Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
BAB 12 TENAGA NUKLEAR
Nur Syafiqah
Created on August 22, 2021
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Corporate Christmas Presentation
View
Snow Presentation
View
Winter Presentation
View
Hanukkah Presentation
View
Vintage Photo Album
View
Nature Presentation
View
Halloween Presentation
Transcript
Bab 12
TENAGA NUKLEAR
Start
Standard pEMBELAJARAN
Penggunaan Tenaga Nuklear
12.1
12.2
Penghasilan Tenaga Nuklear
12.3
Impak Penggunaan Tenaga Nuklear
12.4
Tenaga Nuklear Di Malaysia
- Tenaga nuklear memberikan banyak manfaat kepada manusia apabila dijanakan dan dikawal dengan baik.
- Setiap tahun berlakunya pertambahan negara yang menggunakan tenaga nuklear untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai bidang.
- Terdapat lebih 30 buah negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara.
- Antaranya Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia dan Jepun.
Penggunaantenaga nuklear
12.1
Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu. Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien berbanding dengan sumber tenaga lain.
Tenaga nuklear menghasilkan sinaran mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan perindustrian. Penggunaan tenaaga nuklear dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
Tenaga nuklear membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain.
Kesan buruk sumber tenaga nuklear
Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar dan jika disalahgunakan, boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada manusia.
Sisa radioaktif yang boleh dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa semua hidupan.
Penghasilan tenaga nuklear
- Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom.
- Tenaga nuklear dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.
12.2
PEMBELAHAN NUKLEUS
Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.
- Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif yang berat seperti Uranium-235.
- Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil.
- Pembelahan nukleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan membelah nukleus berjisim besar yang baharu. Tindak balas ini disebut sebagai tindak balas berantai.
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus merupakan satu proses percantuman atau penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga.
- Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium ( isotop hidrogen ) bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat.
- Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi.
- Proses ini membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding dengan pembelahan nukleus.
Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear
- Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk menjana tenaga elektrik.
- Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear ini dilakukan di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.
- Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri daripada reaktor nuklear dan penjana.
- Reaktor nuklear menghasilkan jumlah tenaga yang besar.
Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara yang menggunakannya
- Tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga elektrik.
- Terdapat beberapa sebab mengapa negara-negara ini memilih tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara mereka.
12.3
impak penggunaan tenaga nuklear
- Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar.
- Kita perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini dalam kehidupan dan persekitaran disebabkan semakin banyak digunakan di seluruh dunia.
impak penggunaan senjata nuklear
- Pada sekitar tahun 1940-an penyelidikan awal tenaga nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom
- Hasil sampingan pembelahan nukleus, iaitu plutonium boleh digunakan membuat bom atom
- Malapetaka yang amat dasyat
- Senjata nuklear
- Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.
impak penggunaan TENAGA nuklear
Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua
- Bom atom "Little boy" digugurkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945
- Diikuti "Fat Man" pada 9 Ogos 1945
- Menghasilkan satu gelombang letupan yang amat kuat
- Mengorbankan 70,000 nyawa orang awam
- Menyebabkan seluruh bandar raya menjadi amat panas sehingga mencairkan struktur besi
impak penggunaan TENAGA nuklear
Penghasilan Senjata Nuklear
- Sudah banyak negara yang mencipta dan mengeluarkan senjata nuklear masing-masing
- Namun, mereka masih terikat di bawah Perjanjiana Pengawalan Senjata Nuklear yang mengawal dan tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan senjata nuklear dengan sewenang-wenangnya.
IMPAK UJIAN NUKLEAR
- Ujian Nuklear perlu dilakukan untuk memastikan sama ada senjata itu berfungsi atau tidak
- Dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah laut
- Impak ujian Nuklear
- Kesan Genetik
- Kecacatan pada bayi
- Mutasi sel
- Kanser
KESAN PENYEBARAN RADIASI DARIPADA UJIAN NUKLEAR
- Kesan Somatik
- Keletihan
- Loya
- Ketarak
- Leukimia
- Keguguran rambut
12.4
Kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia
Tenaga nukleardi malaysia
- Di Malaysia, 70% sumber tenaganya dijana daripada gas asli
- Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan sumber bahan api fossil yang tidak boleh baharu
pandangan remaja berkaitan kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear di malaysia
Saya kurang setuju kerana reaktor nuklear menghasilkan sisa radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar jika tidak dikendalikan dengaan cermat.
Pada pendapat saya, Malaysia perlu membina stesen jana kuasa nuklear untuk menampung permintaan pengguna terhadap tenaga elektrik yang semakin meningkat
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DI AMBILBAGI MELAKSANAKAN PEMBINAAN STESEN JANA KUASA NUKLEAR
- Bahan api fossil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan habis dan kosnya semakin meningkat.
- Kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan sumber bahan api fosil
- Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat strategik. Kawasannya mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan berlaku
- kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar daripada sumber bahan api fosil.
APA KATA ANDA ?
AKTIVITI !
1. Nyatakan 2 kesan buruk yang berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan 2. Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan ? 3. Nyatakan dua sumber tenaga utama di Malaysia pada masa ini. 4. Nyatakan satu faktor yang perlu diambil kira bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear.
JAWAPAN
1. Nyatakan 2 kesan buruk yang berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan- Dunia akan mengalami kemusnahan - Bilangan kes kanser meningkat 2. Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan ? - Memastikan sama ada senjata nuklear boleh berfungsi dengan baik atau tidak 3. Nyatakan dua sumber tenaga utama di Malaysia pada masa ini. - Gas asli dan hidro 4. Nyatakan satu faktor yang perlu diambil kira bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear. - Bahan api fosil mungkin semakin berkurang
HOMEWORK !
Siapkan Praktis Formatif 12. Soalan 1, 2 & 3.Jawapan perlu dihantar ke dalam Padlet.
PADLET
TERIMA KASIH