Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

SEJARAH TINGKATAN 1 (BAB 3)

taqim9276

Created on April 27, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Math Lesson Plan

Primary Unit Plan 2

Animated Chalkboard Learning Unit

Business Learning Unit

Corporate Signature Learning Unit

Code Training Unit

History Unit plan

Transcript

SEJARAH TINGKATAN 1

ZAMAN PRASEJARAH

BAB 3

By: Nik Amirul Musstaqim

ISI KANDUNGAN

KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH

maksud zaman prasejarah

lokasi zaman prasejarah

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

ciri kehidupan zaman prasejarah

video

kuiz

By: Nik Amirul Musstaqim

MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH

Zaman Prasejarah merupakan zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.

Zaman Prasejarah terbahagi kepada empat tahap iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam

Tahap Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu. Tahap Logam pula dikenali sebagai zaman Logam

TAHAP ZAMAN PRASEJARAH

Zaman Paleolitik dianggap sebagai zaman yang paling mecabar. Peralatan yang digunakan di[erbuat daripada batu dan tulang haiwan.

Zaman Mesolitik menunjukkan cara hidup semakin berkembang. Manusia memburu dan menagkap ikan

Zaman Neolitik manusia dan teknologi semakin berkembang. Wujud kawasan penempatan yang baik dan mereka bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang.

Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi. Manusia telah melakukan inovasi dalam peralatan. Manusia mula melakukan pelayaran

TAHAP ZAMAN PRASEJARAH

Neolitik

Paleolitik

Logam

Meolitik

ZAMAN LOGAM

ZAMAN BATU

+info

AGAKNYA DIMANA YA?

lokasi Zaman prasejarah

Kewujudan lokasi prasejarah dikesan dan diketahui melalui penemuan tinggalan manusia ataupun artifak.Ia wujud di dua kawasan utama iaitu lembah sungai dan gua.

LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI DUNIA

LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI ASIA TENGGARA

macam mana mereka hidup ye?

ciri-ciri kehidupan zaman prasejarah

Ciri yang paling menonjoldapat dilihat pada kediaman, peralatan, aktiviti pengumpulan makanan, kegiatan ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan serta kesenian dan budaya

SETIAP TAHAP ZAMAN PRASEJARAH MEMPUNYAI CIRI YANG BERBEZA. KEMAJUAN MANUSIA DAPAT KITA LIHAT MELALUI PERKEMBANGAN CIRI KEHIDUPAN MANUSIA PADA SETIAP ZAMAN. JOM KITA LIHAT !

Kehidupan Zaman prasejarah

Manusia hidup secara nomad (berpindah-randah). Mereka memburu binatang untuk mendaptkan sumber makanan. Setelah perkembangan berlaku manusia mula bercucuk tanam dan menernak haiwan. Mereka juga mempunyai organisasi yang jelas terutamnya pada Zaman Logam

SILA KLIK PADA GAMBAR

Banyak ke sumbangan mereka?

KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH KEPADA KEMAJUAN KEHIDUPAN MANUSIA

Manusia pada Zaman Prasejarah banyak mewariskan penemuan dan aktiviti mereka kepada kita. Banyak aktiviti yang mereka lakukan dahulu masih dilakukan oleh kita sekarang contohnya pertanian.

Apa sumbangan manusia zaman prasejarah?

Ya, banyak sumbangan manusia Zaman Prasejarah kepada kita hari ini contohnya mereka banyak mewariskan kemahiran dan pengetahuan kepada kita contohnya aktiviti menternak binatang, pembuatan peralatan, pertanian, tembikar dan seni bina

Kita masih buat ke aktiviti yang mereka lakukan dahulu?

Ya, kita masih buat aktiviti yang mereka lalukan dahulu. Cuma kita menambah baik apa yang mereka tinggalkan contohnya penggunaan mesin dan jentera dalam pertanian

aktiviti pertanian

Aktiviti pertanian giat dijalankan pada Zaman Neolitik. Antara jenis tanaman ialah pada gandum dan barli. Cuma dahulu mereka cuma jalankan secara kecil-kecilan. Namu, kini manusia menjalankan secara besar-besaran dalam bentuk ladang dan menggunakan peralatan moden dan jentera.

Sekarang manusia menggunakan jentera dalam pertanian

Manusia sekarang memburu menggunakan peralatan seperti senapang

memburu binatang

Manusia Zaman Prasejarah memburu menggunakan batu, tulang, kayu, gansa dan besi. Mereka bebas untuk memburu bagi memenuhi keperluan harian. Sekarang manusia memburu menggunakan peralatan yang lebih canggih dan perlu mendapatkan lesen untuk memburu. Di Malaysia lesen memburu dikeluarkan oleh Perhilitan(Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara).

Menternak binatang

sejak Zaman Neolitik manusia mempunyai kemahiran menternak binatang bagi mendpatkan sumber makanan.

Pada zaman sekarang manusia menjalankan penternakan secara komersial(besar-besaran) bagi menampung keperluan daging dan tenusu sesenuah negara

TEMBIKAR

Peralatan

Ideofak

Manusia Zaman Prasejarah menggunakan percaya kematian bukanya penamat kepada kehidupan. mereka amat menghormati mayat. Pelbagai kaedah digunakan untuk mengebumikan mayat contonya mayat dikebumikan bersama peralatan. Sehingga kini, penghormatan terhadap mayat masih dilakukan mengikut agama masing-masing.

