Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
Rancana Domain Awam
NAJLA BINTI MUHAMMAD LOFTY Moe
Created on October 14, 2021
Strategi-strategi untuk Memelihara Kuih Tradisional daripada Ditelan Zaman
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Visual Presentation
View
Vintage Photo Album
View
Animated Chalkboard Presentation
View
Genial Storytale Presentation
View
Higher Education Presentation
View
Blackboard Presentation
View
Psychedelic Presentation
Transcript
Rencana Domain Awam
Strategi-strategi untuk Memelihara Kuih Tradisional daripada Ditelan Zaman
Ahli Kumpulan :1. Intan Syafika 2. Raja Afrin Zulaikha 3. Hana Alissya 4. Najla
PENDAHULUAN (THINK)
Strategi-strategi untuk Memelihara Kuih Tradisional daripada Ditelan Zaman
Oleh: Raja Hana Intan Najla binti Raja Hazlan Azmi Lofty
Ayat Tema
Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, kita dapat menyaksikan bahawa ilmu atau lebih tepat lagi pengetahuan umum berkaitan dengan kuih tradisional di negara kita semakin hanyut ditelan zaman. Lebih menyedihkan lagi apabila kita sebagai rakyat Malaysia sendiri gagal menonjolkan identiti bangsa masing-masing melalui pengetahuan tentang kuih tradisional dan memperkenalkannya kepada pelancong yang datang melancong ke negara kita. Ibaratnya kita telah mencalarkan imej negara Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bangsa. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh diubati hingga ke akar umbi.
Ayat Huraian +Isu
Kesan
Kehendak
ISI (TOHUCOKEP) 1 : USAHA IBU BAPA
Ayat Topik
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa hampir semua anak watan zaman kini tidak berminat hendak meneruskan legasi turun temurun keluarga masing-masing apabila bercakap tentang kuih tradisional yang terdapat di negara kita. Namun permasalahan ini boleh diatasi jika ibu bapa memainkan peranan masing-masing dalam menarik minat anak-anak untuk mendalami ilmu meneruskan pembuatan kuih-kuih tradisional. Contoh yang boleh diketengahkan ialah ibu bapa mengambil tindakan dengan menurunkan resipi asli kepada anak-anak serta mengajarkan ilmu pembuatan kuih-muih seperti kuih denderam, halwa maskat,kuih sopang, kuih cek mek molek dan banyak lagi. Lebih menarik lagi jika anak-anak kita turut menurunkan resipi tersebut kepada generasi mereka yang akan datang. Disebabkan keistimewaan inilah kita dapat memelihara kuih tradisional daripada terus ditelan zaman.
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Kesan
Ayat Penegas
ISI (TOHUCOKEP) 2 : USAHA PIHAK SEKOLAH
Ayat Topik
Sejurusan dengan itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan memasak kuih tradisional dalam kalangan murid-murid mahupun guru-guru serta kakitangan sekolah. Pertandingan tersebut boleh diadakan pada hari-hari keraian seperti Hari Makanan Sedunia, Hari Kebangsaan Atau Hari Malaysia untuk menerapkan pengetahuan asas menyediakan kuih-muih tradisional pelbagai bangsa di negara kita. Sebagai contoh, kelab SRT dan Kraftangan boleh menganjurkan pertandingan atau cabaran memasak secara dalam talian atau melalui aplikasi seperti 'TikTok' pada Hari Makanan Sedunia. Kesannya, peserta-peserta dan penonton-penonton boleh mengenali pelbagai jenis kuih tradisional serta cara penyediaanya secara tidak langsung. Tuntasnya, pihak bertanggungjawab wajarlah berganding bahu dalam menghidupkan semula populariti kuih tradisional.
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Kesan
Ayat Penegas
ISI (TOHUCOKEP) 3 : MEDIA MASSA
Ayat Topik
Umum mengetahui bahawa media massa kini tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat yang saban hari semakin giat dihadirkan dengan informasi dan berita yang menjadi buah mulut orang ramai. Bertepatan dengan peralihan budaya semasa, individu atau pihak media massa memainkan peranan yang signifikan dalam menguar-uarkan kewujudan kuih tradisional yang semakin hari berdepan risiko lenyap ditelan zaman. Sebagai contoh, pihak yang sering menjadikan media massa sebagai tempat mempromosikan buatan tangan negara melalui surat khabar, majalah, televisyen dan internet dapat menonjolkan tarikan kuih tradisional di negara kita. Dalam konteks ini, orang ramai serta pelancong luar negara akan tertarik untuk mencuba pelbagai kuih tradisional justeru meningkatkan populariti kuih tradisional Malaysia. Daripada realiti ini dapat kita jelaskan bahawa penggunaan media massa dapat mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia.
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Kesan
Ayat Penegas
ISI (TOHUCOKEP) 4 : USAHA KERAJAAN
Ayat Topik
Kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam membangkitkan semula perniagaan-perniagaan kecil kuih-muih tradisional yang sering dipandang enteng dan dianggap tidak penting di negara kita. Kebanyakan perniagaan para usahawan kecil lingkup kerana kekurangan sambutan pembeli serta promosi jualan yang kurang diberi perhatian. Pihak berkuasa boleh membantu para peniaga yang berpotensi untuk menaik taraf kualiti produk mereka dari segi pembuatan, pembungkusan dan seterusnya dieksport serta dipromosikan ke luar negara. Hal ini akan bantu membangkitkan semangat peniaga lain untuk berusaha menjayakan perniagaan kuih tradisional mereka hingga ke persada dunia. Tidak disangkal lagi, industri kuih tradisional boleh turut menjada pendapatan rakyat dan negara kita.
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Kesan
Ayat Penegas
PENUTUP (KECAHA)
Ayat Kesimpulan
Tuntasnya, industri makanan tradisional memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan bangsa dan negara selain merupakan wahana yang efektif untuk mempromosikan keistimewaan dan keunikan yang dimiliki masyarakat majmuk di negara kita di pentas antarabangsa. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, semua pihak termasuklah rakyat jelata haruslah berganding bahu untuk memajukan industri pemprosesan kuih tradisional sehingga peringkat antarabangsa. Sudah tiba masanya, rakyat berbilang ras dan agama mengambil tahu, belajar memahami dan menghargai keunikan dan keistimewaan makanan tradisional masyarakat Malaysia dalam proses pembangunan bangsa.
Ayat Cadangan
Ayat Harapan
Terima Kasih!
👋🏻