Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Modul Pembelajaran Interaktif berasaskan Genially

NUR ALIA AQILAH BINTI ELWIZAR

Created on November 22, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Animated Chalkboard Presentation

Genial Storytale Presentation

Blackboard Presentation

Psychedelic Presentation

Chalkboard Presentation

Witchcraft Presentation

Sketchbook Presentation

Transcript

Panduan penggunaan

Modul Pembelajaran

Daya DAN gerakan i

KSSM Tingkatan 4

Mula

"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure."

-Albert Einstein

Kandungan

01 Gerakan Linear

03 Momentum dan Impuls

- Momentum

- Jarak dan Sesaran

- Impuls dan Daya Impuls

- Laju dan Halaju

- Pecutan

Nota: Modul pembelajaran ini hanya memfokuskan kepada beberapa subtopik yang bermasalah di dalam Bab 2: Daya dan Gerakan I

04 Berat

02 Inersia

Menu

Gerakan Linear

1. Gerakan linear mempertimbangkan objek yang bergerak dalam satu garis lurus sahaja 2. Terdapat beberapa istilah yang penting dalam gerakan linear seperti a. jarak dan sesaranb. laju dan halaju c. pecutan

Menu

Gerakan linear(linear motion)

Nota

Read more

video

Watch

Link

kuiz

Link

nota ringkas & latihan tambahan

NOTA

JARAK DAN SESARAN

LAJU DAN HALAJU

PECUTAN

video

Watch

VIDEO

LAJU DAN HALAJU

JARAK DAN SESARAN

PECUTAN DAN NYAHPECUTAN

Nota

Read more

Jarak dan seSaran(Distance and displacement)

SESARAN

JARAK

Definisi: Jarak yang dilalui oleh sesuatu jasad ialah panjang lintasan yang diambil. Unit SI: meter (m) Jenis kuantiti: Skalar

Definisi: Sesaran ialah jarak yang dilalui dalam arah yang tertentu. Unit SI: meter (m) Jenis kuantiti: Vektor

JARAK DAN SESARAN (DISTANCE AND DISPLACEMENT)

Contoh 1

Contoh 2

1. Encik Adli pergi berkerja di sebuah kilang dengan menaiki motosikal melalui satu jalan seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas. 2. Jarak yang dilalui oleh Encik Adli dari rumahnya ke kilang ialah 200m. 3. Manakala magnitud sesaran Encik Adli apabila sampai di kilang ialah 120m.

Jarak titik B dari asalan O ialah 100m. Jarak titik A dari asalan O juga sama iaitu 100m. Sesaran titik B dari asalan O ialah +100m. Manakala sesaran titik A dari asalan O ialah -100m. Tanda + dan – menunjukkan arah sesaran yang bertentangan.

perbandingan antara jarak dan sesaran

laju dan halaju(speed and velocity)

HALAJU

LAJU

Definisi: kadar perubahan jarak atau jarak yang dilalui per unit masa. Unit SI: m/s (meter per saat) Jenis kuantiti: Skalar

Definisi: Kadar perubahan sesaran dalam arah tertentu. Unit SI: m/s (meter per saat) Jenis kuantiti: Vektor

Persamaan Halaju

Persamaan Laju

Tanda Positif dan Negatif Bagi Halaju

1. Bagi halaju, tanda positif dan negatif mununjukkan arah gerakan. 2. Anda boleh memilih mana-mana arah sebagai arah positif atau negatif. 3. Bagi gerakan linear, biasanya (tetapi tidak semestinya) kita menganggap arah ke kanan adalah positif manakala arah ke kiri adalah negatif.

menentukan laju dan halaju

pecutan(acceleration)

Definisi: kadar perubahan halaju. Unit SI: ms^-2. Jenis kuantiti: Vektor

Nota Tambahan: 1. Objek yang mengalami perubahan halaju dikatakan memecut. 2. Perubahan halaju mungkin adalah - perubahan laju - perubahan arah 3. Suatu objek dikatakan bergerak dengan pecutan seragam, apabila halajunya berubah dengan kadar yang tetap.

Persamaan Pecutan

pecutan

Menu

inersia(inerTia)

Nota

Read more

video

Watch

kuiz

Link

Link

nota ringkas & latihan tambahan

Inersia(inertia)

Inersia suatu objek ialah sifat semula jadinya yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan rehat atau keadaan gerakan.

Suatu objek dalam keadaan pegun akan terus berada dalam keadaan pegun, atau jika bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada suatu garis lurus, kecuali dikenakan suatu daya luar.

Hukum Gerakan Newton Pertama

Hukum Newton Pertama adalah sejajar dengan konsep inersia, di mana suatu jirim cenderung mengekalkan keadaan pergerakannya.

situasi tentang inersia

Contoh situasi lain bagi inersia.

Contoh situasi lain

SITUASI 1

Apabila kadbod ditarik dengan cepat, apakah yang akan terjadi pada duit syiling tersebut?

Apabila buku disentap dengan cepat, apakah yang akan terjadi kepada buku yang lain?

SITUASI 2

SITUASI 1

Apabila kadbod disentap dengan cepat, duit syiling jatuh terus ke dalam gelas. Penerangan: • Inersia duit syiling menentang usaha untuk menggerakannya ke tepi dan mengekalkan keadaan pegunnya. • Oleh itu, duit syiling tidak bergerak bersama kadbod tetapi jatuh ke dalam gelas selepas kadbod dialihkan.

Keadaan Asal Objek yang Pegun

SITUASI 2

Apabila sebuah buku disentap dari selonggok buku, buku yang lain di atasnya akan jatuh ke bawah. Penerangan: • Inersia buku-buku yang pegun di atas cuba menentang perubahan ke atas keadaan asalnya. • Oleh itu, apabila buku tengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak ke sisi tetapi jatuh ke bawah.