Manusia Zaman Prasejarah menggunakan peratatan daripada batu,kayu, tulang, besi dan gangsa. Manusia sekarang memperbaharui dan mengubah ciptaan mereka dahulu menjadi lebih baik seperti pedang, parang, tombak, dan kapak

Manusia Zaman Prasejarah berkemahiran untuk membuat tembikar yang dijadikan bekas makanan dan alat masakan. Pembuatan tembikar kekal hingga sekarang dan menjadi industri yang penting Contohnya tembikar buatan China dan Vietnam menjadi komoditi perdagangan yang penting pada abad ke-14 dan 15

+info

+info

+info

MONUMEN DAN SENI BINA

Sejak Zaman Neolitik manusia mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk membina monumen dan binaan untuk pelbagai tujuan. Kini kemampuan manusia dalam sektor pembinaan semakin maju dan terus meningkat dengan bantuan teknologi dan jentera.

Menara Berkembar, KL

Angkor Wat, Kemboja

+info

ada ke?

zaman prasejarah di malaysia

Negara kita tidak terkecuali melalui Zaman Prasejarah.Di Malaysia ataupun di Asia Tenggara Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Hoabinhian

PALEOLITIK

01

Tingkayu (Sabah)Gua Niah (Sarawak) Kota Tampan (Perak) Lembah Mansuli (Sabah)

MESOLITIK

02

Jenderam Hilir (Selangor)Gua Madai (Sabah) Gua Cha (Kelantan) Bukit Tegun Lembu (perlis)

LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

NEOLITIK

03

Gua Kecil (Pahang)Sungai Tembeling (Pahang) Lubang Angin (Sarawak) Gua Tapadong (Sabah) Jenderam Hilir (Selangor)

Logam

04

Sungai Tembeling (Selangor)Lembah Bernam (Selangor)

TEKNOLOGI

  • Pelbagai peralatan batu dan logam ditemui
  • Wujud bengkel membuat alatan batu Zama Neolitik di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah.
  • Penemuan alatan logam di Klang, Selangor membuktikan kewujudan Zaman Logam di Malaysia

Tembikar dan manik juga menjadi bukti kewujudan Zaman Prasejarah Di Malaysia

tembikar dan manik

  • Tembikar banyak ditemui di Gua Niah, Sarawak dalam pelbagai bentuk corak dan hiasan
  • Manik pula banyak ditemui di Kuala Selinsing, Perak dan Lembah Bernam, Selangor.

+info

LUKISAN GUA DAN UKIRAN BATU

  • Lukisan gua dan ukiran batu adalah cara berkomunikasi
  • Lukisan juga mengambarkan kehidupan harian mereka
  • Alat yang digunakan ialah arang merah
  • Ukiran banyak ditemui di Sabah dan Sarawak. Manakala di Semenanjung hanya ditemukan di pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
  • Kewujudab ukiran batu mempunyai kaitan dengan budaya megalit(budaya berasaskan penggunaan batu besar)

EKONOMI

kepercayaan

  • Dikenal pasti melalui penemuan beberapa ideofak di tapak-tapak perkuburan.
  • Mereka sangat menghormati orang mati
  • Kepercayaan masyarakat Zaman Prasejarah juga ditunjukkan melaui budaya mengalit

Terdapat tiga kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh manusia prasejarah di Malaysia

  1. Berburu dan memungut hasil hutan
  2. Penanaman padi di kawasan seperti pinggir sungai dan lembah yang subur. Contohnya di Hulu tembeling, Pahang, Lembah Nenggiri, Kelantan.
  3. Kegiatan perdagangan yang dijalankan melalui sistem pertukaran barang. Antara barangdagangan yang penting ialah loceng dan gendang gangsa.

video 1

Penerangan mengenai Bab 3: Zaman Prasejarah

VIDEO 2sambungan daripada video 1 mengenai topik Zaman Prasejarah

VIDEO 3Video mengenai lokasi Zaman Prasejarah

JOM JAWAB KUIZ!

KUIZ

kUIZ INI MENGANDUNGI SOALAN MERANGKUMI KESELURUHAN TAJUK ZAMAN PRASEJARAH

MULA

ARAHAN !Anda dikehendaki menjawab kesemua dua kuiz yang disediakan. Anda dikehendaki untuk klik pada nombor untuk menjawab kuiz. Markah dan kehadiran menjawab kuiz akan direkodkan LINK KUIZ NI ADALAH SAMA SEPERTI YANG SAYA KONGSI DALAM WHATSAPP.

01

02

KUIZ 1

KUIZ 2

ZAMAN PRASEJARAH

CIRI ZAMAN PRASEJARAH

sekian terima kasih

Tahniah!

BIBLIOGRAfi

Mohd Samsudin. Azharudin Mohamed dali dan Sharifah Afidah Syed Hamid. (2020). Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hakim Lokman. Anand Raj dan Mary Tan Swee Ee. (2021). Modul Aktiviti Sejarah Tingkatan 1. Selangor: SASBADI. Sdn. Bhd.

Mahdi Shuib. Rosliza Arifin dan Cikguadies. (2021). Ops A Sejarah. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd.

Mohd Samsudin, Azharudin Mohamed dali dan Sharifah Afidah Syed Hamid. (2020). Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka