah falasi formal.

Seterusnya

Kembali

HUJAH KEDUAHalim juga ada memberitahu bahawa Madam Suzana akan bercuti pada minggu ini.

Ini pula adalah antara hujah bagi menjelaskan mengapa situasi seperti ini berlaku dengan cara berfikir ke belakang (thinking backward). Maka, ini adalah kaedah berfikir abduksi.
  • Adakah kaedah berfikir abduksi mempunyai jaminan bahawa ia pasti betul?
Tidak. Ia tidak semestinya benar.
  • Mengapa hanya Halim mengetahui bahawa Madam bercuti pada minggu ini?
  • Mengapa anda sebagai wakil kelas tidak mengetahui perkara ini?
  • Jika benar, Madam bercuti pada minggu ini, mengapa terdapat rakan kelas yang turut meragui kesahihan mesej ini?
  • Jika benar tiada kelas pada hari ini, mengapa mesej ini dihantar kepada beberapa rakan kelas secara individu dan BUKAN menerusi platfom yang lebih menyeluruh seperti group whatsApps kelas dan google classroom atau Microsoft team?

Mari kita kenal pasti JENIS kaedah penghujahan ini!

Mari kita fikirkan lagi dengan menjawab kepada pelbagai persoalan untuk mengesahkan hujah ini.

Seterusnya

Ermmm... Bagaimana ya? Sementara kita fikirkan jawapannya, mari kita menguji tahap kefahaman kita mengenai FALASI dahulu ! :)

Kembali

JALAN TERAKHIR Oleh kerana terdapat pelbagai kemungkinan dan persoalan dalam situasi ini. Maka, sudah pasti kita perlu kembali kepada SUMBER utama yang menjadi asas kepada kebenaran berita ini. Bagaimana? Tabayyun - BERTANYA kepada orang yang tepat = Madam Suzana Mari cuba hubungi Madam Suzana sekali lagi untuk mengesahkan berita ini.

Seterusnya

Kembali

Mari cuba hubungi Madam Suzana sekali lagi untuk mengesahkan berita ini.

Seterusnya

Kembali

ringkasan falasi

JENISFALASI

MAKSUDFALASI

KESANFALASI

Falasi Tidak Formal

Falasi Formal

Kesalahan dalam berfikir

Hujah TIDAK diterima

Ad Hominem

Struktur tidak tepat

To Quo Que

Seterusnya

Bandwagon

Kembali

Uji Minda

ARAHAN: Sila padankan keterangan dengan makna yang sesuai

Seterusnya

Kembali

MISI ANDA

PERPUSTAKAAN

PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP)

KOLEJ

FAKULTI

BANGUNAN PENTADBIRAN

MISI BERJAYA!

Seterusnya

KELAS

Kembali

TAHNIAH!!! MISI SELESAI

AYUH KITA ULANGKAJI PEMBELAJARAN TOPIK INI

INFOGRAFIK KESELURUHAN TOPIK

KESIMPULAN

LAMAN UTAMA

Kesalahan dalam berfikir

Kembali

kesimpulan

  • Logik merupakan ilmu kemahiran berfikir yang didasari oleh prinsip dan kaedah fikir yang benar
  • Umumnya, terdapat dua kaedah penghujahan logik iaitu deduktif dan induktif
  • Penguasaan ilmu logik penting bagi memastikan anda mampu mengesan kebenaran dan kebatilan dalam penghujahan, sekaligus mengelakkan berlaku falasi (kesalahan berfikir)
  • Walaupun begitu, akal manusia terbatas menyebabkan penghujahan berdasarkan logik semata-mata tidak memadai
  • Justeru, berfikir yang benar perlu bertepatan dengan hierarki ilmu yang mendahulukan ilmu naqli sebelum ilmu aqli

Seterusnya

Kembali

RUJUKAN

Amran Muhammad. 2022. Modul Falsafah dan Isu Semasa. Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI) Jamal Badi dan Mustapha Tajdin. 2005. Creative Thinking: An Islamic Perspective. Ed. ke 2. IIUM Research Centre Nasif Sidquee Pauzi et al. 2021. Falsafah dan Isu Semasa UiTM N.Sembilan Noor Hisham Md Nawi. 2020. Modul Falsafah dan Isu Semasa. Penerbit UMK Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abdullah, Mohd Hazim Shah Abdul Murad. 2022. Falsafah dan Isu Semasa. UUM Press

Kembali

pembangun produk

NORMAISARAH OTHMAN

NUR SOFIAH SUHAIMI

NUR NABILAH AZIMOHA

AHMAD SYAMEL ATAN

DR. NABILAH HUDA ZAIM

SITI HAJAR SOPIA AMRAN

Laman Utama