Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

Bias Pengesahan

subscriptions

Created on April 6, 2021

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Essential Learning Unit

Akihabara Learning Unit

Genial learning unit

History Learning Unit

Primary Unit Plan

Vibrant Learning Unit

Art learning unit

Transcript

Modul 3 - Bias Kognitif

BIAS PENGESAHAN

CONFIRMATION BIAS

mula belajar

Indeks

DEFINISI

DETIK BIAS

KESAN BIAS

Apakah itu bias pengesahan?

Bagaimana bias ini menjelma dalam hidup harian dan sekolah?

Apakah kesan bias penesahan?

SUMBER RUJUKAN

CARA MENGATASI

Apa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi bias ini?

"Semenjak saya tahu tentang bias pengesahan, saya mula melihatkan bias ini di merata tempat."

Jon Ronson Penulis dan penerbit dokumentari terlaris

Renungkan kata-kata ini dari Jon Ronson yang merupakan wartawan siasatan, penulis buku dan penerbit dokumentari terkenal. Mengapa beliau berkata demikian? Marilah kita belajar definisi bias pengesahan dari lensa psikologi

DEFINISI BIAS PENGESAHAN

APAKAH ITU BIAS PENGESAHAN

Antaranya semua bias kognitif yang sedia ada, bias pengesahan boleh dikatakan antara bias yang paling ketara dan paling kerap muncul dalam pemikiran harian kita secara langsung atau tidak langsung. Sebelum adanya nama secara formal, fenomena ini telah diperhatikan dan dicatatkan oleh ahli falsafah dari timur dan dari barat. Tekan gambar pada kiri untuk bacakan apa yang diperhatikan oleh ahli-ahli falsafah tentang bias pengesahan. Secara saintifik, bias pengesahan adalah sejenis kecenderungan untuk mencari atau mentafsir maklumat yang mengesah atau menyokong kepercayaan,, harapan atau hipotesis yang sedia ada1. Seseorang yang menunjukkan bias pengesahan akan mencari, menerima dan mengguna maklumat yang kongruen dengan pendapat orang tersebut dan menurut kajian, ia akan menjadi lebih ketara apabila manusia berhadapan maklumat yang bercanggah dengan pendapat mereka dalam isu yang beremosi atau isu yang mereka sudah memegang kepercayaannya yang lama untuk masa panjang

Ibn Khaldun (1332-1406)Ahli Sejarah, Falsafah dan Sosiologi

Francis Bacon (1561-1626)Ahli Falsafah, Saintis dan Negarawan

DETIK BIAS PENGESAHAN

Pilih satu

Tanyakan diri anda: 1) Anda guna telefon bimbit jenama apa? 2) Jika anda terpaksa pilih satu jenama fon untuk guna sepanjang hidup anda, anda akan pilih jenama apa? Pilih sama ada APPLE atau ANDROID untuk sambung

DETIK BIAS BERLAKU

Anda pengguna dan penyokong Apple iPhone dan anda ingin membeli telefon bimbit baharu kerana telefon bimbit anda telah tercicir di stesen minyak dan hilang. Adik anda beritahu anda bahawa Samsung baru sahaja keluar fon model baharu, Samsung Galaxy 30 yang fungsinya hampir sama dengan iPhone Y (iPhone anda yang sudah hilang). Anda tidak dapat buat keputusan. Pada asalnya anda ingin belikan iPhone Y kerana anda memang suka pengalaman guna iPhone Y. Anda telah buat keputusan untuk carikan maklumat di internet. Kata kunci apa yang anda akan cari di internet?

Galaxy 30 is the best phone. Why

iPhone Y better than Galaxy 30. Why?

DETIK BIAS BERLAKU

Anda baca beberapa komen berikut di salah satu laman web beli-belah mengenai iPhone Y.

