Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

PENDDKAN ISLAM PRESENTATION (8 JAN)

Fiq Rafiq

Created on January 8, 2022

pembentangan pendidikan islam

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Animated Chalkboard Presentation

Genial Storytale Presentation

Blackboard Presentation

Psychedelic Presentation

Chalkboard Presentation

Witchcraft Presentation

Sketchbook Presentation

Transcript

Tamadun Islam

Keunggulan Kerajaan Uthmaniyah

NAMA: MUHAMMAD RAFIQ BIN JEFRI HASNUN NAJIB BIN AZLAN AIMAN NABIL AMSYAR BIN RAHIM

latar belakang kerajaan uthmaniah

Latar Belakang Kerajaan Uthmaniah

  1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah dan pemerintahan khalifah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
  2. Salah sebuah pemerintahan (kerajaan Uthmaniyah) di bawah pengaruh Saljuk terletak di barat Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
  3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
  4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrulbin b. Sulaiman Shah. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) di kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) oleh itu ancaman di sini amat tinggi.

Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniah

Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniah

  • perkataan uthmaniah berasal daripada nama pengasas kerajaannya, iaitu Uthman bin Ertughul bin Sulaiman Shah.
  • uthman ialah gabenor seljuk bagi kawasan terletak di barat anatolia. kawasan ini bersempadan dengan empayar Byzantine yang dikenali sebagai Rom Timur.
  • dengan sebab itu ,kawasan di bawah pemerintahan uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding wilayah lain.
  • pada tahun 1301, uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.
  • Ramai ghazi atau pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman.
  • uthman berjaya menakluk kawasan sekitar anatolia dan menjadikan bandar Busa sebagai ibu negeri.
  • setelah uthman meninggal dunia pada 1326, usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan i . dia berjaya menuasai kawasan Marmara dan pantai Aegean , Ankara dan Gallioli tahun 1336-1354.
  • pad apemerintahan Mehmed II (Al-fateh), beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan berjaya menawan istanbul ,ibu kota negeri ROM Timur pada tahun 1453.
  • zaman empayar uthmaniah bermula semasa pemerintahan mehmed II..
  • pengukuhan ini berlanjut 1453 hingga ke tarikh kematian suleiman 1566.

Penggal Pemerintahan Kerajaan Uthmaniah

peringkat awal penubuhan ( 1299-1453 )

perkembangan dan pengukuhan ( 1453-1682 )

perkembangan mendatar , kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak barat ( 1683-1827 )

kemerosotan dan kejatuhan ( 1828-1908 ) pembubaran pemerintahan ( 1908-1924 )

Faktor Kegemilangan Kerajaan Uthmaniah

  • Kemajuan dalam pentadbiran , Pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak ketenteraan di mana diketuai oleh seorang sultan yang secara langsung menjadi Ketua tentera,Ketua Agama dan Hakim tertinggi. Sultan mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat kerana kedudukannya yang tertinggi dalam pentadbiran. Sultan menguasai dua dewan iaitu dewan kebangsaan turki dan dewan Lembaga Pengarah urusan agama. Sultan tetap menjadi kuasa tertinggi sepanjang pemerintahan turki uthmaniah dalam bidang politik ,agama, pentadbiran, dan kewangan.
  • Kemajuan dalam bidang pendidikan ,Empayar turki uthmaniah mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan ,pembanggunan, falsafah,kesenian dan teknikal. Lahir pusat-pusat penyelidikan sejarah dan kesusasteraan islam. Rakyat diwajibkan mengikuti pendidikan dan latihan ketenteraan. Pada pemerintahan Sulaiman ,masjid, sekolah ,hospital ,makam dan saluran air didirikan di kota-kota besar.

Faktor Kegemilangan Kerajaan Uthmaniah

  • Ketenteraan yang kuat, Kerajaan uthmaniah menyediakan pasukan ketenteraan yang tersusun dengan adanya pangkat,pakaian seragam,pakaian rasmi dan kelengkapan senjata bagi pengawal tentera dan pembesar-pembesar negara. Sultan memberi sanjungan yang tinggi kepada tentera yang berjaya dalam peperangan dengan hadiah seperti tanah ladang. Kehebatan empayar uthmaniah disebabkan oleh kekuatan akidah mereka kepada Allah, kemuliaan akhlak tentera, kecekapan pentadbiran kepimpinannya dan keberanian angkatan tentera dalam medan perang.
  • Mempunyai pegangan akidah yang tinggi dan kukuh serta akhlak yang baik.mempunyai semangat ghazi iaitu kepahlawanan.

Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah

Ekonomi

Politik

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

vs

Ikhtibar Kegemilangan Kerajaan Uthmaniah

rakyat

individu

pemerintah

pihak pemerintah mesti bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran agama di dalam urusan pemerintahan,

kebajikan rakyat adalah perkara yang sangat perlu dititik beratkan oleh pemerintah demi menjaga keharmonian negara.

sentiasa menanamkan sifat jihad dalam diri yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak kepada umat islam,

+info

+info

+info

Iktibar Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah

Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah. Tindakan terburu-buru dan boros di dalam penggunaan wang negara membawa kesan yang amat buruk kepada negara.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Negara yang terlibat dalam peperangan yang berpanjangan akan mengalami kemunduran.

THANKS!