Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

Ainul zmin

Created on April 8, 2021

Pengajian Malaysia DIS2020

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Transcript

Pengajian Malaysia

Konsep Raja Berpelembagaan

Slide ByHusna Present by: Ayuni, Sarah, Fatiha

Raja Berperlembagaan

Maksud Raja Berperlembagaan ialahkerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan perlembagaan sebagai undang - undang tertinggi negara.

  • sistem raja perlembagaan
  • sistem demokrasi berparlimen
  • sistem persekutuan

- Yang di - Pertuan Agong dan Majlis Raja - Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. -Yang di - Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir - gilir daripada sembilan raja negeri - negeri yang ada. - Urutan : Negeri Sembilan , Selangor , Perlis , Terengganu , Kedah , Kelantan , Pahang , Johor dan Perak. - Menyandang jawatan selama lima tahun.

KESEIMBANGAN DALAM SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN

Yang di - Pertuan Agong merupakan ketua utama negara mempunyai kedudukan istimewa. - Mempunyai imuniti dalam hal- hal rasmi dan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja -raja. - Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang - undang dan kedudukan sebagai warganegara.

FUNGSI YANG DI - PERTUAN AGONG

  1. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
  2. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  3. Sumber penghormatan dan kebesaran.
  4. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
  5. Berkuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

~ Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

~ Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

~ Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

KEBAIKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN

  1. Hanya terpilih sahaja boleh dipilih , iaitu menurut darah keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden (pemilihan secara moden).
  2. Yang di - Pertuan Agong mempunyai kuasa mengatasi segala Raja - Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
  3. Pemilihan Ketua Negara datang daripada kalangan sembilan Sultan yang memerintah negeri - negeri Melayu jika dibandingkan degan Sistem Beraja England di mana mereka hanya datang daripada satu keluarga sahaja.

CIRI-CIRI KELAYAKAN

  1. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.
  2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
  3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi sebagai proksi.

TIDAK LAYAK DIPILIH

  1. Raja itu belum dewasa.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

1. Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan. 2. Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan itu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

Proses pemilihan

  1. Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.
  2. Pemilihan dibuat secara undi sulit.
  3. Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.
  4. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.
  5. Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  6. Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.
  7. Seseorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Fungsi dan Peranan

Kuasa Eksekutif

  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen
  3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Kuasa Legislatif

  1. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian daripada Parlimen
  2. YDPA boleh memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan menangguh sidang Parlimen.
  3. YDPA boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen
  4. Yang di-Pertuan Agong berperanan untuk melantik Senator ke Dewan Negara. YDPA melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kuasa Kehakiman

  1. YDPA melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Persekutuan Melayu, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
  2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
  3. YDPA mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Agama Islam

  1. YDPA adalah Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta bahawa Parlimen boleh menubuhkan Majlis untuk menasihat YDPA mengenai perkara berkaitan dengan Agama Islam

perkara yang TIDAK Boleh Dibuat oleh YDPA

  • Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.
  • Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
  • Tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan negara ke suatu negara lain.
  • Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali :
  1. Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam
  2. Bagi meminda Perlembagaan Negerinya atau
  3. Bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja

Terima Kasih!