Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
test
WIggle Souls64
Created on August 5, 2021
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Visual Presentation
View
Terrazzo Presentation
View
Colorful Presentation
View
Modular Structure Presentation
View
Chromatic Presentation
View
City Presentation
View
News Presentation
Transcript
Pernyataan Masalah
Negara kita makmur dan rakyat dapat hidup aman sejahtera disebabkan pengorbanan pejuang negara terdahulu.
Bincangkan!!
Objektif Kajian
Objektif kajian saya ialah membuat penyelidikan tentang sumbangan dan jasa pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Selain itu mengambil iktibar perjuangan mereka dengan menghargai pengorbanan mereka terhadap negara.
Kajian Literatur
Grup Gerak Khas (GGK)
Seluruh tenaga dan masa harus dikorbankan dan selalunya masa yang diambil dalam latihan untuk menjadi GGK adalah selama dua tahun.Selama tempoh itu, mereka akan dilatih mengikuti kursus yang ditetapkan dan ketika itulah para jurulatih akan mengenalpasti setiap potensi anggota.
Ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Tun Abdul Razak Bin Haji Dato' Hussein semasa berlakunya konfrontasi yang melibatkan Malaysia dan Indonesia
Pada 25 Februari 1965, bertempat di Kem Majidee,Johor Bahru, satu latihan asas komando telah diperkenalkan oleh Rejimen ke-40 Komando Marin Diraja British (40th British Royal Marine Commando).
Anggota yang berjaya menamatkan kursus kemudiannya diserap masuk ke unit kecil seperti Rejimen 22 Komando, 11 Regimen Gerak Khas dan 21 Komando.
Anggota pasukan elit komando ini ‘diwajibkan’ mempunyai pelbagai kemahiran seperti letupan, penembak tepat, penyelam tempur, pertempuran jarak dekat (CQB) serta payung terjun.
[1] Menentang Insurgensi Komunis (1969)
- Semuanya bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit .
- Tujuannya adalah untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.
- Justeru, United Kingdom Special Air Service Regiment telah melatih Komando 69 pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya.
[2] Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)
- masih ada yang tidak tahu tentang jasa tentera Malaysia yang berjuang demi menyelamatkan renjer dari Amerika Syarikat seramai 80 orang yang terperangkap di Somalia.
- Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ’19 Melayu Diraja Mekanize’.
- Insiden tersebut merupakan serangan hendap militia terhadap kenderaan perisai pengangkut infantri (APC) RPZ Condor milik Angkatan Tentera Malaysia semasa misi menyelamat.
- Batalion Ke-19 Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis telah diamanahkan untuk berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Operasi UNOSOM II di Somalia sebagai kumpulan utama Malbatt 1 mulai 18 Jun 1993 hingga 11 Januari 1994.
- Pasukan itu ditempatkan di Mogadishu dan bertindak sebagai Pasukan Tindak Cepat atau QRF.
- Dalam tragedi itu,sebuah kenderaan APC yang dipandu oleh Mat Aznan ditembak dengan senjata antikereta kebal dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru sehingga mengenai bahunya.
- Mat Aznan maut manakala sembilan anggota tentera lain turut cedera.
- Dalam tragedi itu,sebuah kenderaan APC yang dipandu oleh Mat Aznan ditembak dengan senjata antikereta kebal dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru sehingga mengenai bahunya.
- Mat Aznan maut manakala sembilan anggota tentera lain turut cedera.
[3] Krisis Perang Bosnia (1992 -1995)
- JENAYAH perang yang berlaku di Bosnia-Herzegovina pernah menjadi perhatian dunia pada 1992 hingga 1995 yang mengorbankan ratusan ribu nyawa tidak berdosa.
- Ia disifatkan sebagai satu kekejaman yang paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
- Anggota komando telah diarahkan menyusup masih menyamar sebagai sebahagian dari askar Bosnia yang berperang untuk memusnahkan kekuatan askar Serbia.
- Malah Malaysia dipercayai merupakan satu-satunya negara Islam yang menghantar pasukan elit komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas).
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditugaskan untuk menyumbang tenaga ketika krisis tersebut dan menghantar anggotanya berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk misi keamanan.
- Seramai 1,533 anggota termasuk 101 pegawai dari Batalion 5 Rejimen Askar Melayu Diraja, 2 Kor Armor Diraja, Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kor Perkhidmatan Diraja dan lain-lain elemen ditugaskan ke Bosnia.
Rumusan
Berdasarkan kajian literatur yang telah dilakukan,kita seharusnya berbangga dengan kehebatan para pejuang terdahulu dan sekarang dalam mempertahankan maruah negara .Hal ini patut dijadikan teladan kepada generasi muda supaya mereka akan lebih menghargai jasa pejuang tanah air. Oleh hal yang demikian kita,generasi masa kini hendaklah meneruskan perjuangan tersebut dengan sifat sanggup berkorban demi negara .Kepentingan terhadap negara perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding kepentingan peribadi.Hal ini agar memastikan tanah air kita kekal berdaulat. Selain itu, pada pandangan saya pasukan grup gerak khas atau komando perlu dipandang tinggi oleh masyarakat kerana perjuangan dan pengorbanan mereka yang tercatat dalam sejarah .Hal ini kerana kelebihan mereka yang bekerjasama dengan tentera dari negara lain dalam membasmi masalah dunia .Seterusnya dapat membawa dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Akhir sekali, kita hendaklah mencontohi pejuang yang terdahulu dan sekarang dalam meningkatkan imej negara di persada dunia .Kita sebagai generasi masa kini boleh menanam sifat berani mencuba dan berkeyakinan dalam memajukan diri, masyarakat serta negara .Dengan ini negara akan mampu bersaing dengan negara lain serta disegani oleh negara-negara lain.
Sumber Rujukan
- https://siakapkeli.my/2019/09/04/perjuangan-komando-malaysia-yang-menggegar-dunia-ini-kisah-grup-gerak-khas-yang-ramai-tak-tahu/
3. https://www.sinarharian.com.my/article/137571/BERITA/Semasa/Cerita-sebenar-Black-Hawk-Down