Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

BAHASA MELAYU KLASIK

Athirah Zolkepli

Created on September 6, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Vaporwave presentation

Animated Sketch Presentation

Memories Presentation

Pechakucha Presentation

Decades Presentation

Color and Shapes Presentation

Historical Presentation

Transcript

bahasa melayu

klasik

mula

Kandungan

1. Menjelaskan konsep n bahasa Melayu klasik

2. Mengenal pasti ciri bahasa Melayu klasik

3. Memerihalkan perkembangan aksara Jawi

4. Menyatakan bahan bukti tentang penggunaan bahasa Melayu klasik, dan

5. Menjelaskan fungsi bahasa Melayu klasik.

Syakirah

Selepas bahasa Melayu kuno, muncul

Menurut Ismail Hussien (1984),

Abad ke-13 hingga abad ke-14 Masihi,

  • Abad ke-13 & ke-14 Masihi
  • Zaman peralihan di kepulauan Melayu
  • Kedatangan agama Islam
  • Zaman peralihan
  • Zaman bahasa Melayu praklasik

Abad ke-14 hingga abad ke-18 Masihi,

  • Zaman bahasa Melayu klasik

Sultan Ternate

Raja Portugis

konsep bahasa melayu klasik

John III Manuel

Sultan Bayunallah

Pada zaman peralihan,

Bahasa Melayu klasik,

  • Menerima pengaruh bahasa Arab.
  • Pengaruh Arab mengakibatkan banyak kosa kata bahasa Sanskrit bercampur bahasa Arab.
  • Wujud tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab dalam bahasa Melayu.
  • Pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Farsi.
  • Untuk menulis manuskrip Melayu lama.
  • Sultan Ternate, Maluku mengirim surat kepada Raja Portugis ialah manuskrip Melayu yang Tertua.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik -Sistem Tulisan dan Ejaan -Kosa Kata -Tatabahasa

29 Aksara Jawi yang diambil daripada bahasa Arab, kecuali aksara Hamzah

S I S T E M T U L I S A N & E J A A N

Bahasa Melayu klasik mempunyai sistem tulisan yang tersendiri;-

  • Tulisan Jawi menggunakan aksara Arab yang disesuaikan dnegan bunyi Bahasa Melayu.

Kosa Kata

5 aksara ditambah kepada aksara Arab kerana bunyi bahasa Melayu tiada padanan dengan bahasa Arab, iaitu;-

Bukti terawal tulisan Jawi terdapat pada batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu.

Perkataan dalam bahasa Melayu klasik jarang/tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden, contohnya;-

  • Ratna mutu manikan = pelbagai intan permata
  • Ningsun = kasih
  • Masygul = dukacita

Menurut Ismail Hussien (1984),

  • Bahasa Melayu klasik berbeza dengan bahasa Melayu kuno.
  • Kata Tida dalam bahasa Melayu Kuno berubah menjadi tyada.

Bahasa Melayu Klasik menggunakan ayat majmuk. Oleh itu, kebanyakkan ayatnya panjang sehingga kadangkala maksudnya agak sukar difahami.

Awalan mar- berubah menjadi ber-, manakala awalan ni- berubah menjadi di-

  • Marbuat -> berbuat.
  • Niparbuat -> diparbuat.

Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan ragam ayat pasif.

Tatabahasa

Awalan kata kerja aktif maN- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi meN- dalam bahasa Melayu klasik.

Bahasa Melayu klasik menggunakan susunan ayat songsang.

  • Mawawa -> membawa.
  • Manghidupi -> menghidupkan.

perkembangan aksara jawi

Pendapat tentang istilah "Jawi" daripada beberapa pengkaji:

Tulisan jawi merupakan;-

  • Tulisan yang menggunakan aksara/huruf Arab.
  • Menjadi tulisan bahasa Melayu.
  • Pengkaji menganggap perkataan "Jawi" berasal daripada perkataan "Jawa", iaitu Pulau Jawa.
  • Omar Awang berpendapat istilah "Jawi" berasal daripada perkataan Arab al-Jawah, iaitu Pulau Sumatera.
  • Orang Arab menamakan tulisan Jawi merujuk kepada tulisan yang digunakan oleh orang Sumatera yang beragama Islam & menggunakan bahasa Melayu.
  • William Marsden mengambil pendapat W.G. Werndly iaitu perkataan Jawi dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang dikatakan oleh Marco Polo.
  • Stamford Raffles menyatakan perkataan Jawi dikaitkan dengan orang Melayu bersifat kacukan,
  • Oleh itu, tulisan Jawi ialah tulisan campuran daripada Arab & Melayu.

2 pengaruh dalam perkembangan tulisan Jawi,

  • Pengaruh Arab
  • Pengaruh Melayu

Stamford Raffles

Marco Polo

William Marsden

Ungkapan anak Jawi

"anak kacukan daripada bapa India dengan ibu Melayu".

