Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

KETOKOHAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN

Nisa Rusdi

Created on April 12, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Corporate Christmas Presentation

Snow Presentation

Winter Presentation

Hanukkah Presentation

Vintage Photo Album

Nature Presentation

Halloween Presentation

Transcript

SEJARAH

ketokohan nabi muhammad s.a.w sebagai pemimpin

biodata nabi muhammad s.a.w

• Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah. • Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim. • Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab. • Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim. • Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt untuk amalan dirinya sahaja. • Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang cekap. • Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.

pemimpin negara?

Antarabangsa

01

Tempatan

02

  • Ketokohan baginda juga terbukti pada peringkat antarabangsa.
  • Baginda berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara.
  • Antara negaranya ialah Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi.
  • Ketokohan Nabi Muhammad S.A.W terserlah apabila baginda berjaya merangka perlembagaan atau Piagam Madinah
  • Piagam Madinah menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
  • Dalam piagam Madinah, orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing.
  • Baginda juga mempersaudarakan masyarakat Islam dan menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam.

pemimpin masyarakat

Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad S.A.W menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah.

Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad S.A.W menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan, persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah

Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai tolerasi dan mengutamakan keadilan dalam masyarakat.

sebagai perancang ekonomi

  • Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian.
  • Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga.
  • Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.

menjadi pemimpin tentera

  • Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia.
  • Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman.
  • Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam.

RUMUSAN

Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa’ al-Rasyidin.