Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

pbp sains 1

s h a f

Created on October 29, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Vaporwave presentation

Animated Sketch Presentation

Memories Presentation

Pechakucha Presentation

Decades Presentation

Color and Shapes Presentation

Historical Presentation

Transcript

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 1

TEMA : Mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran

START

Nur Qasreena Bt RoslanNur Shafiqah Bt Hardi

Isi Kandungan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Penghargaan

Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan

Hasil Kajian

Had Deria Penglihatan

Had Pendengaran

Kesimpulan

Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran

Pendahuluan

~Deria manusia terdiri daripada 5 deria yang penting iaitu , deria rasa,deria sentuhan,deria bau,deria penglihatan dan pendengaran . Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya . Deia penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. ~Walaubagaimanapun , terdapat beberapa had tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita . Sebagai contohnya , mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman , objek yang sangat jauh seperti Musytari . Manakala , telinga kita tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang kuat . ~Namun dengan adanya teknologi moden , had kepada deria dapat diatasi . Alatan seperti teleskop , mikroskop , kanta pembesar , sinar-X , periskop , teropong , dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu had mengatasi kepada deria penglihatan kita . Manakala alatan seperti mikrofon , pembesar suara , stetoskop , dan alat bantu dengar pula mampu membantu kita mengatasi had deria pendengaran .

Objektif Kajian

Kami melakukan kajian yang bertemakan PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP dengan tajuk MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN HAD DERIA PENDENGARAN untuk mengaji alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had deria penglihatan dan had deria pendengaran .

Hasil kajian

~Had deria penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata . Had deria ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ilusi optik dan ilusi buta .

- Ilusi optik berlaku apabila otak tidak boleh mentafsirkan impul yang diterima dari mata . Kekeliruan otak ini dipengaruhi oleh objek lain atau keadaan sekeliling objek . Maka objek kelihatan berbeza daripada keadaan sebenar . - Bintik buta merupakan titik pada retina yang tidak boleh mengesan sebarang imej disebabkan ketiadaan fotoreseptor . Oleh itu , objek tidak akan kelihatan apabila imejnya jatuh pada titik buta . Walaubagaimanapun , kitar tidak sedar akan kehadiran bintik buta dalam mata kerana imej bagi objek yang sama tidak mungkin jatuh pada kedua-dua bintik buta mata secara serentak .

~ Selain itu , kita juga tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil seperti mikroorganisma atau terlalu jauh seperti planet-planet di angkasa . Hal ini kerana ,fotoreseptor tidak dapat kean objek yang terlalu jauh dan terlalu kecil . Maka,tiada impuls saraf yang dihantar ke otak untuk ditafsir . Oleh yang demikian , pelbagai alat dicipta untuk mengatasi had penglihatan . alat-alat tersebut dapat membesarkan imej objek supaya boleh dikesan oleh fotoreseptor .

Hasil kajian

Had Deria Pendegaran ialah had keupayaan telinga untuk mendengar bunyi . Julat frekuensi pendengaran setiap individu berbeza . Hal ini kerana , apabila usia seseorang semakin meningkat , julat frekuensi pendengarannya menjadi semakin kecil kerana gegendang telinga menjadi semakin kurang kenyal . Secara purata , manusia hanya dapat mendengar bunyi yang berfrekuensi antara 20Hz hingga 20 000Hz . Frekuensi di luar daripada julat ini tidak boleh dikesan . Oleh itu , pelbagai alat telah dicipta untuk mengatasi had pendengaran ini . Penciptaan alat-alat ini dapat menguatkan bunyi supaya boleh dikesan oleh reseptor . Hal ini sangat membantu dalam pelbagai bidang sepertibidang perubatan dan juga dalam kehidupan harian .

Alatan untuk mengatasi had deria penglihatan

Mikroskop

Mikroskop adalah alat untuk memperoleh bayangan yang besar dari benda yang kecil yang tidak terlihat oleh mata sehingga dapat dilihat dan diamati susunannya . Jadi,mikroskop adalah benda yang digunakan untuk melihat benda yang bersifat mikroskopik . Mikroskop terbahagi kepada 2 mengikut fungsinya , iaitu mikroskop cahaya dan mikroskop elektron . Mikroskop dapat membantu kita melihat benda-benda yang sangat kecil , itulah fungsi utamanya . Mikroskop cahaya dan mikroskop elektron mempunyai manfaat yang sangat penting . Mikroskop telah digunakan dalam bidang perubatan , ilmu forensik (untuk menyiasat cap jari) , geologi (untuk meneliti batuan) , industri (untuk menguji ketahanan suatu benda) , untuk meneliti tumbuhan dan haiwan peringkat tinggi , serta dalam bidang makanan dan persekitaran ( untuk menyiasat bakteria toksik dalam makanan )

+ INFO

Kanta Pembesar

Kanta Pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek . Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya , imej yang terbentuk diperbesarkan . Kanta ini biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang (rujuk gambar) . Pembesar helaian terdiri daripada banyak kanta berbentuk cecincin nipis , yang secara bergabung bertindak sebagai kanta tunggal tetapi jauh lebih nipis . Aturan ini dikenali sebagai kanta Fresnel . Kanta pembesar merupakan satu ikon bagi cereka penyiasatan , terutamanya mengenai Sherlock Holmes .

+ INFO

Teleskop

Perkataan teleskop ( daripada bahasa Greek , tele = 'jauh' dan skopein = 'mencari atau melihat' : teleskopos = 'berpandangan jauh' ) biasanya merujuk kepada teleskop optik , tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain Teleskop merupakan peralatan optik yang direka bentuk untuk mengumpul cahaya lebih banyak daripada yang mampu dilakukan oleh mata . kanta yang digunakan dalam teleskop adalah dari jenis kanta cembung , manakala cermin pula dari jenis cermin cekung . Dalam reka bentuk reka bentuk sesebuah teleskop , kanta atau cermin dinamakan objektif utama . Terdapat dua jenis teleskop optik , iaitu jenis pembiasan (refraction) atau pantulan ( reflector ) .