4. dua tahap perkembangan jawi

B) Tahap Kedua

A) Tahap Pertama

6. Pada tahap pertama, huruf vokal/saksi iaitu (alif), (wau), dan (ya) telah diwujudkan. Huruf-huruf saksi ini diletakkan pada suku kata pertama sahaja. Contohnya,

7. a) Huruf vokal/saksi diletakkan pada kedua-dua suku kata.Contohnya,

b) Penambahan huruf vokal bagi melambangkan fonem vokal dalam bahasa Melayu. Vokal Jawi, (alif), (wau), (ya). Vokal Melayu (a,e{pepet},e,i,o, dan u). Satu vokal Jawi untuk dua vokal Melayu.

Izzah

BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 hingga ke-18 Masihi.

Penggunaan bahasa Melayu klasik dapat dilihat pada,

  • Batu bersurat
  • Batu nisan
  • Hukum kanun
  • Surat awal
  • Naskhah sastera klasik

Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu

  • Antara 1303 hingga 1397 Masihi.
  • Tulisan Jawi, kombinasi sistem ejaan bahasa Arab dengan ejaan Melayu.
  • Menunjukkan tulisan Arab dalam bahasa Melayu.
  • Kandungan tentang undang-undang dan hukuman berasaskan hukum Islam.

BATU BERSURAT

Pagar Ruyung, Minangkabau

  • Bertarikh 1356 Masihi.
  • Tertulis dengan huruf India.
  • Tulisannya mengandungi sedikit prosa bahasa Melayu kuno dan beberapa sajak Sanskrit.
  • Isinya tentang pemerintahan Raja ketika itu.
  • Buktinya, bahasa Melayu digunakan secara bahasa rasmi seperti yang terdapat pada zaman kerajaan Sriwijaya.

Minye Tujuh, Acheh, Sumatera Utara

Batu Bersurat Sungai Teresat

Batu Bersurat Pagar Ruyung

  • Bertarikh 1380 Masihi.
  • Menggunakan tulisan India tetapi bahasanya banyak mengandungi kata daripada bahasa Arab.
  • Mengandungi 8 baris sajak Sanskrit.
  • Keupayaan bahasa Melayu meningkat kerana menjadi bahasa pernyataan puisi yang halus.

Batu Bersurat Minye Tujuh

Kesimpulan tentang maklumat daripada ketiga -tiga batu bersurat.

Malik Al-Salleh merupakan Sultan Pasai dan Semudra yang mula-mula memeluk Islam dan meninggal pada tahun 1297.

Batu nisan menjadi bukti pada abad ke-13 terdapat sebuah kerajaan Islam di kepulauan Melayu, iaitu Kerajaan Semudra-Pasai.

  • Merupakan bukti tulisan batu terakhir kerana selepas abad ke-14 munculnya kesusasteraan Melayu bercetak.
  • Zaman peralihan pada abad ke-14, masyarakat yang dipengaruhi oleh kebudayaan India telah didatangi oleh pengaruh baharu iaitu, kebudayaan Islam.

Batu Nisan Malik Al-Salleh

Sultan Pasai & Semudra

  • Bahasa Melayu telah mengalami evolusi dari segi pembendaharaan kata dan dari segi huruf tulisannya. Batu bersurat memuatkan undang-undang negeri dan perintah raja. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi negara, perantaraan, dan kebudayaan.

Menggunakan bahasa Arab dengan kosa kata khas berkaitan dengan agama Islam.

Malik Al-Salleh

Hukum kanun

Pahang

Melaka

  • Hukum Kanun Melaka/Undang-undang Melaka merupakan peraturan bertulis untuk melindungi kerajaan rakyat dan negeri Melaka.
  • Hukum Kanun Pahang digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592-1614Masihi).
  • Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional yang tertua di negara ini.
  • Merupakan hukum kanun yang tertua selepas undang-undang Melaka.
  • Kandungannya; undang-undang jenayah, muamalat, dan kekeluargaan
  • Kedudukan raja sebagai khalifah. Peranan raja sebagai pentadbir negeri dianggap seperti kedudukan Nabi mentadbir umat, menjalankan amar makruf nahi mungkar dan bertanggungjawab terhadap rakyat.
  • Kedudukan raja atau sultan diperkukuhkan oleh nas Quran dan hadis

SURAT AWAL

Sir James Lancester

Surat kebenaran berniaga kepada Kapitan Inggeris, Sir James Lancester(1601)

  • Catatan Shellabear (1898)
  • Terdapat beberapa pucuk surat yang tersimpan di British Muzeum, The Bodlein Library Oxford dan University Library di Leiden ditulis pada abad ke-17.
  • Ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi.
  • Surat Tertua (paling awal) surat yang dikirimkan oleh Raja Tidore, iaitu Sultan Ternate bernama Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal di Lisbon
  • Surat amat penting sebagai bukti terawal penggunaan bahasa Melayu dalam hubungan antara dua buah kerajaan.

