Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Reuse this genially

Bengkel Teknik Menjawab

Mahani

Created on May 2, 2021

Cara Jawab OBT

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Smart Presentation

Practical Presentation

Essential Presentation

Akihabara Presentation

Pastel Color Presentation

Winter Presentation

Hanukkah Presentation

Transcript

Bengkel Teknik Menjawab Ujian Terbuka (Open Book Test -OBT)

Pn Mahani IbrahimJabatan Pengajian Melayu

OBJEKTIF OBT1. Melatih pelajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menaakul dan menggunakan pemikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah. 2. Melatih pelajar memilih dan menggunakan maklumat dengan tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan berupaya menyampaikan segala hujah yang dikemukakan dengan baik dan tersusun. 3. Menekankan keupayaan pelajar untuk menghubung kait proses pengajaran dan pembelajaran dengan penilaian secara berkesan.

Ujian Terbuka dapat meningkatkan kebolehan calon untuk;1. Menyampaikan idea, 2. Mengemukakan hujah, 3. Menganalisis, 4. Memberi justifikasi dan 5. Menilai secara kritis. (Garis Panduan Ujian Terbuka, 2021) Kebolehan ini dapat dipamerkan menerusi soalan esei dan soalan-soalan terbuka yang berstruktur.

Semasa menjawab Ujian Terbuka (OBT) pelajar dibolehkan untuk; - merujuk kepada nota, ringkasan, buku teks dan dokumen- dokumen yang berkaitan. - bahan rujukan ini tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. ...walaupun anda boleh merujuk tetapi ini tidak bermakna OBT itu lebih mudah berbanding peperiksaan biasa.

Aras kemahiran kognitif soalan OBT yang digubal adalah untuk mencapai aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Write a subtitle here

Jawapan calon bukanlah sekadar mengemukakan penguasaan isi kandungan tetapi juga dapat menunjukkan penguasaan pemikiran aras tinggi dalam aspek bahasa. Calon perlu merancang dan menyusun jawapan dengan baik supaya dapat mengemukakan idea, memberi respons secara kritis, berhujah secara rasional dan konstruk yang membina berdasarkan tuntutan soalan.

Semasa menjawab soalan, Baca soalan dengan teliti dan fahamkan apa yang dikehendaki. Tentukan kehendak soalan. Fahami kata kunci.

Kata kunci : Anggarkan, Bina, Cari, Gambarkan, Gunakan, Hitung, Jalankan, Jelaskan dengan contoh, Kaitkan, Kemukakan, Kira, Laksanakan, Organisasikan, Selesaikan, Sesuaikan, Simulasikan , Tentukan, Terapkan, Tunjukkan, Ubah suai , dll

Jelaskan dengan contoh

Kemukakan

  • Menjawab dengan memberikan bukti atau sebab-sebab yang sesuai.
  • Perlu kepada kesimpulan untuk menjawab kenapa anda mengemukakan bukti atau sebab tersebut.
  • Wajib jelaskan isi dengan contoh.
  • Berikan tiga contoh yang sesuai untuk menjelaskan setiap isi.
  • Selepas atau sebelum contoh perlu ada huraian.

Kata kunci : Banding beza, Bandingkan, Berikan sebab, Bezakan, Buat analisis, Buat andaian, Buat kesimpulan, Buktikan, Cerakinkan Ilustrasikan, Perincikan, Rangkakan,Selesaikan masalah, Simpulkan Telitikan,

Banding beza

Bezakan

  • Perlu membandingkan persamaan dan perbezaan bagi dua perkara
  • Buktikan atau huraikan dengan contoh sebab sama dan bezanya
  • Perlu kesimpulan anda
  • Kemukakan perbezaan bagi dua perkara
  • Huraikan perbezaan dengan nyata
  • Perlu kepada bukti untuk membezakan dua perkara
  • Buat kesimpulan untuk menegaskan pendapat anda.

Kata kunci : Bahaskan, Banding beza, Bandingkan, Berikan hujah, Berikan justifikasi, Berikan pendapat, Berikan sokongan, Bincangkan, Buat ramalan, Buat rumusan, Buktikan, Gabungkan, Hubung kait, Huraikan Interpretasikan, Nilaikan dan lain-lain

Bincangkan

Berikan justifikasi

  • Biasanya calon diberi satu keadaan yang mungkin benar atau tidak.
  • Calon perlu memberikan sebab dan kemudian membuat kesimpulan.
  • Anda boleh menyokong/pro kepada isu tetapi perlu juga menulis satu isi kontra untuk lebih kritis.
  • Perlu memberi sesuatu alasan (yang kuat) untuk mewajarkan sesuatu keadaan
  • Perlu kepada hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu

Kata kunci : Bandingkan, Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan,Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Sintesiskan, Simpulkan, Susun semula, Tafsirkan

Buktikan

Berikan justifikasi

  • Biasanya calon diberi satu keadaan yang mungkin benar atau tidak.
  • Calon perlu menyatakan kebenaran dengan contoh/dalil/fakta
  • Kemudian membuat penegasan dalam kesimpulan.
  • Perlu memberi sesuatu alasan (yang kuat) untuk mewajarkan sesuatu keadaan
  • Perlu kepada hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu

Bandingkan

Perincikan

  • Kemukakan persamaan dan perbezaan terhadap perkara yang hendak dibandingkan.
  • Berikan bukti-bukti atau fakta yang menyokong penyataan anda.
  • Perlu memberi sesuatu penjelasan yang betul-betul mendalam terhadap perkara yang bincangkan.
  • Perlu bukti/fakta/alasan (yang kuat) untuk membenarkan apa yang diperkatakan.

Tafsirkan

Perincikan

  • Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberikan.
  • Berikan bukti-bukti atau fakta yang menyokong ulasan anda.
  • Perlu memberi sesuatu penjelasan yang betul-betul mendalam terhadap perkara yang bincangkan.
  • Perlu bukti/fakta/alasan (yang kuat) untuk membenarkan apa yang diperkatakan.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Donec quam felis, ultricies nec, pellentesque eu, pretium quis, sem. Nulla consequat massa quis enim.

+info

Jawapan seharusnya,

  • Tidak mengulangi isi
  • Font Arial saiz 12. Langkau 1.5. Justify
  • Wujudkan perenggan yang berlainan bagi fakta yang berbeza.
  • Seimbangkan panjang perenggan
  • Perenggan wajib untuk pengenalan, isi dan penutup.
  • Semak ejaan dan tatabahasa
  • Tidak perlu mengira patah perkataan. Anggaran 300-400 perkataan.

Sekian. Semoga Bermanfaat

Terima kasih