Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Prinsip Keabadian Momentum

muhammad harraz

Created on May 21, 2022

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Transcript

fizik

Tingkatan 4

disediakan oleh: cikgu harraz

daya

dan gerakan 1

2.5 momentum

video

TOPIK

Momentum

hasil pembelajaran

  1. Menyatakan konsep momentum dengan tepat.
  2. menerangkan aplikasi prinsip keabadian momentum dalam kehidupan seharian dengan jelas.

MAKSUD

Momentum

  • Definisi: MOMENTUM, p adalah hasil darab jisim, m dan halaju, v.
  • Kuantiti vektor
  • Arah momentum sama dengan arah halaju.
  • Unit bagi momentum adalah kg m/s.

Rumus Momentum

p = mv

p = momentum (unit: kg ms-1)m = jisim (unit: kg) v = halaju (unit: ms-1)

Semakin bertambah jisim, semakin bertambah momentum.

Semakin bertambah halaju, semakin bertambah momentum.

momentum berkadar terus dengan jisim dan halaju

contoh

MAKSUD

Prinsip Keabadian Momentum

  • Jumlah momentum sebelum pelanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas pelanggaran jika tiada daya luar yang bertindak ke atas sistem itu.

Pelanggaran Kenyal

Pelanggaran Tak Kenyal

Letupan

Sebelum pelanggaran

Selepas pelanggaran

m1

m2

m1

m2

v2

u1

u2 = 0 m/s

v1 = 0 m/s

m2

m1

m2

m1

v1

u1

v2

u2

m1

m1

m2

m2

v2

u1

v1

  • Salah satu objek yang sedang bergerak dan berlanggar dengan satu lagi objek yang pegun / bergerak.
  • Kemudian kedua-dua objek terpisah selepas pelanggaran sama ada:
  • berlawanan arah
  • bergerak sama arah dengan objek satu lagi
  • salah satu objek menjadi pegun

Pelanggaran Kenyal

m1 u1 + m2 u2 = m1 v1 + m2 v2

  • kerana kedua-dua objek terpisah selepas pelanggaran.
* letakkan tanda negatif pada magnitud sekiranya ada objek bergerak berlawanan arah.

Sebelum pelanggaran

Selepas pelanggaran

m1 + m2

m1

m2

vsistem

u1

u2 = 0 m/s

  • Salah satu objek yang sedang bergerak dan berlanggar dengan satu lagi objek yang pegun / bergerak.
  • Kemudian melekat dan kedua-dua objek bergerak bersama-sama selepas pelanggaran.

Pelanggaran Tak Kenyal

m1 u1 + m2 u2 = (m1 + m2) v

  • kerana kedua-dua objek melekat selepas pelanggaran.

Letupan

Hentakan tukul pada troli

Melompat dari sampan

Sentakan pistol

Jumlah momentum sebelum letupan =

( m1 + m2 ) u = 0

*kerana kedua-dua objek pegun dan halaju awal bernilai sifar

m1 v1 + m2 (-v2)

Jumlah momentum selepas letupan =

contoh

APLIKASI

aplikasi prinsip keabadian momentum

Bomba memegang hos

Enjin roket

Enjin jet

Bagaimana sistem perejangan enjin roket berfungsi?

1. Bahan api dan campuran gas oksigen dan hidrogen dibakar dalam kebuk pembakaran.2. Gas ekzos dipaksa keluar dengan halaju yang tinggi. 3. Gas ekzos berhalaju tinggi menghasilkan momentum yang tinggi ke belakang. 4. Pada masa yang sama, satu momentum yang sama magnitud tetapi ke arah depan dihasilkan ke atas roket menyebabkan roket bergerak ke hadapan.

Bagaimana rejangan enjin jet berfungsi?

1. Udara disedut masuk ke ruang pemampat menerusi bilah enjin jet.2. Udara termampat bercampur dengan bahan api dan disalurkan ke dalam kebum pembakaran untuk dibakar. 3. Gas ekzos yang dihasilkan dipancut keluar dengan halaju yang tinggi melalui enjin dan memutarkan sayap turbin. Turbin memutarkan kompresor. 4. Gas ekzos berhalaju tinggi disingkir keluar melalui bahagian belakang jet sekaligus menghasilkan momentum yang tinggi ke arah belakang. 5. Proses ini juga menghasilkan satu momentum yang tinggi ke hadapan dan menolak jet bergerak ke hadapan.

Ahli bomba memegang hos paip

1. Ahli bomba menggunakan hos paip yang berat. 2. Dua atau lebih ahli bomba diperlukan di bahagian hadapan hos kerana air yang keluar daripada hos mempunyai momentum yang sangat tinggi ke hadapan untuk mengimbangkan momentum yang terhasil. Jika tidak, ahli bomba akan tersentak.

JOM KITA BUAT AKTIVITI BERKUMPULAN

DON'T GIVE UP

Listen

Berjalan kaki menuju ke pekan, Terbeli pula air ketum, Usah ditenung, usah dipikirkan, Senang je prinsip keabadian momentum.

LEARN FROM YESTERDAY

LIVE FOR TODAY

HOPE FOR TOMORROW

TERIMA KASIH!

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN