Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
TEKNIK MENULIS KARANGAN
nzatizar97
Created on June 15, 2020
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Vaporwave presentation
View
Animated Sketch Presentation
View
Memories Presentation
View
Pechakucha Presentation
View
Decades Presentation
View
Color and Shapes Presentation
View
Historical Presentation
Transcript
TEKNIK MENULIS KARANGAN
disediakan oleh : zatizar
TEKNIK
Memilih Soalan
Mencari Kunci Soalan
Membina Rangka
Menyemak karangan
Menulis Karangan
MEMILIH SOALAN
memilih soalan ?
1. baca tajuk atau soalan dengan teliti 2. pilih tajuk atau soalan yang sesuai dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan untuk menguraikannya agar karangan menjadi padat dan tepat 3. pastikan anda faham jenis karangan dam formatnya yang perlu ditulis 4. rancang rangka karangan supaya bersesuaian dengan kehendak tajuk atau soalan
MENCARI KATA KUNCI
MENCARI KATA KUNCI
- Bincangkan - jenis karangan perbincangan
- tulis laporan - jenis karangan laporan
- huraikan - jenis karangan fakta
- nyatakan pendapat anda - jenis karangan pendapat
- bahaskan - jenis karangan perbahasan
- perihalkan - jenis karangan keperihalan
- cadangkan - jenis karangan fakta
- tulis ucapan - jenis karangan ucapan
CONTOH
Industri perlancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara . Huraikan langkah - langkah yang berkesan untuk memajukan industri perlancongan di Malaysia
- kunci soalan : huraikan langkah - langkah
- jenis karangan : karngan jenis fakta
- format : karangan berformat umum
- kehendak soalan : anda dikehendaki menghuraikan langkah - langkah yang dapat dilakukan untuk memajukan industri perlancongan di Malaysia
MEMBINA RANGKA KARANGAN
RANGKA KARANGAN
Rangka karangan mestilah terdiri daripada :
- pendahuluan
- isi - isi penting
- penutup
Rangka Karangan Terdiri Daripada : -
1. PENDAHULUAN : -
- contoh : peningkatan kutipan melalui perlancongan - menunjukkan sektor perlancongan mampu menjadi penyumbang terbesar - pendapatan negara - langkah-langkah tertentu perlu diambil - memajukan industri ini.
2. ISI - ISI PENTING : -
- contoh : (A) memajukan dan menaik taraf kawasan peranginan - memulihara keindahan semula jadi sesuatu kawasan - menyediakan khidmat penyediaan makanan, penginapan dan pengangkutan yang mesra pelancong - menggalakkan kehadiran para pelancong
- (B) menyediakan pelbagai progam dan acara yang merangkumi aspek kesenian dan kebudayaan negara - para pelancong dapat mendekati dan mendalami kebudayaan tempatan
- (C) mengadakan kempen secara besar - besaran - menyebarkan imej negara ke seluruh negara - para pemimpin juga memainkan peranan
- (D) rakyat harus mengekalkan perpaduan dan persepakatan antara penduduk berbiang kaum - menarik perhatian para pelancong - mengamalkan sikap ramah dan bersopan santun - para pelancong akan berasa selesa semasa berada di negara kita
3. PENUTUP : -
- industri perlancongan negara - berpotensi besar sebagai penyumbang ekonomi negara - dengan adanya pelbagai usaha untuk mengeksploitasikannya - industri ini pasti berkembang
MENULIS KARANGAN
+info
MENULIS KARANGAN
1. Dengan menggunakan rangka karangan yang disediakan, kembangkan fakta-fakta dalam rangka karangan supaya menjadi karangan yang sempurna dan menepati kehendak soalan
2. Setiap perenggan haruslah terdiri daripada satu isi yang utama sahaja dan tidak mencampuradukkan dua atau lebih isi utama dalam satu perenggan
3. Karangan yang ditulis mestilah mempunyai :
- perenggan pendahuluan
- perenggan isi
- perenggan penutup
PERENGGAN PENDAHULUAN
sehubungan itu, perenggan pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak perlu ditulis secara menadalam atau terlalu panjang
pendahuluan adalah penting bagi menggambarkan isi - isi karangan yang akan ditulis dan menjadi penilaian awal tentang pemahaman anda tentang soalan atau tajuk yang dipilih
Pendahuluan yang hendak ditulis perlulah berdasarkan rangka karangan yang telah disediakan
perenggan pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat menarik minat pembaca untuk terus menghayati hujah atau fakta yang diberikan
+info
+info
+info
+info
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perlancongan Nasional yang menunjukkan peningkatan dalam kutipan sejak tahun 2002 melalui sektor perlancongan telah menunjukkan sektor perlancongan mampu menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Oleh itu, langkah-langkah yang tertentu perlu diambil bagi menggamit para pelancong dan seterusnya memajukan industri ini
Contoh: Perenggan Pendahuluan
PERENGGAN-PERENGGAN ISI
Selain memperkembangkan isi penting dalam bentuk perenggan isi, anda harus memastikan bahawa terdapat penjalinan yang baik antara satu perenggan dengan perenggan - perenggan yang lain. Penggabungjalinan itu ditandai oleh penanda wacana tertentu seperti di samping itu, selain itu, tambahan pula, sehubungan itu, namun demikian, walaubagaimanapu dan sebagainya
Isi - isi penting dalam rangka karangan perlu dikembangkan dalan perenggan-perenggan isi
Setiap isi penting hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. Isi - isi penting ini hendaklah dikembangkan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai bagi memperkukuhkan isi tersebut
+info
+info
+info
CONTOH PERENGGAN ISI
"Malaysia terkenal oleh lokasi perlancongan yang indah dan mempersonakan. Antaranya ialah kawasan persisiran pantainya yang memutih, pulau - pulau peranginan seperti Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulai Sipadan yang pastinya dapat menarik para pelancong. Selain itu, percutian ke kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron, Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Genting dan Taman Negara. Dengan ini, langkah memajukan dan menarik taraf kawasan peranginan tersebut amat penting supaya keindahan akan terselah sepanjang masa. Di samping itu, perkhidmatan seperti penyedian makanan, penginapan dan pengangkutan yang mesra pelancong haruslah dibangunkan agar dapat menggalakkan kehadiran para pelancong"
perenggan 1
"Selain itu, Kementerian Pelancongan serta pihak - pihak yang berkaitan perlu menyediakan pelbagai program dan acara yang merangkumi aspek kesenian dan kebudayaan negara. Hal ini, mendekati dan mendalami kebudayaan tempatan. Persembahan serta pertandingan bercorak tradisional seperti permainan wau, congkak dan sepak takraw serta tarian tradisional perlu diketengahkan di tempat - tempat awam serta di lokasi - lokasi peranginan di seluruh negeri."
perenggan 2
CONTOH PERENGGAN ISI
"Dalam pada itu, Kementerian Penerangan melalui media elektronik serta media massa perlu mengadakan kempen secara besar - besaran bagi menyebarkan imej negara ke seluruh dunia. Di samping itu, risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di Malaysia khususnya dan juga di luar negara. Para pemimpin juga boleh memainkan peranan dengan menyentuh isu - isu yang berkaitan dengan pelancongan semasa memberikan ucapan di majlis - majlis tertentu."
perenggan 3
"Di samping itu, rakyat Malaysia harus mengekalkan perpaduan dan persepakatan antara penduduk berbilang kaum. Sikap ramah dan sopan santun penduduk Malaysia menjadikan para pelancongan akan berasa selesa semasa berada di negara kita. Hal ini juga akan dapat terus menggamit para pelancong untuk datang melancong ke negara kita lagi. "
perenggan 4
PERENGGAN PENUTUP
Elakkan daripada memasukkan isi baharu dalam perenggan penutup dan panjangnya sebaik - baiknya sama panjang dengan perenggan pendahuluan
Perenggan penutup ditulis bertujuan untuk merumuskan atau menyimpulkan persoalan - persoalan yang terkandung dalam karangan anda
Perenggan penutup ini hendaklah ditulis dalam bentuk yang lebih umum tetapi padat
+info
+info
+info
Sesungguhnya, industri pelancongan negara ini berpotensi besar sebagai penyumbang ekonomi negara. Dengan adanya pelbagai langkah serta usaha yang bersungguh - sungguh untuk memanfaatkan potensi yang ada, industri pelancongan negara ini sudah pasti akan terus berkembang maju.
Contoh: Perenggan Penutup
MENYEMAK KARANGAN
MENYEMAK KARANGAN
1. Sesudah karangan anda siap sepenuhnya, anda perlu menyemak karangan tersebut dengan teliti. 2. ketika menyemak karangan, tentukan bahawa isi - isi dihuraikan dengan baik dan mempunyai contoh yang sesuai. Tambahankan contoh sekiranya ada isi penting yang tidak disertai contoh. 3. Di samping itu, anda harus menyemak karangan anda dari segi ejaan, pengimbuhannya,, struktur ayatnya, penggunaan kata yang tepat dan tanda baca 4. Pastikan bahawa jumlah kata dalam karangan anda tidak terlau banyak atau terlalu kurang.
+info
RINKASAN TEKNIK MENULIS KARANGAN
MEMBINA RANGKA KARANGAN
MENULIS KARANGAN
MENYEMAK KARANGAN
MENCARI KATA KUNCI
setiap isi terdiri daripada satu perenggan. perenggan : -
- pendahuluan
- isi
- penutup
rangka karangan :
- pendahuluan
- isi penting
- penutup
- jumlah kata
- ejaan
- struktur ayat
- imbuhan
- penggunaan kata yang tepat
- tanda baca
kata kunci pada rangkai kata tertentu
TERIMA KASIH !
jom tulis karangan