Want to create interactive content? It’s easy in Genially!

Get started free

SUB TOPIK 1:

danial yacob

Created on May 7, 2020

Perkembangan kognitif pada pelbagai peringkat

Start designing with a free template

Discover more than 1500 professional designs like these:

Psychedelic Presentation

Chalkboard Presentation

Witchcraft Presentation

Sketchbook Presentation

Genial Storytale Presentation

Vaporwave presentation

Animated Sketch Presentation

Transcript

SUB TOPIK 1:

Perkembangan kognitif pada pelbagai peringkat

4 peringkat operasi dalam perkembangan kognitif

Tahap Pra Operasi (2-7 tahun)

Tahap sensori motor (0-2 tahun)

Tahap Operasi konkrit (7-11 tahun)

Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas)

1. Tahap Sensori Motor

Peringkat perkembangan paling awal iaitu bayi belajar interaksi deria dengan persekitarannya. Contoh : Bayi belajar dengan mengangkat benda, memainkan-mainkannya, merasa dan menggigit.

IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN

1. Ibu bapa memberikan tumpuan dan perhatian pada perkembangan refleks bayi. 2. Ibu bapa membantu bayi mengalakkan perkembangan kemahiran motor. 3. Ibu bapa membiasakan tabiat asas bayi seperti waktu tidur dan makan. Contohnya, Bermain ‘peek a boo’ untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep pengekalan objek serta mengembangkan tindakan refleks bayi.

2. Tahap Pra Operasi

kanak-kanak mula berfikir secara egosentrik tapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Contoh : Kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak.

IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN

1. Guru tadika mengalakkan pemikiran kreatif kanak-kanak serta mengalakkan mereka memberikan pendapat sendiri. 2. Guru tadika mengajar dengan cara yang lebih kreatif seperti mengajar matematik dengan menggunakkan lagu. Contohnya, Ibu bapa mahupun guru memberikan permainan yang meminta mereka mengklasifikasikan objek mengikut satu ciri yang tertentu, ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

3. Tahap Operasi Konkrit

Pemikiran kanak-kanak menjadi lebih fleksibel, dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun. Mereka mula menggunakan logik orang dewasa mempunyai perasaan ingin tahu. Contoh : Kanak-kanak dapat membezakan bentuk dan warna dengan jelas.

IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN

Guru sekolah rendah perlu memasukkan unsur-unsur pertalian logik dalam latihan: 1. Bahasa >> latihan bercerita ikut gambar bersiri 2. Matematik >> mengira secara manipulasi 3. Sains >> uji kaji sains yang ringkas dan selamat 4. Lukisan >> lawatan ke zoo,taman bunga, kebun,kampung dan melukis di lokasi sebenar.

4. Tahap Operasi Formal

Mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan boleh membuat hipotesis. Mereka juga memahami andaian orang lain dan sensitif pada perhatian orang lain . .Contoh : Knak-kanak mempunyai cita-cita pada masa depan.

IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN

1. Guru menggalakkan pemikiran abstrak dengan mengkaitkan contoh dengan situasi dunia yang nyata. 2. Guru juga menekankan konsep umum, bukan fakta semasa perkenalkan sesuatu topik untuk menggalakkan penaakulan secara deduktif. 3. Guru menyediakan peluang seperti forum, perbahasan dan perbincangan untuk meningkatkan pemikiran saintifik dan kreativiti pelajar.

peringkat operasi dalam perkembangan kognitif

implikasi dalam pendidikan

Menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut peringkat- peringkat operasi. ini dapat mengoptimizekan kadar pembelajaran kanak-kanak.

1 : deria motor (0-2 tahun) 2 : praoperasi (2-7 tahun) 3 : operasi konkrit (7-11 tahun) 4 : operasi formal (12 tahun ke atas). .

KESIMPULAN

TERIMA KASIH !

Lorem ipsum dolor