Want to create interactive content? It’s easy in Genially!
Pembentangan HKR122
hazimzainuddin97
Created on August 16, 2016
Start designing with a free template
Discover more than 1500 professional designs like these:
View
Vaporwave presentation
View
Animated Sketch Presentation
View
Memories Presentation
View
Pechakucha Presentation
View
Decades Presentation
View
Color and Shapes Presentation
View
Historical Presentation
Transcript
ancaman pemahaman hedonisme kepada pemikiran
Dalam pemikiran terkini berkaitan Hedonisme, G.E Moore dilihat sebagai tokoh kontemporari hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang kepada konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronokan dan menegaskan tidak ada yang baik kecuali keseronokan dan keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu matlamat. Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya. Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan daripada segi kebenaran akan dianggap baik. Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.
Pengenalan
ISLAM DAN HEDONISME
Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan aqidah berfungsi sebagai tonggak kepada seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah. Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman. Konsep keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukkan yang ikhlas dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut dan dalam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup sehariannya berasaskan kepada nilai-nilai keimanan tersebut. Hal ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.
PRINSIP HEDONISME
Individu yang berpegang kepada falsafah hedonisme adalah bersifat materialistik atau kebendaan. Golongan ini beranggapan bahawa kesenangan atau kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Oleh itu, mereka memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka juga berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri. John David Garcia dalam bukunya “The Moral Society” menjelaskan bahawa dalam budaya hedonisme pleasure dan happiness atau dalam erti kata lain iaitu kesenangan dan keseronokkan diberi nilai yang paling tinggi. Oleh demikian, golongan hedosnime akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memaksimakan prinsip kesenangan dan keseronokkan itu bagi mengatasi segala yang lain. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Gejala Hedonisme dalam masyarakat kini.
Punca suburnya gejala Hedonisme dalam masyarakat
SECTION
Boleh dikatakan yang ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya. Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…
Kini… hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an lagi tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan berlakunya perselisihan antara satu-sama lain. Sebagai contohnya seseorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seseorang individu lain pula menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Oleh itu, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan perbezaan pemikiran. Walaubagaimanapun, ia menjadi malang sekali kerana remaja-remaja di Malaysia sekarang kebanyakan telah terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau tidak. Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat Malaysia suatu hari nanti.
SECTION
Muhammad Izzat
Mohamad Nurfarhan
Muhammad Zarin
SECTION
Muhamad Zulhelme
Mohd Hazim
TERIMA KASIH