Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Reuse this genially

BM presentation bab 13-14

VALLARMATHI A/P RAMES Moe

Created on April 25, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Animated Chalkboard Presentation

Genial Storytale Presentation

Blackboard Presentation

Psychedelic Presentation

Chalkboard Presentation

Witchcraft Presentation

Sketchbook Presentation

Transcript

NOVEL SILIR DAKSINA

Disediakan oleh :

  • Yasotha balakrishnan
  • Vallarmathi Rames
  • Sevithanaa
  • Jaishanaa

BAB 13

BAB 14 : MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya di balai raya untuk persiapan persembahan zapin. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada Pak Cik Bakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di situ bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan untuk menarikannya. Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori. Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mula berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal tidak mahu tarian zapin ini lenyap. Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang yang ada untuk mengenali See Hwa. Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi tumpuan ketika berlatih zapin. Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama.

PERISTIWA MENARIK

Umi melihat persembahan tarian zapin

  • Haiqal bersedia untuk mempersembahkan tarian zapin dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung.
  • Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah menyokong hasrat ahli keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza.

Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor

  • uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor.
  • Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan keberanian Haiqal dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminyaPada mulanya, uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya.
  • Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan keberanian Haiqal dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminya

Read more

PERISTIWA YANG MEMPUNYAI NILAI

nilai KASIH SAYANG

  • Pak Cik Bakar terlalu mengingati arwah ayah Haikal kerana terlalu mengasihinya. Dia mengeluh dan masih berharap ayah Haikal masih hidup

nilai RASIONAL

  • Swee Hwa bertindak rasional apabila memujuk Haikal bersabar dengan uminya. Swee Hwa berpendapat hubungan anak dan ibu tidak akan putus.
  • Suatu hari ibunya akan menerima tindakan Haikal mahu meneruskan perjuangan ayahnya dalam dunia sastera dan kebudayaan

TERIMA KASIH !