Surat kebenaran berdagang kepada Kapitan Inggeris, Harry Midleton(1603)

Beberapa surat lain

Surat daripada Sultan Acheh kepada King James I, England(1612)

Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni kepada Kapitan Inggeris di Jambi(1851)

King James I

Athirah

Tuan Seri Lanang

NASKHAH SASTERA KLASIK

  • Hikayat Hang Tuah (Kesultanan Melaka).
  • Ditulis dalam bentuk prosa tetapi berserta pantun dan peribahasa yang dilengkapi dengan glosari, rujukan dan peta.
  • Gaya bahasa lebih kontemporari dengan mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya.
  • Menurut Kassim Ahmad, Hikayat Hang Tuah menggambarkan pemikiran Melayu yang bersahaja, lunak dan padat tetapi belum dipengaruhi oleh bahasa Arab.
  • Hikayat Hang Tuah merupakan Warisan Dunia 2001 yang mendapat pengiktirafan UNESCO, Memory of the World.
  • Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin).
  • Ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor & disiapkan di Acheh dalam tawanan.
  • Kandungannya; keturunan Raja-raja Melayu, adat istiadat, peristiwa bersejarah (permulaan,perkembangan dan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka).
  • R.O. Winstedt berpendapat sejarah Melayu mengandungi banyak cerita mitos dan lagenda yang tidak mempunyai ciri-ciri sejarah.
  • T. Iskandar, A. Teeuw, dan Mohd Taib Othman berpendapat Sejarah Melayu bukan sahaja menjadi dokumen sejarah Kesultanan Melayu Melaka tetapi memerihalkan kedatangan pengaruh asing seperti Hindu dan Islam.
  • A. Teeuw menegaskan sejarah Melayu menggambarkan hubungan dalam kalangan masyarakat, perkembangan fikiran, dan keadaan ekonomi.
  • Misa Melayu (Raja Chulan).
  • Ditulis dalam bentuk kosa & puisi menggunakan tulisan Jawi.
  • Kandungannya; sejarah raja-raja yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700-1780 Masihi.
  • Penceritaannya tanpa unsur mitos.
  • Turut merakam adat istiadat dan tradisi seperti amalan bertindik, berinai, dan istiadat raja-raja.

Mohd Taib Othman

T. Iskandar

R. O. Winstedt

Kassim Ahmad

A. Teeuw

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

  • BMK menjadi bahasa pentadbiran kerajaan/bahasa pemerintahan.
  • Bahasa Melayu digunakan tujuan surat menyurat dalam kalangan kerajaan di kepulauan Melayu dan memberikan surat keizinan perniagaan.
  • Zaman kegemilangan kerajaan Melaka, bahasa Melayu berkembang dan untuk kegunaan komunikasi perdagangan di pantai utara Australia.
  • Kerajaan lain menggunakan bahasa Melayu untuk bahasa pentadbiran.
  • Fungsi bahasa Melayu klasik(BMK) ialah lingua franca/alat perhubungan.
  • Bahasa ini dipelajari dan dijadikan alat perhubungan oleh orang bukan Melayu misalnya: C,I,A, dan orang-orang Barat.
  • BMK digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan, mengembangkan agama Islam dan Kristian.
  • BMK berkembang pesat kerana kemampuan untuk menangani masalah seperti perhubungan antara negara, alat perhubungan perniagaan dan perdagangan serta sebagai bahasa untuk pentadbiran.

lingua franca

BAHASA PENTADBIRAN

  • BMK digunakan untuk menggubal undang-undang negeri-negeri Melayu atas arahan raja.
  • Kandungannya, berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah dan perniagaan.
  • Antara undang-undang BMK;
i) Hukum Kanun Melaka/Undang-undang Melaka.ii) Undang-undang laut Melaka.iii) Hukum Kanun Pahang.
  • Bahasa Melayu menjadi alat penyampaian ilmu pengetahuan tentang ilmu keagamaan.
  • Ulama di Asia Tenggara mempelajari ilmu keagamaan di Makkah dan Madinah lalu menyampaikan ilmu dalam bahasa Melayu.
  • Golongan yang menulis pelbagai kitab agama dalam bahasa Melayu dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa Arab.
  • Kitab Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani ialah Siyar Al-Asalikin dan Hidayat Al-Salikin.
  • Kerajaan Pasai-Samudera menghasilkan karya-karya sastera dalam tulisan bahasa Melayu contoh Hikayat Raja-Raja Pasai.
  • Melaka, wujud karya bahasa Melayu iaitu Hukum Kanun Melaka, Hikayat Seri Rama, dan Hikayat Amir Hamzah.

BAHASA ILMU

BAHASA UNDANG-UNDANG

  • Penghasilan karya sastera Melayu klasik menggunakan BMK.
  • Cerita rakyat;
i) Cerita jenaka-Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.ii) Cerita binatang-Sang Kancil.iii) Cerita teladan-Si Tanggung.iv) Cerita lipur lara-Hikayat Malim Deman.
  • Acheh, karya sastera bercorak tasawuf, syair, falsafah dan ketatanegaraan.
  • Antaranya ialah Asrar al-'Arifin, Mirat al-Mukminin, Rubai Hamzah Fansuri, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang dan Syair Perahu.

bAHASA PERSURATAN

Terima kasih!