Saya beli iPhone Y ni tetapi dia macam sangat cepat panas lepas beberapa jam saya tengok Youtube

iPhone Y sangat bagus. Saya suka fungsi baru pada fon itu - iPhone X dulu tidak ada, tapi sekarang sudah ada! Memang best!

iPhone Y ini ambil gambar memang tiptop! Gambar keluar macam studio punya kualiti! Best lah!

iPhone Y ini bateri macam tidak boleh tahan lama. Lepas guna 10 jam dah kena charge.

Apakah pilihan anda sekarang? Tekan jenama yang berkenaan

DETIK BIAS BERLAKU

Anda terbaca berita dengan tajuk besar berikut:

50% warga pendidik di Malaysia tidak menggunakan telefon Android.

Apakah pendapat anda terhadap tajuk besar ini?

Terdapat banyak sebab yang membuat Android fon menjadi pilihan kedua bagi warga pendidik.

Telefon bimbit Android tidak mesra pengguna dan inilah yang menjadi sebab warga pendidik tidak gunakan telefon jenis Android

DETIK BIAS BERLAKU

Anda pengguna dan penyokong Samsung dan anda ingin membeli telefon bimbit baharu kerana telefon bimbit anda telah tercicir di stesen minyak dan hilang. Adik anda beritahu anda bahawa Apple baru sahaja keluar fon model baharu, Apple Y yang fungsinya hampir sama dengan Samsung Galaxy 30 (model fon anda yang tercicir) Anda tidak dapat buat keputusan. Pada asalnya anda ingin belikan Samsung Galaxy 30 kerana anda memang suka pengalaman guna Samsung Galaxy 30. Anda telah buat keputusan untuk carikan maklumat di internet. Kata kunci apa yang anda akan cari di internet?

iPhone Y is the best phone. Why

Galaxy 30 better than iPhone Y. Why?

DETIK BIAS BERLAKU

Anda baca beberapa komen berikut di salah satu laman web beli-belah mengenai Samsung Galaxy 30.

Saya beli Samsung S30 ni tetapi dia macam sangat cepat panas lepas beberapa jam saya tengok Youtube

Samsung S30 sangat bagus. Saya suka fungsi baru pada fon itu - Samsung S29 dulu tidak ada, tapi sekarang sudah ada! Memang best!

Samsung S30 ini ambil gambar memang tiptop! Gambar keluar macam studio punya kualiti! Best lah!

Samsung S30 ini bateri macam tidak boleh tahan lama. Lepas guna 10 jam dah kena charge.

Apakah pilihan anda sekarang? Tekan jenama yang berkenaan

DETIK BIAS BERLAKU

Anda terbaca berita dengan tajuk besar berikut:

50% warga pendidik di Malaysia tidak menggunakan telefon Apple.

Apakah pendapat anda terhadap tajuk besar ini?

Telefon bimbit Apple tidak mesra pengguna dan inilah yang menjadi sebab warga pendidik tidak gunakan telefon jenis Apple

Terdapat banyak sebab yang membuat Apple fon menjadi pilihan kedua bagi warga pendidik.

DETIK BIAS DALAM KEHIDUPAN HARIAN

You can write a description her

Jika seseorang yang berpendapat bahawa wanita adalah pemandu buruk, maka mereka akan mencari dan mentafsir maklumat yang berkaitan dengan pandangan mereka. Contohnya:

Apabila memandu di jalan raya, jika melihat kereta yang dipandu berjalan perlahan atau melulu, secara automatik akan terfikir pemandunya perempuan

Apabila baca berita sebegini, akan terfikir pemandunya perempuan

Tekan lampu untuk lihat apa realiti sebenar perbandingan antara pemandu lelaki dan pemandu perempuan.