+ INFO

Binokular

Binokular ini secara mudahnya adalah berfungsi untuk membolehkan pengguna melihat objek atau pemandangan yang jauh dengan lebih jelas melalui pembesaran yang dilakukan oleh kanta didalam bino itu . Terdapat dua jenis binokular iaitu Porro Prism dan Room Prism .

+ INFO

Periskop

Periskop adalah sejenis alat untuk mencerap atas, sekitar atau melalui sebuah objek, halangan atau keadaan yang menghalang pemerhatian garis penglihatan langsung daripada kedudukan semasa seorang memerhati . Ia terdiri dalam bentuk yang paling mudahnya daripada sebuah bekas yang dipasangkan dengan cermin pada setiap hujung bekas tersebut, dengan cermin-cermin ini diselarikan antara satu sama lain pada sudut 45°. Bentuk periskop dengan penambahan dua kanta mudah ini digunakan untuk tujuan pemerhatian di medan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Anggota tentera juga menggunakan periskop dalam beberapa turet meriam dan kenderaan berperisai Periskop yang lebih rumit reka bentuknya menggunakan prisma dan/atau gentian optik canggih serta membolehkan pembesaran imej. Jenis periskop ini beroperasi dalam kapal selam serta pelbagai bidang sains. Keseluruhan reka bentuk periskop kapal selam yang klasik kapal terdiri daripada konsep mudah dua teleskop yang menunjuk ke arah satu sama lain. Jika dua teleskop mempunyai pembesaran berbeza, maka perbezaan antara kedua-dua periskop ini menyebabkan pembesaran atau pengurangan secara keseluruhan. ( merujuk gambar ) .

+ INFO

Alat pengesan ultra bunyi

Ultrabunyi digunakan dalam pelbagai bidang yang berbeza. Alat-alat ultrabunyi digunakan untuk mengesan objek dan mengukur jarak. Pengimejan ultrabunyi atau sonografi sering digunakan dalam bidang perubatan. Dalam ujian tanpa musnah produk dan struktur, ultrabunyi digunakan untuk mengesan kelemahan yang tidak kelihatan. Dalam konteks industri pula, ultrabunyi digunakan untuk pembersihan, pencampuran serta mempercepatkan proses kimia. Haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba menggunakan ultrabunyi untuk mencari mangsa dan halangan. Saintis kini menyelidik ultrabunyi menggunakan diafragma grafena sebagai suatu kaedah komunikasi

+ INFO

Alatan untuk mengatasi had deria pendengaran

Mikrofon

Mikrofon ialah sejenis alat pemindah yang menukarkan gelombang bunyi kepada isyarat elektrik. Mikrofon digunakan dalam pelbagai perkakasan seperti telefon, alat bantu dengar, sistem hebahan awam untuk dewan konsert dan keramaian, pembikinan filem, kejuruteraan audio secara langsung dan dalam rakaman, rakaman bunyi, radio dua hala, megafon, penyiaran radio dan televisyen, dalam komputer untuk merakam suara, pengecaman pertuturan, dan sistem Suara melalui Protokol Internet serta untuk tujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia ketukan (knock sensors). Beberapa jenis mikrofon yang digunakan, masing-masing menggunakan cara berbeza untuk menukar tekanan udara daripada gelombang bunyi yang pelbagai menjadi isyarat elektrik. Jenis mikrofon yang paling umum adalah mikrofon dinamik yang menggunakan gegelung dawai tergantung dalam medan magnet; mikrofon kondenser yang menggunakan gegendang bergetar sebagai plat kapasitor, dan mikrofon piezoelektrik yang menggunakan bahan kristal piezoelektrik. Mikrofon biasanya perlu disambungkan kepada praamplifier sebelum isyarat yang terkandung boleh dirakam atau dikeluarkan semula.

+ INFO

Alat pembesar suara

Pembesar suara, pengeras suara atau penguat suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan. Dalam setiap sistem pembesar ini juga mutu suara dapat ditentukan di samping juga peralatan pengolah suara sebelumnya yang masih mengalirkan isyarat elektrik dalam rangkaian penguat. Sistem pada pengeras suara adalah suatu komponen yang mengubah kode isyarat elektronik terakhir menjadi suatu gerakan mekanik. Suara yang terakam pada pita magnet atau kepingan CD dan DVD juga dapat dihasilkan semula dalam bentuk didengari setepat ketika ia dirakam.

+ INFO

stetoskop

Stetoskop (daripada stetho- "dada + -scope "-skop, alat mencerap") ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

+ INFO

Alat bantuan pendengaran R.I.E

RIE (receiver-in-the-ear) merupakan alat bantu pendengaran dengan kedudukan receiver atau speaker diletakkan di dalam salur telinga. Ini merupakan inovasi alat bantu pendengaran jenis belakang telinga yang memberi bunyi yang lebih baik dan mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Kebiasaannya alat ini dihubungkan dengan dome atau insert eartip. namun boleh juga menggunakan ear mould bergantung kepada tahap masalah pendengaran.

+ INFO

KESIMPULAN

Kemajuan teknologi banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik . Alatan moden seperti Sinar-X dan juga Alat Bantu Dengar , ternyata banyak membantu ramai manuia di luar sana dalam mengatasi had penglihatan dan pendengaran untuk mendapatkan keperluan hidup yang maksimum . Walaupun teknologi yang ada ini banyak membantu kita , namun kita perlulah sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik . Hal ini membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah . Kita juga harus bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin .

" SEKIAN TERIMA KASIH "