Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Anti-Vaksin Dan Bias Pengesahan

subscriptions

Created on April 9, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Halloween Infographic

Halloween List 3D

Magic and Sorcery List

Journey Map

Versus Character

Akihabara Connectors Infographic Mobile

Mobile mockup infographic

Transcript

Bias Pengesahan dan Gerakan Anti-Vaksin

Penyakit demam campak, polio, dan tuberkulosis merupakan antara contoh penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin. Vaksin merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam menjamin kesihatan seseorang. Namun demikian, terdapat juga golongan yang bilangannya semakin berkembang, yang berpendapat bahawa vaksin tidak penting atau kurang selamat dan memilih untuk tidak memvaksin anak-anak mereka. Berdasarkan graf 2, kita boleh perhatikan bahawa hanya 93% daripada penduduk dunia yang percaya akan kepentingan vaksin.

Graf 1: Jumlah kematian akibat penyakit yang boleh dicegah dengan oleh vaksin. Tekan "Change Country" untuk melihat paparan statistik bagi Malaysia.

Graf 2: Peratus yang setuju bahawa vaksin itu penting untuk kanak-kanak

Bahaya Penyakit Boleh Dicegah Vaksin Kembali Merebak di Malaysia

Sejak vaksin demam campak diperkenalkan pada tahun 1982, kes demam campak telah merekodkan penurunan setiap tahun. Namun, terkini kes demam campak semakin meningkat, selari dengan kemajuan teknologi dan kemudahan menyebarkan maklumat. Selain daripada demam campak, Malaysia juga merekodkan kes pertama polio dalam masa 27 tahun pada tahun 2019. Apabila kes ini berlaku, didapati kadar penduduk divaksin hanya pada 89%. Bagi mewujudkan imuniti kelompok, kadar penduduk telah diaksin seharusnya mencapai 95% dan ke atas.

Graf 3: Kes demam campak dari tahun 1980-2019

Mengapa Penyakit boleh Dicegah Vaksin Kembali Merebak?

Terdapat pelbagai faktor mengapa ibu bapa menolak vaksin untuk anak mereka, tetapi secara umumnya, gerakan anti-vaksin yang begitu percaya terhadap perkaitan antara suntikan vaksin dengan autisme yang diterbitkan Dr. Andrew Wakefield dalam kertas penyelidikan beliau. Data daripada kertas penyelidikan tersebut tidak menguji saiz sampel yang cukup besar untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat perkaitan tepat di antara vaksin dan autisme, dan kes autisme yang direkodkan merupakan kes terpencil. Namun begitu, golongan anti-vaksin sering menggunakan penemuan kajian ini sebagai bukti vaksin merencatkan pertumbuhan akal bayi kepada orang lain. Penyebaran maklumat palsu telah menjadi penghalang utama dalam mewujudkan imuniti kelompok bagi penyakit yang boleh dicegah vaksin. Menurut kajian bias pengesahan merupakan punca utama ibu bapa memilih, mencari dan mentafsir maklumat yang hanya konsisten dengan pandangan mereka iaitu vaksin berbahaya kepada anak-anak. Pihak KKM juga peka terhadap isu penyebaran maklumat palsu oleh ibu bapa yang menolak vaksin dan maklumat sahih tentang vaksin akibat bias mereka sendiri.

Contoh Pengaruh Bias Pengesahan

KKM sentiasa memantau penyebaran fahaman yang salah terutama di media sosial oleh individu–individu tertentu yang menentang vaksin demi menarik lebih ramai ibu bapa menyertai kumpulan mereka. Perbuatan tidak bertanggungjawab golongan ini telah menyebabkan usaha–usaha KKM berdepan dengan rintangan dan kesannya adalah peningkatan kes-kes penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin. Malahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti penolakan vaksin sebagai salah satu ancaman kesihatan global bagi tahun 2019. Pemantauan KKM mendapati wujud ibubapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka setelah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan.

Contoh Pengaruh Bias Pengesahan Yang tertera di atas adalah dua tajuk besar berita yang sama, iaitu YB Khairy Jamaluddin memilih untuk tidak mengambil vaksin pfizer, sebaliknya menunggu untuk mengambil vaksin sinovac untuk meningkatkan keyakinan terhadap vaksin COVID-19. Golongan yang berpendapat bahawa vaksin adalah bahaya dan tidak bermanfaat akan mempunyai reaksi jelas terhadap salah satu tajuk besar ini. Mereka akan lebih cenderung untuk: 1) Menerima maklumat berita tersebut 2) Berkongsi berita tersebut 3) Memberi penilaian yang lebih tinggi terhadap berita itu dalam pertimbangan Cuba bayangkan jika anda seorang penolak vaksin, apa jenis berita yang akan anda lebih gemari untuk dibaca?

Dipetik dari kenyataan akhbar KKM

Rujukan: 1) https://apps.who.int/immunization_monitoring/globalsummary/countries?countrycriteria%5Bcountry%5D%5B%5D=MYS&commit=OK# 2) https://theaseanpost.com/article/re-emerging-threat-measles 3) https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2020090809444711_MJMHS_0048.pdf 4) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30895889/

Antara salah satu punca gerakan anti-vaksin ialah penerbitan kertas penyelidikan palsu oleh Dr. Wakefield. Kertas penyelidikan Dr. Wakefield menggunakan data palsu untuk menyebar maklumat palsu mengenai kesan buruk vaksin. Tulisan beliau menjadi