DETIK BIAS DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Jika seseorang guru yang percaya bahawa tulisan "cursive" adalah penting dan bermanfaat, maka guru itu akan lebin cenderung untuk membaca maklumat dalam kotak biru, berbandingan maklumat dalam kotak hijau dalam surat khabar. Fikirkan pendirian anda dalam isu ini, dan tekan berita yang berkenaan untuk bacakan nukilan daripada penulis ruangan pendapat di New York Times. Kemudian, tinggalkan pandan anda di slaid yang seterusnya

Sumber: New York Times (https://www.nytimes.com/roomfordebate/2013/04/30/should-schools-require-children-to-learn-cursive)

DETIK BIAS DALAM KEHIDUPAN HARIAN

KESAN BIAS

Bias pengesahan terhadap

Mempengaruhi keputusan yang kita buat yang mungkin mendatangkan kesan buruk

Menghalang daripada melihat situasi secara objektif dan menyebabkan kita bertindak secara berat sebelah berdasarkan kepercayaan yang sedia ada

Biar kepercayaan peribada menjejas usaha profesional dalam kerja

CARA MENGATASI

Diberi 4 kad di meja. Setiap satu akan ada nombor di depan dan warna di sebelah lagi. Kad apa yang perlu anda buka dan lihat apa yang ada di belakang untuk anda uji hipotesis bahawa jika sesuatu kad mempunyai nombor genap di satu belah, di sebelah lagi mesti ia berwarna merah?

Diberi 4 kad di meja. Setiap satu akan ada nombor di depan dan warna di sebelah lagi. Kad apa yang perlu anda buka dan lihat apa yang ada di belakang untuk anda uji hipotesis bahawa jika sesuatu kad mempunyai nombor genap di satu belah, di sebelah lagi mesti ia berwarna merah?

CARA MENGATASI

Anda pilih kad mana satu? Jika anda pilih untuk buka kad 8 dan kad merah, maka anda merupakan antara 80% peserta dalam kajian Wason untuk tugasan ini. Jawapan yang betul sebenarnya adalah untuk membuka kad 8 dan kad berwarna perang. Mengapa? Jika anda buka kad merah dan yang di sebelah ia menunjukkan nombor ganjil, ia tidak memberitahu maklumat yang baharu. Kerana dalam hipotesis, kita hanya semak sama ada nombor genap mempunyai warna merah atau tidak dan bukan sebaliknya. Sebaliknya, jika kad perang menunjukkan nombor genap, maka hipotesis kita akan dibuktikan palsu dan kita dapat mengesahakan hipotesis adalah benar atau tidak Tugasan ini dikenali sebagai "Wason Selection Task" dan tugasan ini memang amat popular dalam bidang penyelidikan psikologi semenjak ia diciptakan pada tahun 1966. Beribu kertas penyelidikan telah membuat kajian berasaskan tugasan ini, terutamanya dalam bidang penyelidikan bias dan kebolehan membuat tafsiran (reasoning). Ia telah digunakan sebagai bukti bahawa manusia akan mencari evidens yang menyokong pendapat / hipotesis dengan kita.

CARA MENGATASI

Untuk mengatasi bias pengesahan, kita perlu ambil iktibar daripada tugasan Wason tersebut, iaitu kita seharusnya mencari evidens yang tidak menepati kepercayaan kita dan membuat pertimbangan yang bernas. Kita perlu cuba sedaya upaya untuk membantah kepercayaan (invalidate) yang sedia ada supaya kita boleh membuat keputusan yang betul dan rasional pada akhirnya. Sebagai permulaan - cuba selesaikan tugasan yang seterusnya, uji hipotesis bahawa: Jika di sebelah ialah huruf vowel, maka pada sebelah lagi, ia akan mengandungi nombor genap. Kad apa yang akan anda semak untuk menguji hipotesis ini? Tekan kad yang berkenaan untuk lihat sama anda buat keputusan yang betul atau tidak

SUMBER RUJUKAN DAN BACAAN LANJUTAN

01

https://www.psychologytoday.com/us/blog/science-choice/201504/what-is-confirmation-bias

https://www.psychologytoday.com/intl/blog/the-couch/201712/how-confirmation-bias-affects-you-every-single-day

02

03

https://journals.sagepub.com/doi/10.1037/1089-2680.2.2.175