Keadaan Asal Objek yang Pegun

contoh situasi lain bagi inersia

Barangan masih pada kedudukan asal apabila lapik meja ditarik dengan pantas

Melambung ke hadapan apabila berlanggar dengan sesuatu dengan laju

Sos akan keluar apabila kita memberhentikan botol yang sedang bergerak secara tiba-tiba

Pergerakan orang di dalam bas apabila sedang memecut atau membrek

hubungkait antara jisim dan inersia

CONTOH 2

CONTOH 1

Baldi yang penuh dengan pasir adalah lebih sukar digerakkan daripada keadaan pegun dan juga lebih sukar dihentikan daripada berayun.

Troli yang kosong lebih senang digerakan berbanding dengan troli yang penuh.

- Troli yang penuh mempunyai jisim yang lebih besar. Oleh itu, kesan inersianya juga lebih besar. - Akibatnya, troli yang penuh lebih susah mengubahkan keadaan pegun atau gerakannya.

• Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar kesan inersianya. • Akibatnya, semakin susah objek itu mengubahkan keadaan pegun atau gerakannya.

contoh inersia dalam kehidupan seharian

Menu

momentum dan impuls

Impuls

Impuls merupakan perubahan momentum

Momentum

Momentum ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dan halaju.

Menu

momentum(momentum)

Nota

Read more

video

Watch

kuiz

Link

Link

nota ringkas & latihan tambahan

momentum(momentum)

Prinsip Keabadian Momentum:

Definisi: Hasil darab jisim dan halaju. Unit SI: kg ms^-1 Jenis kuantiti: Vektor

Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa jumlah moment sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada sebarang daya luar bertindak.

Persamaan Momentum

jenis situasi prinsip keabadian momentum

Letupan

Kenyal

Perlanggaran

Tidak Kenyal

perlanggaran kenyal

Perlanggaran kenyal ialah pelanggaran di mana jumlah tenaga kinetik dikekalkan selepas perlanggaran.

Prinsip Keabadian Momentum:

perlanggaran tidak kenyal

Perlanggaran tak kenyal ialah pelanggaran di mana jumlah tenaga kinetik TIDAK dikekalkan selepas perlanggaran

Prinsip Keabadian Momentum:

letupan

Selepas perlanggaran, kedua-dua objek bergerak dalam arah yang bertentangan.

Sebelum letupan, kedua-dua objek dalam keadaan pegun dan melekat bersama.

Jumlah momentum selepas perlanggaran: m1v1 + m2v2

Jumlah momentum sebelum perlanggaran = 0.

Prinsip Keabadian Momentum:

Jumlah Momentum Sebelum Perlanggaran = Jumlah Momentum Selepas Perlanggaran 0 = m1v1 + m2v2 m1v1 = – m2v2 (tanda negatif menunjukkan objek bergerak dalam arah bertentangan.

momentum

Menu

impuls dan daya impuls(impulse and impulsive force)

Nota

Read more

video

Watch

kuiz

Link

Link

nota ringkas & latihan tambahan

impuls dan daya impuls(impulse and impulsive force)

DAYA IMPULS

IMPULS

Definisi: Kadar perubahan momentum dalam suatu perlanggaran Unit SI: Newton, N

Definisi: Perubahan momentum Unit SI: kg m/s @ Ns

Persamaan Impuls

Persamaan Daya Impuls

contoh-contoh Kesan masa ke atas magnitud daya impuls

Lompat tinggi

Lompat jauh

Meletakkan tilam yang tebal dan lembut

Tambak lompat jauh diisi dengan pasir

- Untuk meningkatkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas badan para peserta untuk mengelakan kecederaan.

- Untuk memanjangkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas kaki atlet apabila mereka mendarat di atasnya.

ciri-ciri penting keselamatan kenderaan yang boleh mengurangkan daya impuls

Beg Udara Automatik

Zon Remuk

Zon remuk meningkatkan masa tindakbalas perlanggaran semasa berlakunya kemalangan.-Ini menyebabkan daya impuls dikurangkan seterusnya menurunkan risiko kecederaan.

Semasa berlakunya kemalangan, beg udara mengembang dan bertindak sebagai kusyen untuk mengurangkan daya impuls jika penumpang terhumban ke hadapan.

impuls dan daya impuls

Menu

berat(weight)

Nota

Read more

video

Watch

kuiz

Link

Link

nota ringkas & latihan tambahan

Berat, w(weight)

Definisi: Daya graviti yang bertindak ke atas objek Unit SI: Newton, N Jenis kuantiti: Vektor

F = daya / force (N)m = jisim / mass (m) a = pecutan / acceleration (ms^-2)

Berdasarkan Hukum Gerakan Newton Kedua:

F=ma

W = berat, Nm = jisim, kg g = pecutan graviti, 9.81 ms^-2

Satu rumus bagi Berat dikeluarkan iaitu:

W=mg

PERBEZAAN BERAT DAN JISIM

Berat

Jisim

Definisi: Jumlah bahan yang terdapat pada sesuatu objek Magnitud: Magnitud adalah sama walaupun dimana objek berada Jenis Kuantiti: Kuantiti Asas Unit S.I.: Kilogram (kg)

Definisi: Daya graviti yang bertindak pada sesuatu objek Magnitud: Berubah mengikut tarikan graviti di sesuatu tempat Jenis Kuantiti: Kuantiti Terbitan Unit S.I.: Newton (N) atau kg m/s

vs

berat vs jisim

TERIMA KASIH!