Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

KEUNIKAN TRADISI HARI RAYA DI MALAYSIA

EIMAN EQMAL EMRAN

Created on April 27, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Transcript

Keunikan Tradisi Hari Raya di Malaysia

Melalui paparan interaktif ini, pembaca akan dibawa untuk menghayati keunikan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang terdapat di lima buah negeri di Malaysia iaitu Terengganu, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sila klik paparan bendera untuk mengetahui dengan lebih lanjut tradisi hari raya di setiap negeri ini.

KEDAH

SARAWAK

TERENGGANU

JOHOR

SABAH

KE PAPARAN PENUTUP

Kedah Darul Aman

Kedah bukan sahaja sinonim dengan kehijauan tanaman padi sejauh mata memandang, malah negeri utara ini juga kaya dengan kepelbagaian makanan tradisi pada Hari Raya Aidilfitri. Di pagi raya, bermacam juadah akan disajikan untuk seisi keluarga, antaranya ialah laksa Kedah yang merupakan satu kemestian buat anak jati negeri tersebut sejak zaman-berzaman. Berbanding negeri lain, laksa Kedah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana kuahnya kelihatan agak cair pada mata kasar tetapi kelazatannya sememangnya secukup rasa untuk menusuk kalbu. Musfirah Jamuli, 27, berkata menu di pagi raya bergantung kepada setiap keluarga. Bagi tradisi keluarga mereka di sana, laksa Kedah adalah menu wajib mereka di pagi raya.

Kedah Darul Aman

“Makanan tradisional yang disajikan setiap keluarga adalah berbeza, ada yang menyajikan soto dan ada juga yang menyajikan menu lain.“Untuk kami, laksa Kedah adalah menu tradisi kami di sini dan akan dihidangkan setiap kali pagi raya,” katanya menerusi temu ramah bersama Berita DIMENSi melalui aplikasi WhatsApp. Juadah lain yang dihidangkan pada hari raya di Kedah ialah gulai batang pisang, ianya merupakan sajian yang sering kali dinanti-nantikan selepas selesai solat sunat Aidilfitri. Jamuan ini amat istimewa kerana penggunaan umbut pisang dalam proses penyediaannya, hidangan ini sukar untuk ditemui di kawasan bandar dan pada hari-hari biasa.

Laksa Kedah

Gulai Batang Pisang

PAPARAN UTAMA

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Antara hidangan yang wajib dihidangkan bagi Muslim suku kaum Bisaya dan Melayu Brunei di pantai barat Sabah pada pagi Syawal adalah kelupis. Ia merupakan sejenis hidangan nasi pulut dimasak bersama santan yang dibalut di dalam daun nyirik Yuhana Yusof, 38, dalam temu ramah bersama wakil Berita DIMENSi melalui aplikasi WhatsApp berkata makanan tradisi ini merupakan antara menu utama untuk majlis keraian dan keramaian seperti Aidilfitri. “Antara daerah yang terkenal dengan juadah kelupis termasuklah Membakut, Menumbok, Kuala Penyu, Papar dan Sipitang,” tambahnya lagi.

Kelupis

PAPARAN UTAMA

Terengganu Darul Iman

Di Terengganu pula, Nasi Dagang antara salah satu juadah wajib di negeri pantai timur terutamanya Terengganu pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Sajian itu dihidang bersama gulai ikan aya. Selain itu juga, menu lain yang disediakan adalah ketupat palas cicah nisan cair, dan laksam.

Nasi Dagang

PAPARAN UTAMA

Laksam

Terengganu Darul Iman

Watie Muhammad, 47, berkata nasi dagang adalah menu wajib mereka di pagi raya dan malah bukan sahaja dihidangkan sewaktu raya, juadah itu juga adalah menu sarapan pagi mereka setiap hari. “Kami sudah biasa makan nasi untuk sarapan pagi. Contohnya adalah nasi minyak atau nasi dagang. Tetapi untuk pagi raya, saya akan menyajikan nasi dagang kerana itu adalah kegemaran kami,” katanya menerusi temu ramah bersama Berita DIMENSi melalui aplikasi WhatsApp.

PAPARAN UTAMA

Sarawak Bumi Kenyalang

Di Sarawak pula, tradisi “menyadak duit” adalah tradisi yang kebiasaannya diadakan sebelum solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, khusus bagi mengutip sumbangan atau duit raya dalam kalangan jemaah masjid. Duit akan dimasukkan ke dalam “kain sadak” iaitu kain pelikat atau serban yang diikat di pinggang para petugas masjid atau surau, dan aktiviti ini akan selesai sebelum laungan azan solat berkumandang.

PAPARAN UTAMA

Tradisi Menyadak Duit

Johor Darul Ta'zim

Negeri selatan tanah air, Johor, telah dipengaruhi oleh pertembungan etnik seperti Arab, Bugis dan Jawa yang menjadikan negeri ini amat majmuk dalam warisan tradisinya. Pada hari kemenangan seluruh umat islam, rakyat Johor kontemporari hari ini meraikannya melalui budaya marhaban penduduk yang jika ditelusuri sejarah pengamalannya bermula sejak era kegemilangan masyarakat Jawa dahulu lagi. Tradisi ini dijalankan melalui kunjungan dari satu rumah ke rumah lain diiringi dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekaligus merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat setempat. Menurut Farhan Bahtiar, 29, dalam temu ramah bersama wakil Berita DIMENSi melalui aplikasi WhatsApp, beliau menjelaskan bahawa sajian makanan tradisional Johor juga merupakan elemen yang wajib disajikan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri. Salah satunya ialah nasi ambeng yang merupakan makanan turun temurun daripada zaman orang Bugis lagi. Menariknya, sewaktu hari raya, nasi ambeng ini disajikan bersama daun pisang muda yang dimasak dengan santan. Ia bukan sahaja disajikan kepada para tetamu sewaktu bulan Syawal, malah pada Hari Raya Aidiladha juga.

Nasi Ambang

Budaya Marhaban

PAPARAN UTAMA

Walaupun kita berjauhan secara fizikal tetapi kita semua masih dekat di hati. Sebelum berpisah, kami di Dimensi ingin mempersembahkan koleksi lagu hari raya klasik untuk membantu mengubat rindu buat keluarga tersayang di perantauan.