Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
pengucapan awam
MUHAMMAD HAIQAL HAKIMI BIN PUASA (BP)
Created on September 11, 2021
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Tarot Presentation
View
Vaporwave presentation
View
Women's Presentation
View
Geniaflix Presentation
View
Shadow Presentation
View
Newspaper Presentation
View
Memories Presentation
Transcript
PRESENTATION
MUHAMMAD haiqAL HAKIMI BIN PUASA
Start
BAHAGIAN 1
APAKAH ITU PENGANGGURAN?
MAKSUD PENGANGGURAN
- Pengangguran ialah seseorang yang mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan sebagai tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 15 ke 64 tahun yang sanggup bekerja
BAHAGIAN 2
APAKAH punca berlakunya pengangguran?
PUNCA BERLAKUNYA PENGANGGURAN
Pengangguran boleh berpunca daripada beberapa faktor iaitu :
- Pengangguran geseran
- pengangguran bermusim
- pengangguran berstruktur
- Pengangguran berkitar
PENGANGGURAN GESERAN
- Pengangguran geseran ialah pekerja yang berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Friksional ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan bekalan buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga pekerja menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan.
PENGANGGURAN BERMUSIM
- Pengangguran bermusim ialah pengangguran yang terjadi apabila sesuatu musim itu berubah. Contohnya apabila industri mengalami musim yang lembab seperti dalam pembinaan, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai, dan nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.
PENGANGGURAN BERSTRUKTUR
- Pengangguran berstruktur muncul daripada ketakseimbangan di antara jenis pekerjaan yang pekerja mahu dan jenis pekerja yang majikan mahu. Ketakseimbangan ini boleh disebabkan oleh kekurangan kemahiran, lokasi, atau karektor peribadi. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran mereka kehilangan pekerjaan.
PENGANGGURAN BERKITAR
- Pengangguran berkitar ialah pengangguran yang berlaku disebabkan oleh kekurangan permintaan bagi buruh. Apabila kitaran perniagaan menjunam contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan perkhidmatan jatuh; akibatnya pekerja diberhentikan.
BAHAGIAN 3
APAKAH kesan daripada pengangguran?
KESAN KEPADA EKONOMI
Mengurangkan keluaran negara
Menurunkan taraf hidup masyarakat
Melambatkan pembangunan negara
Meningkatkan kadar kemiskinan di sesebuah negara
KESAN KEPADA SOSIAL
Pergaduhan dan penceraian
Peningkatan kes jenayah
Masalah tekanan jiwa
Hilang keyakinan diri
CARA MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN
- Kerajaan boleh memberi insentif kepada pihak perniaga supaya mereka boleh terus bekerja.
- Kerajaan membuat perancangan ekonomi sesuai dengan perubahan trend ekonomi dan perniagaan.
- Melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi.
Terima kasih!