Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
5.1 Elektron
kuchien
Created on August 28, 2021
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
Transcript
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif
BAB 5
ELEKTRONIK
seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat.
INDEX
5.1 Elektron
5.2 Diod Semikonduktor
5.3 Transistor
5.1 Elektron
refresher:
Apa itu elektron?
Atom adalah zarah terkecil yang boleh didapati dalam unsur kimia tanpa mengubah sifat-sifat kimianya.
Pancaran termion
Kesan ini dikenali sebagai pancaran termion (thermionic emission), iaitu suatu proses yang melibatkan pelepasan elektron dari permukaan logam panas
Pancaran termion
- Bahan logam mengadungi elektron yang bebas bergerak tetapi tidak dibenarkan keluar daripada permukaanya.
- Apabila logam dipanaskan pada suhu tinggi, sebahagian elektron memperolehi cukup tenaga untuk terbebas dari permukaan logam
Faktor meninggikan kadar pancaran termion:
proses Pancaran termion secara ringkas
Suhu bertambah menyebabkan tenaga kinetik
Logam dipanaskan
Pancaran elektron ini dikenali sebagai Pancaran Termion
Elektron daripada logam terbebas
Graf bagi diod termion
Graf di atas menunjukkan graf arus melawan voltan bagi diod termion. Hal ini menunjukkan bahawa diod termion ialah komponen bukan Ohm.
+info
tIUB Sinar katod
Tiub sinar katod ialah sejenis selubung kaca bervakum yang mengandungi pistol elektron (sumber elektron) dan skrin pendarfluor, biasanya serta kaedah dalaman atau luaran untuk memecutkan dan memesongkan elektron. Apabila elektron-elektron terkena skrin pendarfluor, maka terhasilnya cahaya. Pancaran elektron dipesongkan dan dimodulatkan agar memaparkan imej pada skrin. Imej ini boleh berbentuk bentuk gelombang elektrik (osiloskop), gambar (televisyen, monitor komputer), gema pesawat yang dikesan radar. Satu pancaran elektron boleh diproses agar memaparkan gambar bergerak dalam warna semulajadinya.
Dalam tiub kaca yang vakum, elektron-elektron dapat memecut ke anod tanpa berlanggar dengan molekul- molekul udara. Maka, tiada kehilangan tenaga dan elektron bergerak dengan halaju maksimum.
Terdapat banyak elektron bebas dalam seutas dawai logam seperti filamen tungsten. Apabila bekalan kuasa a.t. 6 V dihidupkan, suhu filamen tungsten akan meningkat dan elektron bebas itu akan memperoleh tenaga kinetik yang cukup untuk terpancar keluar daripada permukaan logam. Pancaran termion ialah pemancaran elektron bebas daripada permukaan logam yang dipanaskan.
Apabila tiub vakum disambungkan kepada suatu bekalan kuasa voltan lampau tinggi (V.L.T.), elektron-elektron yang terpancar di katod akan tertarik ke anod pada kelajuan yang tinggi dan membentuk alur elektron. Alur elektron yang berkelajuan tinggi ini dikenali sebagai sinar katod. Alur elektron tersebut melengkapkan litar bekalan kuasa V.L.T. dan bacaan miliammeter menunjukkan pengaliran arus berlaku.
+info
SIMULASI SINAR KATHOD
+info
kESAN SINAR KATOD DI BAWAH PENGARUH MEDAN ELEKTRIK DAN MEDAN MAGNET
sINAR KATOD IALAH ALUR ELEKTRON YANG BERGERAK DENGAN KELAJUAN tINGGI DALAM VAKUM.
Pengajian ciri-ciri sinar katod melalui:
Tiub Pesongan
Tiub Palang Maltese
Tiub Pesongan sinar katod
+info
Tiub palang maltese sinar katod
+info
Cara menentukan arah pesongan bayangan (petua tangan kiri fleming)
- Arus masuk ke dalam kertas
- Medan magnet dari N hingga S
- Daya ke bawah
- Elektron mengalir ke arah pemerhati
- Arus mengalir menjauhi pemerhati (masuk ke dalam kertas)
+info
Contoh melukis kedudukan bayang palang maltese
Lukiskan kedudukan bayang maltese apabila dua magnet didekatkan seperti berikut.
Sila klik sini untuk letakkan jawapan anda!
+info
bercas negatif
boleh dipesongkan oleh medan elektrik dan medan magnet.
Ciri-ciri Sinar Katod
menghasilkan kesan berpendarflour.
boleh dihentikan oleh logam nipis
+info
Osiloskop Sinar Katod (OSK)
- Alat yang menukar isyarat elektrik kepada visual secara graf
- Graf dipaparkan pada skrin pendaflour esan daripada surihan sinar katod
- Tetrdiri daripada 3 komponen utama iaitu senapang elektron, sistem pemesongan dan skrin pendaflour
+info
Osiloskop Sinar Katod (OSK)
Digunakan untuk mengukur beza keupayaan:
Arus Terus
Arus Ulang Alik
+info
Dapat ukur kedua-dua beza keupayaan arus ulang-alik
Julat ukuran yang lebih luas
Kelebihan menggunakan OSK berbanding Voltmeter untuk ukur beza keupayaan
Memperoleh paparan dalam bentuk graf
Dapat menentukan frekuensi arus ulang alik
+info
Halaju Elektron dalam Sinar Katod
Apabila bekalan kuasa V.L.T. dihidupkan, elektron akan ditarik oleh anod yang berkeupayaan positif. Oleh sebab tiada molekul udara dalam tiub vakum, elektron akan memecut ke anod tanpa sebarang perlanggaran. Elektron-elektron ini akan memperoleh halaju maksimum, vmaks apabila tiba di anod
Contoh Soalan
Jawapan:
+info
Contoh Soalan
Jawapan:
+info
Aktiviti melalui Soalan
KLIK SINI!
+info
Masa untuk cek balik apa yang kamu belajar hari ini!
Sila buka Quizziz masing-masing
+info
THANK YOU!
That's all for class today!