27102021 9.4 FENOMENA GEOBENCANA
Nor Hazwani Binti Ismail
Created on October 26, 2021
SAINS 1 BETA
Over 30 million people build interactive content in Genially.
Check out what others have designed:
THE EUKARYOTIC CELL WITH REVIEW
Presentation
INTRO INNOVATE
Presentation
FALL ZINE 2018
Presentation
BRANCHES OF U.S. GOVERNMENT
Presentation
QUOTE OF THE WEEK ACTIVITY - 10 WEEKS
Presentation
MASTER'S THESIS ENGLISH
Presentation
SPANISH: PARTES DE LA CASA WITH REVIEW
Presentation
Transcript
27/10/2021 (RABU) : 7.40 PAGI - 8.40 PAGISAINS 1 BETA
9.4FENOMENA GEOBENCANA
Berkomunikasi dan mengenalpasti mengenai sekurang-kurangnya lima daripada lapan contoh geobencana dengan betul.
HASIL PEMBELAJARAN
Kejadian geobencana adalah kesan daripada proses endogen yang berlaku daripada bahagian dalam Bumi.
KEJADIAN GEOBENCANA
FENOMENA GEOBENCANA
Gempa Bumi merupakan gegaran di kerak Bumi akibat pelepasan tenaga dari dalam Bumi secara tiba-tiba.Gegaran ini berlaku apabila plat-plat tektonik beranjak.Gempa Bumi menghasilkan gelombang seismik yang berbentuk bulatan bermula daripada pusat gempa dan membesar serta tersebar ke semua arah.Gelombang seismik semakin berkurang dan kekuatan gegaran gempa Bumi semakin lemah apabila semakin jauh dari pusat gempa.
GEMPA BUMI
VOLKANISME
Volkanisme (gunung berapi) dan gempa bumi lazimnya fenomena yang berangkaian kerana terletak pada jaluran plat tektonik yang sama.PEMBENTUKAN VOLKANISME:1. Mantel yang sangat panas meleburkan batuan menjadi leburan magma2. Leburan magma yang bertekanan tinggi naik melalui lohong3. Magma keluar ke permukaan Bumi melalui rekahan kerak Bumi4. Letusan kuat magma membentuk kawah5. Magma mengalir ke permukaan Bumi dan menyejuk lalu membentuk lava6. Abu awan, gas dan wap air dikeluarkan ke atmosfera
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh merupakan susutan jisim, iaitu tanih yang tidak stabil menuruni cerun akibat tarikan graviti.Air biasanya menjadi pelincir yang menjatuhkan atau menyusutkan tanih menuruni cerun.PUNCA:(a) Tindakan daya graviti yang bertindak ke atas tanih pada cerun curam(b) Aliran air, air bawah tanah, hujan lebat dan ombak yang menghasilkan cerun curam(c) Gegaran Bumi disebabkan oleh gempa Bumi(d) Mendakan abu yang dihasilkan oleh gunung berapi(e) Gegaran yang disebabkan oleh mesin yang bergetar, trafik, bahan letupan dan guruh(f) Tekanan tinggi yang dihasilkan oleh berat beban seperti struktur binaan manusia ke atas tanih pada cerun yang lemah.
TSUNAMI
Tsunami ialah kejadian ombak raksasa yang berlaku akibat gempa Bumi di dasar laut, volkanisme di dasar laut, dan hentaman meteor di laut.
PROSES PEMBENTUKAN TSUNAMI:1. Gempa Bumi di dasar laut menghasilkan gelombang seismik yang membentuk ombak laut yang selebar 200 km atau lebih dan bergerak selaju 800 km sejam.2. Semasa ombak ini bergerak menuju ke pantai melalui kawasan yang cetek, kelajuannya akan berkurang dan ketinggiannya semakin bertambah.3. Di kawasan yang berhampiran pantai, ombak bergulung dan lurutan ombak menarik semua air laut di tepi pantai sehingga laut kelihatan surut.4. Apabila ombak sampai ke pantai, lurutan ombak membebaskan semula air laut yang ditarik untuk menghempas pantai dengan kuat.
TSUNAMI
PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global merupakan geo bencana yang berkaitan dengan peningkatan suhu permukaan Bumi yang disebabkan oleh pemanasan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida yang berlebihan.
PEMANASAN GLOBAL
HUJAN ASID
Hujan asid merupakan bencana global yang berkaitan dengan air hujan yang mempunyai keasidan yang tinggi (kurang daripada pH 5)Keasidan dalam air hujan disebabkan oleh gas yang bersifat asid seperti karbon dioksida, sulfur dioksida yang dibebaskan oleh stesen jana kuasa elektrik dan oksida-oksida nitrogen yang dibebaskan oleh pembakaran petrol atau diesel dalam kenderaan bermotor melarut dalam air hujan.
Lubang benam berlaku apabila tanah di permukaan Bumi jatuh memasuki ruang kosong atau rongga dalam alur hakisan yang terbentuk di permukaan bawah batu kapur.Kebanyakan lubang benam berbentuk lubang tetapi mempunyai saiz yang berbeza-beza.Lubang benam terbentuk akibat hakisan, penurunan aras air bawah tanah dan faktor gegaran atau tekanan oleh beban berat.
LUBANG BENAM
Tanah jerlus biasanya berlaku di kawasan yang terdiri daripada tanah liat dan lumpur yang tidak telap air di lapisan terbawah.Semasa hujan, air akan meresap ke dalam tanah dan mengalir di lapisan atas tanah liat.Lama-kelamaan apabila hujan lebat berlaku menjadikan aliran air bawah tanah semakin besar hingga mengakibatkan struktur tanah runtuh dan membentuk tanah jerlus.
TANAH JERLUS